Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 6 Minggu

kandungan 6 minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Sesuatu yang sangat menggembirakan apabila menyedari bahawa Mommy membawa satu lagi nyawa di dalam rahim Mommy, kan?

Namun, kebahagiaan itu pastinya akan bertambah apabila Mommy dan Daddy dapat mengikuti setiap perkembangan bayi Mommy dari minggu ke minggu.

Memasuki usia kandungan 6 minggu, semakin banyak perkembangan yang akan berlaku kepada bayi Mommy.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kandungan pada minggu ke-6 ini, jom teruskan dengan perkongsian ini.

Perkembangan Janin pada Usia Kandungan 6 Minggu

Highlighted

Kredit gambar: www.emmasdiary.co.uk

Pada minggu 6 kehamilan ini, saiz bayi Mommy akan meningkat sebanyak 3 kali ganda iaitu sebesar kacang pea.

Walaupun masih terlalu samar untuk mendengar degupan jantung bayi Mommy, ketahuilah jantung bayi Mommy berdegup dengan rentak yang teratur.

Scan kandungan 6 minggu masih belum boleh menampakkan degupan jantung bayi Mommy, tetapi Mommy boleh mendengar atau melihat degupan ini pada minggu-minggu akan datang tidak lama lagi.

Pada ketika ini juga otak dan sistem saraf si comel Mommy sedang terbentuk dengan pesatnya. Selain itu, organ lain seperti mata, telinga, kaki dan tangan juga sudah mula untuk terbentuk. Bukan itu sahaja, malah sistem pencernaan dan sistem pernafasan juga sedang berkembang. ‘

Perubahan Tubuh Mommy pada Minggu 6 Kehamilan

Kredit gambar: www.tommys.org

Memasuki usia kandungan 6 minggu sudah boleh menampakkan baby bump? Jawapannya adalah belum. Masih terlalu awal untuk baby bump muncul memandangkan saiz bayi Mommy hanyalah sebesar kacang pea sahaja. Bersabar, tidak lama lagi pasti baby bump Mommy akan muncul.

Antara perubahan yang berlaku kepada Mommy semasa kandungan berusia 6 minggu ialah seperti berikut:

#1. Morning Sickness ketika Usia Kandungan 6 Minggu

Rasa mual, loya dan muntah adalah antara morning sickness yang sangat sering terjadi di awal kehamilan kepada ramai ibu hamil. Ianya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh Mommy. Tidak perlu risau kerana ianya adalah normal. Namun, sekiranya berlarutan dan semakin teruk dapatkan rawatan daripada doktor ya Mommy.

#2. Sakit Kepala

Selain itu, Mommy juga mungkin akan sakit kepala disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku. Namun, sebaiknya Mommy mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu kerana khuatir sakit kepala tersebut berpunca dari tekanan darah tinggi yang boleh membahayakan Mommy dan bayi dalam kandungan.

#3. Keletihan

Di samping itu, perubahan lain ialah keletihan lebih dari biasa. Ini kerana, badan Mommy sedang bekerja keras untuk kandungan yang semakin pesat berkembang.

#4. Kerap Buang Air Kecil

Hormon kehamilan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke ginjal. Ini menyebabkan Mommy akan selalu rasa ingin membuang air kecil.

#5. Hilang Berat Badan

Mommy mungkin akan kehilangan berat pada awal kehamilan ini. Ini mungkin disebabkan oleh kurang selera makan dan morning sickness yang dihadapi.

#6. Mood Swing

Mommy juga mungkin akan mengalami perubahan emosi atau mood swing. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih. Daddy diharapkan bersabar ya!

#7. Payudara Gatal

Mommy rasa gatal di bahagian payudara? Ianya adalah normal bagi ibu yang sedang hamil 6 minggu.

#8. Bloating

Makan sikit tapi perut rasa penuh (bloating). Kenapa? Ini adalah kerana peningkatan hormon yang berlaku membuatkan perut Mommy rasa tidak selesa.

Tips Menyokong Kehamilan pada Usia Kandungan 6 Minggu

Kredit gambar: baby-magazine.telegraph.co.uk

Antara tips untuk menyokong atau menjaga kandungan berusia 6 minggu ini ialah seperti berikut:

  • Pastikan Mommy makan dengan teratur. Makan sedikit tapi kerap untuk membantu masalah bloating yang dihadapi.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Ini untuk memastikan bahawa Mommy sentiasa bertenaga walaupun sedang bergelut dengan morning sickness.
  • Ambil makanan tambahan yang diberikan doktor secara konsisten. Jangan skip atau tidak makan vitamin yang telah diberikan oleh doktor untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Kawal emosi kerana emosi yang tidak stabil boleh memberi kesan negatif kepada pertubuhan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat, elakkan minum alkohol, jauh dari rokok dan kurangkan aktiviti yang berat dan lasak. Ini semua mampu memudaratkan bayi dalam kandungan.

Kesimpulannya, nikmatilah setiap momen ini. Ianya pasti akan menjadi kenangan yang akan diingati suatu hari nanti. Walaupun sakit dan perit yang dirasai, namun kenangan ini yang akan membuat Mommy Daddy tersenyum nanti. Tetapi ingat ya Mommy, jika keadaan Mommy semakin memburuk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Seronok nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Mommy boleh ketahui dengan lebih lanjut fasa perkembangan janin pada usia kehamilan yang lain di SINI!