Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 5 Minggu Yang Perlu Anda Tahu!

kandungan 5 minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Tahniah kepada Mommy dan Daddy kerana kini kandungan Mommy sudah pun memasuki bulan kedua dalam trimester pertama, iaitu pada minggu ke-5. Kehamilan ini pastinya telah menimbulkan rasa teruja yang amat dalam hati Mommy dan Daddy.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan kandungan Mommy berkembang dengan baik, adalah penting bagi Mommy dan Daddy untuk memahami perkembangan bayi dari minggu ke minggu.

Pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-5. Apakah yang berlaku dalam tubuh Mommy pada saat ini? Bagaimana cara terbaik untuk menjaga dan menyokong kandungan yang berusia 5 minggu ini?

Jom teruskan membaca entri ini untuk mengetahui lebih lanjut!

Perkembangan Janin pada Minggu 5 Kehamilan

Highlighted

Kredit gambar: www.tommys.org

Pada usia kandungan memasuki 5 minggu ini, zigot telah mula melekat sepenuhnya pada dinding rahim Mommy dan ianya kini dikenali sebagai embrio. Yang menariknya, pada usia kandungan 5 minggu ini jantung bayi Mommy akan mula berdegup buat kali pertama tetapi Mommy masih belum boleh mendengarnya.

Selain itu, perkembangan bayi 5 minggu dalam kandungan termasuklah pembentukan otak, saraf tunjang, jantung dan organ-organ lain. Pada masa ini, embrio akan mempunyai 3 lapisan yang berbeza iaitu ektoderm luar, endoderm dan mesoderm tengah. Ketiga-tiga lapisan ini mempunyai tugasnya yang tersendiri.

Ektoderm luar akan membentuk sistem saraf, telinga, mata dan tisu-tisu penghubung yang lain. Endoderm atau lapisan dalam akan berkembang menjadi organ dalaman seperti paru-paru, usus dan pundi kencing. Manakala, mesoderm tengah pula adalah sebagai laluan kepada jantung dan sistem peredaran darah serta berkembang menjadi tukang, otot, buah pinggang dan organ pembiakan pada minggu-minggu akan datang.

Perubahan Tubuh Mommy pada Minggu 5 Kehamilan

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Pada usia kandungan 5 minggu ini iaitu memasuki bulan kedua kehamilan (trimester pertama), Mommy akan mula dapat merasakan perubahan pada tubuh Mommy. Antara perubahan tersebut adalah:

#1. Perubahan pada Payudara

Mommy mungkin akan mengalami perubahan pada payudara. Payudara Mommy mungkin akan berasa sakit dan sedikit membengkak. Bukan itu sahaja, malah payudara Mommy juga mungkin akan berasa gatal.

#2. Rasa Perut Penuh (bloating) pada Usia Kandungan 5 Minggu

Selain itu, Mommy juga mungkin akan merasa perut penuh walaupun Mommy makan hanya sedikit.

#3. Morning Sickness

Morning sickness adalah perkara normal untuk berlaku kepada ibu hamil terutamanya pada awal kehamilan. Ini kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan Mommy. Antara morning sickness yang sering berlaku ialah muntah dan loya.

#4. Mudah Letih Memasuki Usia Kandungan 5 Minggu

Di samping itu, jika Mommy sering merasa letih lebih dari biasa itu juga adalah perubahan yang berlaku kerana kehamilan Mommy. Ianya adalah normal dan pastikan Mommy dapatkan rehat yang cukup.

#5. Perubahan Emosi yang Tidak Menentukan

Perubahan lain yang boleh berlaku pada usia kandungan 5 minggu ialah mood swing. Hal ini terjadi kerana perubahan hormon yang berlaku dalam badan Mommy.

Tips untuk Menyokong Kehamilan pada Minggu ke 5

Kredit gambar: saberespoder.com

Disebabkan perubahan yang berlaku kepada tubuh Mommy, terdapat beberapa tips yang perlu Mommy cuba untuk menjaga dan menyokong kandungan Mommy yang masuk minggu ke 5 kehamilan.

#1. Amalkan Pemakanan yang Sihat dan Seimbang

Bagi memastikan Mommy sihat dan bayi dalam kandungan Mommy berkembang dengan baik sesuai umurnya. Penting juga untuk Mommy tahu makanan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan semasa mengandung.

#2. Ambil Makanan Tambahan ketika Memasuki Kandungan 5 Minggu

Mommy perlu ambil makanan tambahan mengurangkan alahan seperti muntah dan rasa loya. Antara makanan tambahan yang disyorkan adalah makanan yang tinggi kandungan vitamin B6. Selain itu, makanan tambahan lain yang penting dan disyorkan untuk diambil adalah zat besi, asid folik dan kalsium untuk membantu bayi di dalam perut menerima khasiat serta nutrien penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

#3. Elakkan Aktiviti yang Berat dan Memerlukan Pergerakan Fizikal yang Banyak

Hal ini kerana, ianya boleh menyebabkan kandungan 5 minggu ini gugur. Tetapi, jangan pula Mommy langsung tidak bergerak. Mommy boleh lakukan senaman ringan yang membantu kehamilan Mommy.

#4. Kawal Tekanan

Kawal perasaan kerana tekanan boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

#5. Elakkan Najis Haiwan

Elakkan dari membersihkan najis haiwan peliharaan. Ini kerana, ianya boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis yang membahayakan si comel Mommy yang sedang berkembang di dalam rahim.

Kesimpulannya, walaupun masih lagi di awal kehamilan, Mommy perlu memberi perhatian yang lebih kepada kandungan Mommy. Ini kerana, kandungan Mommy masih baru dan sedikit kesilapan boleh membahayakan bayi Mommy.

Seronok nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Selain  perkongsian di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi info dan tips kehamilan yang lain di SINI!