Menurut kajian, dengan hanya 9 minit menonton kartun fast-paced, ia memberi kesan negatif serta-merta pada fungsi eksekutif kanak-kanak berumur 4 tahun. Ibu bapa harus sedar bahawa rancangan televisyen fast-paced ni sekurang-kurangnya boleh menjejaskan fungsi eksekutif anak-anak kita.
Apa itu fungsi eksekutif kanak-kanak? Ia adalah:
- Keupayaan untuk memberi tumpuan dan perhatian
- Mengingati arahan
- Menunjukkan kawalan diri
Kemahiran seperti ini adalah aspek penting dalam pembelajaran dan perkembangan awal yang membantu kanak-kanak mengawal tingkah laku mereka dan ia dikaitkan dengan kejayaan sosial dan akademik.
Ikuti perkongsian daripada Puan Syakira tentang kenapa kartun fast-paced ni sebenarnya tak sesuai untuk anak-anak kita.
Sama-sama kita menghayat dan faham apa isi yang dikongsikan ya Mommy!
Kenapa Kartun Fast-Paced Macam Ni Tak Sesuai?
- Gambar dia cepat je bertukar, video pendek-pendek. Tak sempat nak tengok betul-betul, terus gambarnya bertukar.
- Lagunya juga laju dan muziknya terlalu catchy.
- Fast-paced animation buat anak ketagih! Sebab itu, ia bahaya. Tak cukup satu video saja.
- Ada sesetengah anak yang dah biasa dengan kartun pace laju, dan kartun yang pendedahan visual dan auditori secara berlebihan, memang ambil masa nak adapt dengan slower pace punya animasi.
- Kartun yang slow sikit jalan cerita (sedangkan ianya keperluan sebab nak ajar anak nilai/adab), anak tak berapa minat.
- Sebenarnya, slower pace animation lebih selamat dan kurang risiko menjejaskan anak punya fokus/daya tumpuan.
- Slower pace animation akan bantu anak untuk belajar dengan lebih baik. Kerana ilmu adalah proses.
Jadi, belum terlambat nak kenalkan dan betulkan. Memang ambil masa. Tapi jangan menyerah dengan tangisan dan tantrum anak. Demi anak-anak berkembang dengan baik secara fitrah. Be firm dengan konten terbaik.
Biar dia tentukan dan pilih animasi fast-paced dan ganas. Itu bahaya yang perlu dielakkan! Yang baru nak mulakan screen time untuk anak (umur 2 tahun ke atas). Perkenalkan dari awal slower pace animation. Jangan biar anak dah tersuka dengan kartun yang buat anak ketagih.
Saya suggest kartun Little Ammar dalam Durioo sebagai pengganti Cocomelon!
- Slow-paced
- Warna dan bunyi yang sesuai untuk anak-anak
- Lagu diselangi dengan lafaz zikir seperti Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar
- Menekankan adab dan akhlak dalam Islam
- Lagunya mudah ingat dan sesuai untuk ajar anak bercakap
Untuk lebih banyak konten kartun yang mesra perkembangan kanak-kanak dan penuh nilai murni, saya suggest platform Durioo, dari pengasas Omar dan Hana. Mereka ada konsultan syariah dan perkembangan kanak-kanak yang pantau konten mereka.
Jauh dari mengeksploitasi kanak-kanak untuk tambahkan view. Saya dulu pun antara yang beri Cocomelon pada anak. Lepas dapat ilmu ni dari sahabat occupational therapist, saya mula ambil berat tentang konten screen time anak. Sebab screen time memang effect perkembangan anak dari banyak segi, jadi kenalah jadi ibu ayah berilmu.
Ibu ayah di barat pun banyak complain tentang Cocomelon ni. Walaupun takde study khas tentang effect Cocomelon secara terus pada anak, tapi ada kajian tentang fast-paced dengan slow-paced cartoon kepada perkembangan kanak-kanak.
Senarai Cadangan Kartun Yang Slow-Paced
Antara kartun yang slow pace:
- Omar Hana
- Didi and Friends
- Sesame Street
- Dora the Explorer
- Blues Clues – Bing
- Hafiz Hafizah
- Katuri
- Alif dan Sofia
- Numberblock (sebahagian kena tapis juga)
- Alphablock
- blippi
- mrs Rachel
Media content dan cara anak-anak kita serap info daripada kartun-kartun ini sangat penting ya Mommy. Terdapat pelbagai kartun yang tak semua kita boleh tapis atau halang, tapi Mommy dan Daddy harus buat demi perkembangan si kecil.
Take note tau Mommy! Jangan ambil remeh tentang perkara-perkara ini. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik supaya anak-anak kita boleh menjadi orang dewasa yang berfungsi tinggi.
Selamat mencuba~
Kredit: Wan Nur Syakira
Dapatkan lebih banyak tips tentang perkembangan anak-anak kita di SINI.