Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Karang Gigi: Punca &10 Cara Terbaik Mengatasi Masalah Kesihatan Gigi Anak

karang gigi

Kredit gambar: www.hongtortai.com

Karang gigi, juga dikenali sebagai plak gigi, adalah lapisan lembut dan melekit yang terbentuk di atas gigi apabila bakteria, sisa makanan, dan air liur bergabung bersama.

Ia biasanya berwarna kuning atau putih dan boleh dilihat dengan jelas pada bahagian gigi yang terletak berhampiran gusi.

Antara punca karang gigi atau nama lain adalah kerak gigi terbentuk apabila sisa makanan dan bakteria tidak dibersihkan sepenuhnya dari permukaan gigi.

Selepas kita makan atau minum, bakteria dalam mulut mula memproses sisa makanan dan menghasilkan asid. Asid ini boleh merosakkan lapisan luar gigi yang dikenali sebagai enamel, yang akhirnya mengakibatkan pembentukan kerak ini.

Apabila kerak ini tidak dirawat, ia boleh menjadi lebih keras dan membentuk lapisan yang lebih tebal yang dikenali sebagai kalkulus.

Kalkulus tidak dapat dikeluarkan melalui berus gigi biasa dan ia memerlukan penjagaan oleh doktor gigi.

Karang gigi atau kerak gigi adalah masalah yang biasa terjadi dan jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Antara masalah yang mungkin timbul termasuk kerosakan gigi, penyakit gusi, radang gusi dan masalah pernafasan.

Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan menggosok gigi secara teratur, menggunakan flos, dan menjalani pemeriksaan secara berkala oleh doktor gigi untuk membuang gigi karang, ini dan menjaga kesihatan gigi dan gusi.

Tips Cegah atau Cara Hilangkan Karang Gigi Anak

Highlighted

Kredit gambar: www.pepsodent.com

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mencegah karang gigi pada kanak-kanak. Berikut adalah 11 cara untuk mencegah masalah ini iaitu:

#1. Gosok Gigi Dengan Teratur Sebagai Cara Hilangkan Karang Gigi

Amalkan menggosok gigi dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur dengan betul menggunakan berus gigi yang lembut.

#2. Menggunakan Ubat Gigi Berfluorida

Pastikan anak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida yang sesuai dengan umur mereka.

#3. Lakukan Flossing untuk Atasi Karang Gigi

Kredit gambar: www.americandentalctr.com

Galakkan anak mengamalkan flossing gigi sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membersihkan sela-sela gigi. Ini membantu membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat di antara gigi dan gusi.

#4. Elakkan Makanan dan Minuman Manis

Elakkan memberikan makanan atau minuman yang manis terutama gula-gula atau minuman bergas kerana gula boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang menghasilkan asid.

#5. Amalkan Pemakanan Sihat

Kredit gambar: raisingchildren.net.au

Sediakan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat untuk membantu membersihkan gigi.

#6. Cegah Karang Gigi dengan Kurangkan Pengambilan Makanan Masam

Makanan asam, seperti jeruk, lemon, dan lain-lain dapat merosak lapisan gigi. Oleh itu, elakkan dari memberi anak makanan jenis ini dan sekiranya mereka mengambilnya, Mommy perlu ajar mereka berkumur setelah selesai makan.

#7. Buat Pemeriksaan Gigi Secara Teratur

Kredit gambar: www.oakhollowdentistry.com

Pastikan anak-anak menjalani pemeriksaan gigi rutin setidaknya setiap enam bulan sekali. Doktor gigi dapat mengenalpasti masalah gigi atau mulut mereka dan mungkin dan memberikan saranan dan rawatan yang tepat contohnya seperti scalling gigi.

#8. Elakkan Anak Menghisap Ibu Jari atau Menggigit Benda Untuk Hindari Karang Gigi Hitam

Kebiasaan menghisap ibu jari atau menggigit benda seperti pen atau pensil dapat menyebabkan pergeseran gigi dan membentuk karang gigi hitam. Oleh itu, Mommy perlu bantu anak-anak menghindari tabiat ini.

#9. Gunakan Produk Penjagaan Gigi yang Tepat Untuk Hapuskan Kerak Gigi

Pilih ubat gigi, berus gigi, dan ubat kumur yang sesuai dengan usia anak-anak. Pastikan mereka menggunakan produk yang mengandung fluorida dan diiktiraf oleh pakar kesihatan.

#10. Ajarkan Teknik Berus Gigi yang Tepat Untuk Elak Gigi Karang

Kredit gambar: muscaroandmartinidentistry.com

Mommy dan Daddy juga perlu ajar anak-anak teknik memberus gigi yang betul, termasuk memberus semua permukaan gigi, lidah, dan gusi. Bantu mereka membentuk kebiasaan yang baik sejak kecil lagi.

#11. Jadikan Penjagaan Kesihatan Gigi Sesuatu yang Menyenangkan

Mommy dan Daddy perlu pasti anak-anak berasa seronok dengan pengalaman menjaga kesihatan gigi dan mulut ini.

Antara tips yang boleh digunakan, Mommy dan Daddy boleh membeli berus gigi dengan warna-warna cerah atau karakter kartun kegemaran mereka, dan mainkan muzik atau nyanyikan lagu selama proses memberus gigi.

Kredit gambar: dentalcareofchinohills.com

Dengan mengikuti semua langkah-langkah di atas, Mommy dan Daddy dapat membantu mencegah gigi karang pada anak-anak dan memastikan mereka sentiasa menjaga dalaman mulut secara konsisten untuk elakkan perubahan warna dan masalah pada permukaan gigi disebabkan oleh karies dan kerak ini.

Semoga dengan perkongsian ini juga Mommy dan Daddy dapat mengetahui mengenai masalah karang ini dan cara untuk mencegah atau cara buang karang gigi serta dapat mengetahui apa itu kalkulus gigi dengan lebih baik dan jelas.


Dapatkan pelbagai lagi info dan tips kesihatan yang lain di SINI!