Kandungan 9 minggu merupakan fasa penting dalam perkembangan bayi yang sedang dikandung oleh Mommy.
Walaupun masih berada dalam trimester pertama, bayi telah memasuki bulan ketiga dalam rahim. Pada minggu 9 kehamilan ini semakin banyak perkembangan yang akan berlaku kepada bayi dalam kandungan Mommy.
Oleh itu, adalah wajar bagi Mommy untuk mengetahui perkembangan si comel ini dengan lebih terperinci untuk melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal serta memastikan bayi dalam kandungan dalam keadaan terbaik kesihatannya.
Di bawah ini adalah perkongsian mengenai perkembangan bagi kandungan berusia 9 minggu. Jom lihat!
Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 9 Minggu
Pada usia kandungan yang memasuki 9 bulan ini, bayi Mommy sudah sebesar saiz buah ceri iaitu kira-kira 0.9 inci dan berat 1.98 gram. Bayi Mommy juga sudah pun menjadi janin iaitu fasa selepas embrio. Dalam masa 3 minggu lagi Mommy akan memasuki trimester kedua kehamilan Mommy.
Janin Mommy sekarang sudah mula membentuk organ pembiakan (testis atau ovari), pankreas dan juga pundi hempedu. Jari jemari bayi Mommy juga sudah mula memanjang dan cap jari juga sudah mula terbentuk. Menakjubkan bukan?
Organ-organ yang membentuk wajah juga sudah mula kelihatan. Antaranya ialah kelopak mata, bola mata dan lidah. Selain itu, kepala bayi Mommy juga semakin berkembang dan lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.
Di samping itu, sistem pencernaan bayi juga akan terus berkembang apabila usus akan menjadi lebih panjang dan anus akan mula terbentuk.
Jika Mommy melakukan scan kandungan 9 minggu ini Mommy akan boleh mendengar degupan jantung anak Mommy.
Pastinya saat ini akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan. Bukan itu sahaja, malah Mommy mungkin boleh melihat bayi Mommy bergerak melalui scan yang dilakukan.
Ini kerana, otot bayi sudah mula berkembang dan membuatkannya boleh bergerak.
Organ penting lain seperti jantung, otak, paru-paru dan hati juga akan semakin berkembang dari minggu ke minggu. Ini menunjukkan anak Mommy menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
Perubahan Tubuh Mommy Pada Usia Kandungan 9 Minggu
Semakin besar kandungan semakin banyak perubahan yang akan berlaku kepada tubuh Mommy. Antaranya ialah:
#1. Mudah Letih
Antara tanda-tanda kehamilan biasa pada trimester 1 ini ialah mudah letih. Hal ini akan mengehadkan Mommy dari melakukan banyak aktiviti yang biasa Mommy lakukan.
Keletihan yang dialami ini disebabkan oleh tubuh Mommy yang bekerja keras untuk bayi yang sedang membesar dalam kandungan Mommy dan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh Mommy.
Disebalik keletihan yang dirasai, terdapat bayi yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim Mommy.
#2. Hilang Selera Makan
Hilang selera makan juga adalah perkara biasa bagi ibu hamil pada awal kehamilan ini. Disebabkan itu juga Mommy mungkin akan kehilangan berat badan pada awal kehamilan ini.
#3. Saiz Badan Membesar
Bagi sesetengah ibu hamil, mereka akan mula membesar dari segi saiz badan terutamanya di bahagian pinggang dan perut.
#4. Morning Sickness
Morning sickness yang dihadapi mungkin masih berterusan dan belum berakhir. Kerap muntah dan loya antara morning sickness yang sering dihadapi oleh lebih 80 peratus ibu hamil.
#5. Sakit Kepala
Peningkatan hormon yang tinggi pada masa ini juga akan mengakibatkan Mommy rasa sakit kepala. Banyakkan berehat yang Mommy! Jangan paksa diri untuk beraktiviti sekiranya tidak mampu.
#6. Kerap Buang Air Kecil
Kekerapan membuang air kecil juga akan meningkat. Hal ini kerana aliran darah akan semakin tinggi ke kawasan pelvik Mommy.
Tips bagi menyokong kehamilan pada minggu 9 kehamilan
- Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat sebagai sumber tenaga kepada tubuh Mommy. Juga untuk membekalkan nutrien kepada bayi dalam kandungan Mommy. Elakkan makanan separuh masak.
- Lakukan senaman ringan untuk perkembangan fizikal, kognitif dan emosi bayi dalam kandungan.
- Kawal emosi Mommy kerana emosi yang tidak stabil boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan juga boleh memberi kesan kepada kesihatan Mommy.
- Konsisten dalam pengambilan makanan dan vitamin tambahan yang dibekalkan oleh doktor seperti vitamin C, zat besi dan folik asid.
- Banyakkan minum air untuk mengelakkan masalah dehidrasi.
- Elakkan melakukan aktiviti yang berat dan lasak. Jauhi alkohol dan rokok yang boleh memudaratkan kesihatan Mommy dan bayi dalam kandungan.
Tahniah kerana tak lama lagi bakal bergelar Mommy dan Daddy. Tapi masih banyak tak tahu pasal si manja?
Layari laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.