Bagi beberapa orang, kehidupan mereka mungkin nampak senang dan mereka sentiasa tampil bermotivasi atau bersemangat untuk melakukan sesuatu. Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai cabaran yang unik kepada kehidupan mereka. Mungkin pada hari-hari atau waktu tertentu, mereka juga tidak mempunyai motivasi dan ingin berputus asa, jadi mereka memerlukan kata-kata semangat untuk mengharungi hari atau cabaran tersebut.
Walaupun nampak seperti perkara biasa sahaja, tetapi sebenarnya kata-kata semangat sangat membantu apabila kemurungan melanda seseorang. Pemikiran yang buntu atau suasana dalam minda seseorang yang malap dapat diterangi dengan kata-kata semangat atau hikmat.
Diri kita sendiri juga memerlukan peringatan dari segi kata-kata semangat dan motivasi diri ini supaya kehidupan terus maju.
Jom tengok beberapa petikan dan mutiara kata-kata untuk dihayati sekarang atau di masa hadapan.
50 Kata-Kata Semangat Yang Dapat Meningkatkan Motivasi Diri
1. Bersyukur dengan apa yang ada dan anda akan mendapat lebih banyak. Jika anda menumpukan perhatian kepada apa yang anda tidak ada, anda tidak akan pernah berasa cukup. (Oprah Winfrey)
2. Bukan gunung yang kita takluki, tetapi diri kita sendiri. (Edmund Hillary)
3. Jika anda berasa seperti anda kehilangan segala-galanya, ingatlah bahawa daun-daun sebatang pokok gugur setiap tahun tetapi ia masih berdiri tegak dan menunggu daunnya untuk tumbuh kembali.
4. Percaya dan yakin anda boleh kerana itu sudah bermakna anda sudah berada separuh jalan daripada matlamat anda. (Theodore Roosevelt)
5. Jangan berputus asa. Ia bukan sesuatu yang sudah berakhir, tetapi hanya permulaan yang baru.
6. Kita mesti menerima kesakitan dan menggunakannya sebagai bahan bakar untuk perjalanan yang baru.
7. Lakukan perkara yang sukar semasa ia mudah dan lakukan perkara yang besar semasa ia kecil. Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan satu langkah. (Lao Tzu)
8. Setiap perubahan positif kecil yang kita lakukan dalam diri kita akan menambahkan keyakinan kita pada masa hadapan.
9. Tidak kira siapa diri anda, dari mana asal usul anda, keupayaan untuk menang bermula dengan anda. (Oprah Winfrey)
10. Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.
11. Minda anda adalah sesuatu yang amat berkuasa. Apabila anda mengisinya dengan fikiran positif, hidup anda akan mula berubah kearah yang positif juga.
12. Jika anda berfikir untuk berputus asa, fikirkan dulu sebab mengapa anda mula dan bertahan begitu lama.
13. Cari sesuatu yang positif dalam setiap hari anda, walaupun sesetengah hari anda perlu mencari dengan lebih mendalam.
14. Lautan yang tenang tidak membuatkan kapten kapal yang mahir.
15. “Hari ini aku memilih keberanian dan bukan keselesaan.”
16. “Aku berjaya kerana api dalam diriku membara lebih terang daripada api di sekelilingku.”
17. Kata-kata semangat semasa kegagalan bernilai lebih daripada pujian berjam-jam selepas kejayaan.
18. Kesakitan terbesar anda boleh menjadi kekuatan terbesar anda.
19. Jika anda tidak menyukai jalan yang anda lalui, mula menurap jalan lain.
20. Impian anda memberikan anda peluang untuk menjadikannya realiti. Anda hanya perlu mengenalpasti peluang yang muncul dan ambil tindakan.
21. Hidup tidak mempunyai batasan, kecuali apa yang anda reka.
22. Kejayaan terbesar kita bukanlah apabila kita tidak pernah gagal, tetapi apabila kita bangkit semula setiap kali kita gagal.
23. Kejayaan bukanlah sesuatu yang muktamad, manakala kegagalan pula tidak bermakna sesuatu telah berakhir. Apa yang penting adalah keberanian untuk meneruskan apa yang ingin dilakukan.
