Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Digelar “Superfood” – Ini 10 Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung

kebaikan chia seed untuk ibu mengandung

Kredit gambar: simplicity.in

Antara makanan yang mampu memberi manfaat kesihatan berpanjangan kepada ibu hamil adalah chia seed. Kalau Mommy nak tahu, sebenarnya terdapat banyak kebaikan chia seed untuk ibu mengandung yang tidak boleh dinafikan lagi keberkesanannya. Chia seed yang kaya dengan asid lemak Omega-3 ini juga mempunyai pelbagai khasiat nutrien penting yang lain di mana ia baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

Maksud chia seed adalah ia merupakan sejenis bijirin yang terhasil daripada sejenis bunga tumbuhan yang berasal daripada pelbagai negara seperti Amerika Latin terutamanya Mexico.

Biji-bijian hitam ini juga turut dikenali sebagai superfood di mana ia kaya nutrisi dengan pelbagai kandungan nutrien penting seperti protein, serat, karbohidrat, omega-6, mangan, fosfor, tembaga, selenium, besi, magnesium, serta kalsium.

Untuk ketahui apakah manfaatnya pada kesihatan ibu hamil dan bayi, jom ikuti perkongsian di bawah!

Senarai Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung

Highlighted

Kredit gambar: wefill.co.il

Berikut merupakan beberapa khasiat yang bakal diperoleh jika Mommy mengambilnya iaitu:

#1. Membantu Mengurangkan Masalah Kekejangan

Mommy selalu kejang tak semasa hamil? Kalau kerap, apa kata kalau Mommy amalkan chia seed ini yang mampu mengurangkan masalah kekejangan semasa hamil disebabkan kekurangan magnesium kerana di dalam chia seed ini, ia mengandungi hampir 15 kali lebih magnesium berbanding dengan sayur brokoli.

#2. Mengatasi Masalah Morning Sickness

Selain membantu Mommy daripada masalah kekejangan, chia seed juga berupaya untuk mengatasi masalah morning sickness. Jadi, daripada membiarkan morning sickness menghantui rutin harian ketika, lebih baik sekiranya Mommy amalkan chia seed ini.

#3. Pengambilan Chia Seed Ibu Mengandung Boleh Mengurangkan Risiko Kelahiran Pramatang

Kredit gambar: www.thestar.com.my

Kandungan pelbagai nutrien penting dalam chia seed juga dapat mengatasi Mommy daripada menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang.

#4. Kandungan Protein Yang Tinggi

Protein sangat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat. Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan pada tahun 2016, kandungan protein dalam chia seed adalah sebanyak 18.8 hingga 21.5% per auns. Ini menjadikan pengambilan chia seed mampu menyumbang kepada tumbesaran bayi yang sihat.

#5. Kaya Dengan Omega-3

Chia seed juga mampu membuatkan perkembangan dan kesihatan otak bayi lebih sihat kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3.

#6. Membantu Meremajakan Tulang Ibu

Pengambilan chia seed juga berfungsi untuk meremajakan tulang ibu selepas kelahiran bayi dan ia juga turut mengandungi jumlah kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 268mg bersamaan tiga sudu besar di mana dapat membantu menguatkan tulang dan gigi bayi.

Menariknya, terdapat sebuah kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost, di mana didapati jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.

#7. Meningkatkan Zat Besi Dalam Darah

Kredit gambar: www.wecharm.co

Peningkatan isipadu darah ketika hamil iaitu sehingga 50% memerlukan zat besi yang cukup untuk membekalan oksigen dengan lebih cekap dan pantas. Oleh itu, pengambilan chia seed ketika hamil yang terbukti mempunyai kandungan zat besi yang tinggi berupaya untuk menjalankan fungsi tersebut.

#8. Pengambilan Chia Seed Ibu Mengandung Boleh Jadikan Rambut, Kulit dan Kuku Lebih Sihat

Bukan itu sahaja, kandungan Omega-3 yang tinggi di dalamnya juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih sihat dan berseri-seri.

#9. Membantu Mengurangkan Rasa Lapar

Kredit gambar: www.medicalnewstoday.com

Bila mengandung, kita akan cepat mudah lapar disebabkan segala nutrien dan kalori tubuh diserap untuk tumbesaran dan perlindungan janin. Untuk mengatasi masalah mudah lapar ini, Mommy boleh amalkan chia sees di mana ia mampu memberi zat tambahan iaitu 139 kalori untuk dua sudu pengambilan.

#10. Pengambilan Chia Seed Ibu Mengandung Boleh Mengatasi Masalah Sembelit

Disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika hamil, Mommy mudah untuk mengalami masalah sembelit. Oleh itu, untuk mencegah masalah ini, ambil dua sudu chia seed setiap hari ini adalah kerana ia mengandungi hampir 38% jumlah serat yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy semua akan mula masukkan chia seed ke dalam diet harian. Semoga beroleh manfaat darinya!


Selain kebaikan chia seed, Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai kehamilan dan tips keibubapaan yang lain di SINI!