Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kebaikan Carrot untuk Bayi

Baby eating carrot

Carrot adalah salah satu makanan pertama yang terbaik untuk si kecil anda, disebabkan nutrisi, rasa, dan teksturnya, nasihat Dr. Ari Brown, pakar kanak-kanak di Boulder, Colorado. Carrot sangat mudah untuk bayi anda telan dan hadam. Kebanyakan bayi suka rasa carrot juga, kerana mereka mempunyai kesukaan untuk manisan; carrot adalah salah satu sayuran yang paling manis. Bayi secara umumnya bersedia untuk mencuba sayuran, seperti carrot, pada usia 6 ke 8 bulan. Berikan 2 ke 3 sudu sayuran bermanfaat ini, setiap kali makan, sebagai permulaan.

Nutrisi

Carrot merupakan sumber yang baik untuk beta-carotene, yang bertukar kepada vitamin A didalam badan. Vitamin A membantu mata si kecil anda. Carrot juga menggalakkan sistem imunisasi yang kuat dan mengandungi phytochemicals yang boleh melindungi bayi anda daripada penyakit jantung dan sesetengah kanser, menurut Academy of Nutrition and Dietetics. Tambahan lagi, carrot sangat kaya dengan serat, yang membantu bayi anda untuk mempunyai pergerakan usus yang normal, kata Brown. Carrot juga mengandungi zat besi, kalsium, dan vitamin C.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tekstur

Adalah terbaik untuk memberi si kecil anda makanan yang lembut, sebelum beralih kepada makanan yang pekat. Anda boleh lenyek, puree carrot masak untuk dapatkan tekstur yang lembut dan licin. Tekstur yang sesuai membenarkan lidah si kecil anda untuk mengawal dan menelan dengan senang. Lenyekkan carrot segar yang dimasak, dengan garfu, atau gunakan blender, atau food processor. Jangan tambah garam atau perencah lain ke dalam carrot yang anda masak, nasihat American Academy of Pediatrics.

Tips

Jika muka si kecil anda berkerut bila terbau carrot, cuba lagi. Makin banyak anda pelawa carrot kepada si kecil anda, lama kelamaan mereka pasti terima, menurut Ohio State University Extension. Namun, jangan terlebih beri bayi anda makan. Bayi anda akan berikan tanda-tanda jika mereka sudah kenyang. Semasa membeli carrot, pilih warna yang terang, itu menandakan kesegaran, menurut Academy of Nutrition and Dietetics. Anda boleh simpan carrot segar di dalam peti ais selama 2 minggu.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Awas

Tunggu sehingga bayi anda sekurang-kurangnya 6 bulan untuk beri mereka carrot yang anda masak disebabkan kemungkinan nitrates, kimia yang boleh menyebabkan sejenis anemia kepada bayi kecil. Selepas 6 bulan, carrot yang dimasak sendiri, selamat untuk bayi, menurut Brown, penulis buku “Baby 411”. Makanan bayi komersial sesuai untuk bayi berusia kurang daripada 6 bulan kerana makanan ini diuji untuk nitrates. Jangan berikan carrot mentah yang dipotong, kerana mereka senang tercekik.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Gambar diambil daripada Images of Everything.

Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.