Karen, Si Pembuli Jalan Raya Menyalahkan Wanita Yang Tidak Memberikan Lampu Signal Kerana Memandu di Barisan Sendiri dan Tidak Bersalah.
Sudahlah salah, malah menyalahkan lagi orang lain yang memandu di lorong yang betul. Menerusi video viral di TikTok kelmarin, setibanya dua kenderaan ini bertemu di barisan tol kelihatan sebuah kereta Hilux berwarna hitam ingin memotong barisan untuk ke laluan sebelah.
Walaupun kenderaan itu tidak dipandu laju, aksi memotong barisan dan ingin menukar ke laluan sebelah secara tiba-tiba itu membahayakan kenderaan lain di belakang khususnya pemandu wanita ini yang merakamkan kejadian itu menerusi dashcam kereta miliknya. Akibat rasa terkejut dengan tindakan bahaya Hilux itu, wanita ini membunyikan hon berkali-kali sebagai amaran.
Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pemandu Hilux itu kemudiannya memberhentikan kereta di depan kereta pemandu wanita yang membunyikan hon itu, lalu bertindak untuk ‘menegur’ dan menyalahkan dia.
Sorry I sound so angry I was not having it
“Jalan lah…“
“Mana lampu signal kau?“, kata si ‘Karen’ yang memandu Hilux itu.
“Lampu signal apa pula? Aku pandu di barisan sendiri, kau yang masuk barisan aku.”
“Kenapa tak bagi signal?“, tanya Karen lagi.
“Kenapa pula aku nak bagi signal sebab aku nak memandu terus? Kau tak pernah belajar memandu ke?“
Belum sempat ‘Karen’ Malaysia ini nak mencelah dan menjawab pertanyaan dia, pemandu wanita yang juga pemilik TikTok @RukiaCosplayer ini terus menjawab, “Apa-apa je lah, jalan cepat! Orang lain semua dah lambat!“, akibat rasa bengang dipersalahkan walaupun tahu dan secara umumnya dia memang tidak bersalah.
Insiden yang dirakam menerusi dashcam kenderaan wanita itu dimuat naik dan dikongsikan menerusi akaun Tiktok miliknya @RukiaCosplayer. Hasil perkongsian, insiden itu telah meraih jumlah tontonan melebihi 1.4 juta, 105,000 sukaan dan lebih 3,200 shares dengan majoriti netizen memuji tindakan wanita itu untuk menegur Karen yang tak sedar diri ini.
Paling mencuit hati, Karen yang bertindak untuk memarahi orang lain atas kesilapannya sendiri seolah-olah tidak boleh terima kenyataan berdasarkan gerak tubuhnya yang kelihatan sedikit cuak tatkala ingin memasuki keretanya semula selepas pertengkaran itu. Aik, takkan la tak reti nak masuk kereta sendiri, marah orang lain pandai pula kan?
Perwatakan karakter Karen yang merasakan dirinya betul, ‘pelik’, tidak disenangi, suka menyalahkan orang lain dan berasal dari Amerika Syarika ini biasanya dapat dilihat menerusi video perkongsian di laman sosial media, kini sudah ada kewujudan ‘Karen’ buatan Malaysia.
Pemandu wanita Rukia Cosplayer ini kemudian memuat naik satu lagi video di akaun TikTok miliknya untuk menjelaskan keadaan sebenar dan berterima kasih kepada netizen serta viewers yang menyebelahi, memberikan sokongan serta memuji tindakannya. Rupa-rupanya dia pun rasa gelabah juga melihat ‘Karen’ itu turun daripada keretanya, tetapi membuatkan penonton berasa puas hati kerana dirinya berani menegakkan kebenaran. Min juga turut sokong tindakan dia untuk menegur dan memarahi Karen si pemandu Hilux itu. Ya lah, memang dia tidak bersalah dalam kejadian ini tetapi dipersalahkan pula oleh Karen.
Apa yang Min dapat rumuskan, sekiranya mak ayah ingin memandu terus dan tidak mahu tukar laluan atau barisan, mak ayah tidak perlu menyalakan lampu signal berdasarkan undang-undang trafik. Pun begitu, insiden seperti ini benar-benar membuka mata kita khususnya mak ayah yang ingin membawa anak-anak ziarah menziarahi di musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Kalau insiden seperti ini terjadi, apa mak ayah perlu buat? Berikut Min kongsikan beberapa tip:
- Pastikan penumpang lain selamat terlebih dahulu: Sekiranya membawa penumpang lain, khususnya anak atau pasangan, pastikan mereka selamat terlebih dahulu sebelum mak ayah ingin bertindak terhadap road bully seperti Karen.
- Bertenang: Ingat! Mak ayah perlu tenang sebelum bertindak atau melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sekiranya pemandu lain turun daripada kereta. Walaupun orang lain yang bersalah, always gunakan dua perkataan ini: “Minta maaf…”, sebelum mak ayah nak sambung ayat.
- Simpan ego masing-masing: Mungkin ayat ini sedikit sexist, tetapi bukan lelaki sahaja yang mempunyai ego. Semua pemandu jalan raya ada ego masing-masing. Ini termasuklah mak ayah apabila masuk ke dalam kereta atau berada di atas motosikal. Jadi, Min rasa better mak ayah simpan sahaja ego masing-masing untuk mengelakkan kejadian tidak diingini demi keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk diri sendiri.
- Rakamkan bukti kejadian: Elakkan daripada bertengkar atau memulakannya dengan pemandu lain. Lebih bagus kalau mak ayah ada dashcam. Rakamkan segala bukti kejadian dan laporkan segera insiden itu kepada pihak polis.
Let it go…
Kunci terbaik dalam menyelesaikan pertengkaran adalah beralah. Mak ayah boleh stand firm and hold on to your grip untuk mempertahankan kebenaran. Tetapi jika pihak yang lagi satu masih tidak mahu mengalah, masuk semula ke dalam kereta, teruskan perjalanan dan let it go.
Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati dan peka semasa berada di jalan raya.