Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Tips Penting Dalam Pemilihan Katil Bayi

katil bayi

Kredit gambar: istockphoto.com

Bukan tilam baby je, pemilihan katil bayi pun Mommy dan Daddy kena cakna tau. Bukannya apa, si comel kan masih kecil. Mereka bukannya reti nak mandiri atau bersuara kalau ada sesuatu yang tak kena.

Tips Penting Ketika Mommy Memilih Katil Bayi

Sebelum Mommy dan Daddy memilih, eloklah untuk pentingkan beberapa aspek seperti keselamatan, keselesaan dan kesesuaian bayi.

Berikut adalah beberapa tips yang Motherhood nak kongsikan, supaya Mommy dan Daddy dapat membuat pilihan yang terbaik:

#1. Katil bayi dengan reka bentuk yang selamat dan sesuai

Dalam memilih barang-barang keperluan bayi ni, aspek pertama yang Mommy dan Daddy wajib utamakan adalah, keselamatan penggunaannya.

Bukan sahaja untuk si comel tetapi untuk Mommy dan Daddy pun juga. Sebagai contoh, katil yang mempunyai bucu tajam, bukan sahaja akan membahayakan keselamatan bayi tetapi mungkin juga akan memudaratkan Mommy dan Daddy.

Apabila memilih reka bentuk katil bayi, jangan hanya fokus kepada kecantikannya tetapi utamakanlah reka bentuknya yang selamat untuk semua.

Antara tips untuk Mommy dan Daddy ialah:

  • Katil yang mempunyai bucu tajam adalah a big no-no.
  • Elakkan memilih katil bayi yang ada susunan kayu di sekelilingnya. Tambah-tambah yang jarak di antaranya besar. Risau terkepit nanti!
  • Pastikan binaan katil bayi itu cukup tinggi supaya dapat menampung badan si comel apabila mereka bersandar atau berdiri di sekelilingnya.

#2. Pilih bahan buatan yang selamat dan kukuh

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Ada juga yang Motherhood pernah tengok, katil bayi tu diperbuat daripada kayu biasa yang tidak kemas pembuatannya. Ini memang bahaya ya. Jika terkopek sedikit ke, si comel boleh terkena selumbar tau.

Sekarang dah ada banyak dah katil bayi yang diperbuat daripada kayu yang selamat dan kemas pembuatannya. Sebagai contoh, daripada plastik yang kukuh dan kain kanvas yang selesa. Apapun, pastikan bahan buatannya selamat dan kukuh untuk menampung si comel.

Ambil perhatian juga pada jenis cat atau coating yang digunakan ya. Pastikan ia selamat dan bebas toksin supaya okay je kalau si comel menggigit nanti.

#3. Pilih saiz dan ketahanan berdasarkan saiz dan berat badan bayi

Bukan boleh main beli je, katil bayi ni kena tengok usia dan berat badan si comel juga. Katakanlah si comel Mommy dan Daddy agak berat, bukan kesemua jenis katil bayi sesuai untuk mereka.

Mommy dan Daddy kena tengok ketahanan katil tu, sesuai dengan berat si comel tak? Pada aspek saiz pula, fizikal si comel pun penting tau.

Kalau badan si comel jenis gempal atau memanjang, Mommy dan Daddy kenalah cari katil yang lebar dan panjang juga.

Secara mudahnya, agak-agaklah saiz katil tu untuk si comel senang dan bebas bergerak ya?

#4. Pilih yang fleksibel dan beroda

Kredit gambar: istockphoto.com

Katil bayi ni agak mahal juga berbanding dengan harga barang keperluan bayi yang lain kan? Sebab itulah, Mommy dan Daddy kena cari katil yang fleksibel untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sebagai contoh, yang boleh dilipat dan diubah kedudukannya. Nanti kalau nak travel ke, mudah. Katil bayi yang ada roda pun membantu memudahkan Mommy dan Daddy dalam penjagaan si comel.

Kadang-kadang tu, kita nak tidurkan si comel dalam bilik tidur kita ke, di ruang tamu ke, dalam biliknya sendiri ke. Bila ada roda ni, mudah je nanti.

#5. Guna bakul bayi

Mesti Mommy dan Daddy pernah tengok orang guna bakul bayi untuk letak si comel mereka kan? Bakul ni biasanya orang guna untuk senang bawa ke sana sini.

Tetapi sebenarnya, kalau Mommy dan Daddy kreatif, boleh je ubah suai bakul ni menjadi katil bayi. Terutamanya untuk Mommy dan Daddy yang nak berjimat sikit, bolehlah guna cara ni.

Kredit gambar: istockphoto.com

Dalam pemilihan katil untuk si manja ni, aspek keselamatan lah yang paling penting. Pastikan katil si comel selamat, kukuh dan selesa untuk mereka.

Nanti bila tidurnya terjaga, barulah si comel membesar dengan sihat!

Mommy boleh dapatkan pelbagai pilihan tilam, katil, dan barangan si manja di Motherhood.com.my. Bagi bakal ibu, Mommy boleh dapatkan informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia dengan menyertai Motherhood New Mom Privilege.

Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Dapatkan lebih banyak panduan membeli barangan si manja di SINI.