Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kawan Imaginasi Anak Anda? Wujud atau Tidak?

kawan imaginasi

gambar daripada guff.com

Kawan imaginasi boleh menjadi pengaruh positif pada anak anda. Ketahui mengapa, dan dapatkan tips untuk membantu anak anda melalui ini.

Daripada Browyn Charlton, PhD,

Kebanyakan anak kecil (kira-kira 65 peratus) akan mencipta kawan imaginasinya dalam anggaran umur 3 hingga 5 tahun. Walaubagaimanapun, ia tidak membahayakan. Malah, kajian menunjukkan mempunyai kawan imaginasi dikaitkan dengan peningkatan kreativiti kelak, ini disebabkan kemahiran berkomunikasi dan kefahaman antara interaksi sosisal.

Bermain dengan kawan imaginasi memberi kanak-kanak kelebihan untuk menerokai dunia yang komplek ini dengan keadaan yang selamat. Kebiasaannya, kawan imaginasi ini mula tercipta ketika si kecil mula untuk mengenal identitinya dan mengenali dunia sebenar atau khayalan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Highlighted

gambar daripada hresvelgr.tumblr.com

Kebaikan 

  • Mereka ada keyakinan. Setiap kanak-kanak mempunyai rahsia dan kadang kala memerlukan privasi. ‘Kawan’ anak anda boleh dijadikan tempat menyimpan rahsia.
  • Mereka ada peneman. Kawan bermain yang hebat.
  • Mereka ada perkembangan moral yang baik. Anak kecil boleh menyalahkan kelakuannya dengan kawannya tersebut, contohnya, “saya tidak makan ais krim itu, Ibu, Suzie yang makan!” Disini, anak anda akan mula membezakan betul atau salah tetapi belum bersedia sepenuhnya untuk memahami tanggungjawabnya, jadi dia akan menyalahkan kawan imaginasinya.
  • Mereka memberi gambaran dalaman pada anak anda seperti dunia emosi. Anda mungkin akan mendengar nasihat yang telah anda berikan kepada mereka, dan cara untuk memujuknya, akan diulangi pada ‘kawannya’, contohnya, “Tommy, jangan takut. Saya pasti semua orang baik.” Anda juga akan mendengar anak anda berkongsi dengan kawan imaginasi perasaan yang melibatkan peralihan (saudara baru, permulaan persekolahan)

Ibu bapa kepada ‘kawan’ anak-anak

Ianya penting untuk anda main bersama dan tidak membuatkan anak anda berasa malu dengan kawan imaginasi mereka. Terdapat beberapa tips:

  • Menghormati kawan imaginasi anak anda dengan melayannya. Jika anak anda meminta anda untuk tidak menganggu kawan imaginasinya, maka ikutkan sahaja.
  • Ikut kehendak anak anda ketika sedang bermain bersamanya. Berhati-hati untuk tidak melebih-lebih. Ini adalah peluang untuk anak anda mereka-reka cerita dan belajar menerokai pemikiran dan perasaannya.
  • Ambil kesempatan atas tindakan kawan imaginasinya. Jika anak anda menyalahkan kawan imaginasinya atas kelakuan atau kesalahannya, gunakan ini sebagai peluang untuk mengajar. Sebagai contoh, jika kawan imaginasi anak anda ialah superhero, Dynamo, menumpahkan air, anda boleh katakan, “tidak mengapa, mari minta bantuan dari Dynamo untuk bersihkannya.”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bila Untuk Bimbang Tentang Kawan Anak Anda

Jangan tertalu bimbang tentang kawan imaginasi anak anda melainkan ia penyebab anak anda mengelak dari berhubung dengan kanak-kanak lain, atau mempunyai masalah dengan kawan bukan imaginasinya. Jika perkara sebegini berterusan, anda patut membawanya ke pakar, kerana kawan imaginasinya mungkin akan membuatkan dia lebih takut berhadapan dengan kehidupan interaksi sosial yang sebenar.

Bukan itu sahaja, ‘kawan’ anak anda tersebut mungkin akan berlarutan lebih lama dari yang anda jangkakan. Kajian mendapati kanak-kanak berumur 7 tahun sekurang-kurangnya akan mempunyai seorang kawan yang sebegitu. Semakin mereka membesar, dengan adanya kehidupan sosial dan kemahiran emosi yang perlukan mereka hadapi, kebanyakkannya akan semakin sedar akan kawan mereka itu sebenarnya tidak wujud.

Artikel ini dipetik daripada www.everydayhealth.com.