Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Dari Bapa Kesukaan Ramai! Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan Kebaikan Berenang Untuk Anak-Anak

Kredit gambar: Dr Sheikh Muszaphar

Bersenam sebagai hobi menggalakkan kesihatan dan perkembangan yang baik bagi kanak-kanak.

Dr Sheikh Muszaphar kembali lagi dengan perkongsiannya yang berkaitan dengan anak-anak, iaitu kebaikan berenang. Anak-anak beliau memang penuh dengan hobi masing-masing dan mereka sangat aktif melakukannya.

Min pasti anak Mommy juga mempunyai hobi yang menarik seperti berenang. Walaupun mungkin ada antara anak Mommy tidak gemar untuk berenang, tidak salah untuk Mommy menggalakkannya menguasai atau belajar untuk berenang. Mana tahu boleh jadi professional satu hari nanti?

Selain itu, terdapat banyak kebaikan berenang dan berikut merupakan antara kebaikan sukan ini untuk kanak-kanak yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar.

Kebaikan Berenang Untuk Kanak-kanak

Highlighted

Kredit gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Adalah penting untuk menghantar anak-anak untuk Berenang dari usia yang sangat muda.

10 Kebaikan Berenang Untuk Anak-Anak

  1. Ia mengembangkan paru-paru dan mencegah lelah.
  2. Ia menjadikan mereka tinggi dan kurus.
  3. Ia adalah sukan tanpa kecederaan.
  4. Mereka mungkin menyelamatkan nyawa suatu hari nanti.
  5. Senaman jumlah badan.
  6. Memperbaiki tidur.
  7. Kurangkan stres dan berehat. 
  8. Mereka menjadi orang dewasa yang aktif.
  9. Mereka menjadi lebih yakin.
  10. Berenang boleh menjadikan anak anda lebih bijak dengan meningkatkan bahasa dan perkembangan fizikal serta kemahiran motor halus.
Kredit gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Banyak juga kebaikan berenang ni kan? Aktiviti fizikal seperti berenang memang bagus dimulakan pada usia yang muda. Nanti dah dewasa mereka akan lebih berwaspada dengan kepentingan bersenam.

Tambahan pula, mereka akan mengetahui serba sedikit tentang kemahiran hidup seperti yang dikatakan oleh Dr Sheikh Muszaphar.

Anak-anak Dr memang banyak hobi dan banyak kebolehannya kerana didedahkan pada usia yang awal. Jika berkemampuan, Mommy pun boleh dedahkan mereka dengan kemahiran serta hobi sebegini.

Luangkan sedikit masa bersama mereka dan lihat dimana minat anak-anak Mommy. Selamat mencari hobi untuk anak-anak ya Mommy!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy vote jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!