Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenali 11 Jenis Katil Baby Yang Terbaik & Sesuai Buat Si Manja Di Malaysia

katil baby terbaik di Malaysia

Kredit gambar: istockphoto.com

Sebelum Mommy dan Daddy belikan tilam untuk si comel, mestilah pilih katil baby dahulu kan? Yelah…nanti kalau beli tilam dahulu, tak muat ke apa bila letak dalam katilnya, susah pula.

11 Katil Baby Yang Terbaik Di Malaysia

Jom, kita tengok beberapa pilhan katil untuk si manja yang terbaik buat masa kini di Malaysia:

#1. Katil baby kayu

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Memang baby cot yang diperbuat daripada kayu sering menjadi pilihan Mommy dan Daddy kan? Ini kerana ia kukuh dan tahan lama.

Kalau beli yang bersaiz besar, memang boleh guna lama hingga bertahun-tahun tau.

#2. Jenis kayu beroda

Kredit gambar: istockphoto.com

Yang lebih baik, beli katil baby kayu yang beroda. Kalau yang ini, tambahan ciri adalah, mempunyai roda. Jadi senanglah untuk Mommy dan Daddy pindahkan katil ini ke mana-mana.

#3. Jenis polyester 

Kredit gambar: carousell.com.my

Kalau risaukan katil baby yang diperbuat daripada kayu keras atau berat untuk penggunaan harian Mommy dan Daddy, pilihan lain adalah katil si manja yang jenis polyester. Tengok sahaja pada reka bentuknya, ia kukuh dan fleksibel walaupun bahan buatannya bukanlah daripada kayu atau besi.

Yang ini, untuk travel pun sesuai!

#4. Jenis kayu 2 dalam 1

Kredit gambar: shopee.com.my

Ada juga katil baby kayu yang mempunyai ciri tambahan lain yang dikenali sebagai katil baby kayu 2 dalam 1 seperti kelambu seperti dalam gambar di atas.

Selain daripada nilai estetik, pemasangan kelambu bermanfaat juga untuk melindungi si comel daripada gigitan nyamuk.

#5. Jenis bertingkat

Kredit gambar: shopee.com.my

Pilihan seterusnya yang tak kurang popular adalah, katil baby yang bertingkat. Kalau bagi Motherhood, memang baby cot yang macam ni agak berbaloi.

Di ruang bawah tu, Mommy boleh letak barang-barang si comel seperti selimut, bantal lebih, pelapik getah, pampers dan kain tuala si comel.

#6. Pelbagai fungsi

Kredit gambar: mydeal.com.au

Untuk lebih jimat, elok juga beli katil baby pelbagai fungsi ni. Boleh dilipat dan dipasang di mana sahaja, ramai Mommy dan Daddy sekarang yang lebih gemar menggunakan katil ini untuk si comel mereka.

#7. Jenis playpen Mamakiddies

Kredit gambar: shopee.com.my

Lebih kurang je macam katil baby polyester, reka bentuk baby playpen ni selamat dan fleksibel untuk digunakan.

Bezanya cuma, baby playpen ni ada penutup di bahagian kepala, ia boleh diselaraskan di bahagian sisi dan beberapa ciri lain lagi.

Agak mewah tetapi berbaloi tau!

#8. Katil baby simple

Kredit gambar: ms.joopzy.com

Tak semestinya ada rangka katil, katil baby pun boleh berfungsi dengan elok je kalau cukup keperluannya seperti tilam dan bantal.

Baby crib ni, ada kelambunya sekali. Dengan reka bentuk yang ringkas macam ni, ringan pula tu, ia adalah alternatif yang bagus untuk baby cot. Harga pun jauh lebih murah ya!

#9. Jenis side bed

Kredit gambar: Facebook @Koleksi Viral

Kalau Mommy dan Daddy nak si comel tidur bersama tetapi berasingan, katil ni memang sesuai sangat. Cuba tengok di bahagian salah satu sisi katil si manja tu, tiada penghadang seperti yang sebelah lagi.

Kalau Mommy nak pegang atau pindahkan si comel pun senang.

#10. Diperbuat daripada rangka besi

Kredit gambar: istockphoto.com

Selain daripada kayu, banyak juga katil untuk si manja yang diperbuat daripada besi. Macam gambar di atas, ringkas je reka bentuk dan rangka katil jenis ini tapi nampak selesa dan selamat apabila dibaluti kain padanya.

Jenis ini lebih sesuai untuk newborn lah. Tapi kalau untuk bayi yang dah besar, boleh cari saiz yang lebih lebar ya.

#11. Bentuk bulat

Kredit gambar: ms.designluxpro.com

Selalunya bersegi empat kan, tapi sekarang ni dah banyak dah katil baby yang berbentuk bulat. Memang cantik dan selesa.

Dari segi keselamatan pula, ia lebih selamat lah sebab tak ada bucu tajam ke apa.

Nak beli katil baby ni kena tengok pada beberapa faktor seperti bajet Mommy dan Daddy, ruang dalam rumah, keselesaan si comel pada saiz dan bahan buatannya dan bermacam lagi.

Untuk memudahkan Mommy dan Daddy, dapatkan katil-katil ini dengan harga yang berpatutan di Motherhood.com.my.


Ketahui pelbagai tips dan pilihan terbaik untuk si manja Mommy DI SINI.