Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kandungan Nutrisi yang berlebihan dalam makanan

makanan berkhasiat

Kebanyakan makanan kanak-kanak yang popular mengandungi terlalu banyak vitamin dan mineral.

Sesetengah bijirin kanak-kanak mengandungi kurang gula, tetapi mengandungi terlalu banyak vitamin dan mineral.

Semangkuk besar susu dan bijirin adalah cara yang baik untuk memulakan hari. Kebanyakan bijirin sarapan dan snek bar mengandungi nutrisi yang membantu badan kita untuk kekal kuat dan sihat. Tetapi sesetengah makanan ini dihidangkan dengan terlalu banyak vitamin dan mineral. Menurut pengkaji baharu daripada Enviromental Working Group (EWG), khasiat yang berlebihan ini mungkin lebih bahaya daripada berguna. EWG ialah kumpulan yang tidak mengambil apa-apa keuntungan dengan mempromosi kesihatan awam.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Terlebih vitamin

Kebanyakkan pembuat makanan kanak-kanak mengiklankan produk mereka dengan menyatakan produk tersebut kaya dengan vitamin dan mineral. Ini akan menarik perhatian keluarga yang makan makanan yang sihat. Tetapi pengambilan yang banyak tidak semestinya bagus kepada sesetengan nutrisi. Kajian EWG menjumpai dalam 1,556 sarapan bijirin dan 1,025 snek bar mengandungi bilangan besar vitamin A, niasin dan zink. Dalam banyak-banyak produk yang telah dikaji EWG, 114 bijirin mengandungi 30% lebih daripada tiga nutrisi yang telah dicadangkan oleh the Food and Drug Administration (FDA). Manakala ujian keatas snek bar pula, 27 mengandungi 50% lebih vitamin A, niasin, dan zink yang dicadangkan.

Maklumat pemakanan yang di senaraikan pada bungkusan berdasarkan cadangan pemakanan sehari bagi orang dewasa, yang fizikal yang lebih besar dan memerlukan vitamin dan mineral yang lebih. Jadi, apabila kanak-kanak makan bijirin dan snek bar ini, mereka akan dapat nutrisi yang lebih dari apa yang mereka perlukan.

Nutrisi yang bertindak

Vitamin A, niasin dan zink adalah bagus untuk makanan yang segar dan makanan yang tidak diproses yang dalam keadaan natural. Vitamin A membantu anda melihat dalam gelap. Ia terdapat dalam telur, daging, tembikai susu, lobak merah, dan sayur bayam. Niasin adalah vitamin yang membantu badan anda menghasilkan tenaga. Ia boleh dijumpai dalam ikan, biji, dan kekacang, dan juga dalam gandum seperti tepung gandum dan beras perang. Zink membantu badan melawan jankitan. Ia terdapat dalam banyak makanan, termasuk produk berasaskan tepung gandum, daging dan kekacang.

Kebiasaannya kanak-kanak makan lebih daripada satu hidangan bijirin dan snek bar sehari, sebagai pengganti kepada vitamin tambahan. Memakan nutrisi-nutrisi ini dalam bilangan yang besar adalah membahayakan kesihatan kanak-kanak. Vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati, dan zink yang berlebihan boleh menjejaskan imuniti badan semula jadi atau menjejaskan kebolehan untuk melawan jangkitan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Penulis EWG telah menyuruh FDA untuk membuat perubahan dalam garis panduan pengambilan nutrisi dan kaji semula nilai seharian supaya sesuai dengan pemakanan kanak-kanak.

Vitamin dan mineral membantu badan kita untuk membesar dan kekal sihat. Penting bagi seseorang itu untuk membaca label dan fikir tentang makanan yang kita makan setiap hari. Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang jumlah vitamin dan mineral yang cukup untuk badan, bertanya kepada orang dewasa.

Artikel ini dipetik daripada www.timeforkids.com