Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Fasa Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 8 Minggu

kandungan 8 minggu

Kredit gambar: www.justmommies.com

Tahniah buat Mommy kerana anda sudah memasuki usia kandungan 8 minggu! Dalam masa 32 minggu lagi Mommy akan bertemu dengan buah hati Mommy. Pastinya tidak sabar bukan?

Namun, sebelum itu Mommy akan berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran sepanjang tempoh 32 minggu ini.

Mommy pastinya tertanya-tanya bukan apakah perubahan dan perkembangan yang akan dan sepatutnya berlaku kepada Mommy dan juga kandungan Mommy pada usia kandungan 8 minggu?

Jom scroll sampai bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkembangan bayi semasa kandungan 8 minggu!

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 8 Minggu

Highlighted

Kredit gambar: www.invitra.com

Tertanya-tanya apakah perkembangan janin Mommy pada minggu ke 8 kehamilan?

Walaupun masih diperingkat awal kehamilan, kandungan pada minggu ke 8 ini telah mengalami banyak perkembangan. Pada ketika ini janin Mommy sudah berukuran 2.7 sentimeter dan mempunyai bentuk seperti kacang merah.

Selain itu, janin akan mulai membentuk tangan dan kaki termasuklah jari tangan serta jari kaki. Namun, masih terlalu awal untuk melihatnya walaupun apabila discan.

Di samping itu, bahagian perut dan usus sudah mulai tumbuh tetapi masih belum lengkap. Terdapat kenyataan dari Kids Health yang menyatakan bahawa pada usia 8 minggu ini jenis kelamin bayi Mommy juga sudah terbentuk namun terlalu awal untuk mengetahui jenis kelamin.

Mommy perlu bersabar sehingga sekurang-kurangnya pada minggu ke 20 kandungan untuk mengetahui jantina anak Mommy. Bukan itu sahaja malah paru-paru juga sudah mula terbentuk.

Pada minggu 8 kehamilan ini juga organ di bahagian kepala mulai terbentuk seperti mata, bibir, hidung dan juga telinga. Antara perkara yang ditunggu-tunggu Mommy adalah bunyi detakan jantung janin Mommy.

Jika Mommy pergi untuk melakukan imbasan ultrasound, Mommy mungkin boleh mendengar detakan jantung janin Mommy.

Pasti Mommy sangat teruja dapat mendengar detakan jantung bayi Mommy!

Perubahan Tubuh Mommy Pada Minggu 8 Kehamilan 

Kredit gambar: fleurhealth.com

Perubahan pada minggu ke 8 kehamilan mungkin belum dapat dilihat secara mata kasar, namun dapat dirasai oleh Mommy. Antara perubahan yang dapat dirasa oleh Mommy pada minggu 8 kehamilan ialah seperti berikut:

#1. Rasa sakit pada bahagian payudara yang mungkin disebabkan peningkatan hormone estrogen, progestron dan prolactin semasa mengandung.

#2. Alahan atau morning sickness seperti muntah dan loya yang juga disebabkan oleh perubahan hormone yang berlaku di dalam badan

#3. Rasa letih yang luar biasa disebabkan oleh perubahan hormone secara mendadak dalam badan

#4. Kerap membuang air kecil kerana perubahan hormone telah menyebabkan peningkatan alairan darah ke ginjal sekaligus menyebabkan penghasilan air kencing meningkat.

#5. Perubahan emosi yang diakibatkan oleh perubahan hormone dalam badan

#6. Peningkatan hormone progestron di dalam badan Mommy semasa hamil juga telah menyebabkan Mommy mudah untuk berasa bloated.

Tips untuk Menyokong Kehamilan 

Bagi menyokong kehamilan pada minggu ke 8 kehamilan ini terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan oleh Mommy. Antaranya ialah:

#1. Jaga diet pemakanan Mommy. Hindari makanan yang boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Selain itu, pilih makanan yang mudah dihadam, tinggi karbohidrat dan rendah lemak dan tinggi zat besi.

#2. Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap untuk membantu Mommy mendapatkan tenaga walaupun Mommy kerap muntah.

#3. Minum air secukupnya untuk mengelakkan masalah dehidrasi.

#4. Makan vitamin yang dibekalkan oleh doktor untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan elakkan mengambil sebarang ubat tanpa rujukan kepada doktor Mommy terlebih dahulu.

Kesimpulannya, mengandung itu adalah satu perkara yang sangat membahagiakan walaupun disebaliknya hanya Mommy yang tahu perit, pedih dan sakit yang ditanggung.

Demi bertemu dengan si jantung hati yang ditunggu-tunggu Mommy sanggup untuk menghadapi semua ini. Ingatlah Mommy bahawa mengandung itu adalah satu proses dan bukannya penyakit, jadi just enjoy the journey!

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Ikuti panduan dan info kehamilan menarik yang lain di SINI!