24. Sikap kita pada permulaan tugasan yang sukar yang akan menentukan kejayaannya.
25. Jika sesuatu perkara itu cukup penting, anda mesti melakukannya walaupun kejayaan mungkin tidak memihak kepada anda.
26. Engkau jauh lebih kuat daripada apa yang engkau fikirkan.
27. Benda yang paling cantik anda boleh pakai ialah keyakinan.
28. Mulakan di mana anda berada. Gunakan apa yang anda ada. Buat apa yang anda boleh.
29. Jangan mulakan hari anda dengan penyesalan atas apa yang tidak dapat dicapai semalam. Bangun dan fikir tentang apa yang anda akan dapat capai hari ini.
30. Perlahan-lahan daki kejayaan kerana semua perkara mula dengan kesusahan.
31. Dorongan dan harapan adalah dua perkara yang paling berkuasa yang boleh diberikan oleh seseorang kepada orang lain.
32. Kita mesti bersedia untuk melepaskan kehidupan yang kita rancang agar mendapat kehidupan lebih baik yang menanti.
33. Daripada membiarkan kesusahan dan kegagalan menghapuskan harapan anda, lebih baik jika biarkan ia memberi inspirasi kepada anda.
34. Mereka yang berjaya adalah mereka yang menggunakan seluruh usaha dan keyakinan untuk mendapatkan satu kejayaan.
35. Jika ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaanmu sekarang. Jika ingin melihat masa depan, lihatlah apa yang kamu lakukan saat ini.
36. Teruslah berjalan walaupun jalannya sulit, kerana jalan yang sulit selalunya akan membawamu ketempat indah yang tidak pernah dicapai oleh orang biasa.
37. Seorang yang pesimis akan melihat kesukaran dalam setiap peluang, manakala seorang yang optimis akan melihat peluang dalam setiap kesukaran.
38. Berusahalah bukan sahaja untuk berjaya, tetapi juga untuk membuat diri lebih bernilai. (Albert Einstein)
39. Latihlah diri anda untuk mencari keberkatan dan nikmat dalam segala hal.
40. Perubahan diri memerlukan perjuangan bukan dengan sekadar duduk diam. Berjuanglah demi perubahan diri dan perbetulkan keinginan kita. Beri ruang kepada perubahan.
41. Jangan pernah menyesal satu hari pun dalam hidup anda. Hari yang baik memberi anda kebahagiaan dan hari yang buruk memberi anda pengalaman.
42. Hidup bukanlah tentang mencari diri sendiri. Hidup adalah tentang mencipta diri sendiri.
43. Jangan menghitung hari. Jadikan setiap hari tak terhitung nilainya. (Muhammad Ali)
44. Bina impian anda, jika tidak orang lain yang akan mengupah anda untuk membina impian mereka.
45. Sebuah kapal adalah selamat di pelabuhan, tetapi itu bukanlah tujuan kapal tersebut dibina. (Paulo Coelho)
46. Apabila kita tidak mampu lagi mengubah keadaan, kita dicabar untuk mengubah diri kita sendiri.
47. Apa yang menanti kita di masa hadapan adalah jauh lebih baik dari apa yang kita tinggalkan di masa silam. (C.S. Lewis)
48. Apa yang anda fikirkan, anda akan menjadinya. Apa yang anda rasakan, anda akan menariknya. Apa yang anda bayangkan, anda akan menciptanya. (Buddha)
49. Jika anda ingin terbang, tinggalkan semua yang membebankan anda.
50. Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan. Temukan orang yang dapat membuat cahayamu bersinar lebih terang. (Steve Jobs)
Petikan kata-kata semangat diatas boleh diungkapkan kepada ahli keluarga atau kawan yang memerlukan disaat mereka sedang dibelenggu masalah. Anda sendiri juga boleh menggunakan ayat-ayat yang digemari dengan menulisnya di atas kertas dan menyimpannya di tempat yang anda boleh rujuk selalu.
Semoga bermanfaat.