Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Rugi Kalau Tak Pernah Try! Rasai Kesedapan dan Kebaikan Susu Kurma Untuk Kesihatan Badan Ini

Kredit gambar: istockphoto

Sedapnya susu kurma! Daripada minum minuman yang tak berkhasiat, lebih baik minum susu kurma kan? Macam buat jus je, tapi gantikan air dengan susu pilihan.

Sedapnya! Tengok 11 Kebaikan Susu Kurma Untuk Kesihatan Badan Ini

Bukan sahaja rasanya yang enak, tetapi susu kurma ni mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan kita. Jom, kita tengok beberapa kebaikan susu kurma ni:

#1. Membantu menstabilkan tekanan darah

Kandungan zat dalam buah kurma dan susu dipercayai dapat membantu untuk menstabilkan tekanan darah. Aliran darah Mommy akan lebih lancar dan tekanan darah tinggi dapat dielakkan.

#2. Baik untuk kesihatan mata

Menurut perkongsian daripada Merdeka, susu kurma dapat membantu meningkatkan kesihatan mata secara menyeluruh kerana kandungan vitamin A dan B yang tinggi di dalamnya.

#3. Melancarkan sistem perncernaan

Kandungan serat dan zat yang tinggi dalam buah kurma memang baik untuk sistem pencernaan kita. Ia dapat membantu melancarkan proses penghadaman dengan lebih baik dan mengelakkan sembelit.

Untuk sesetengah orang, pengambilan susu kurma ni dapat membantu melawaskan pembuangan air besar juga.

#4. Menyihatkan jantung

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Susu kurma ni, ia mengandungi kuantiti kalium yang tinggi tau. Kalium ni, dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah dengan baik.

Jadi risiko kita untuk terkena penyakit jantung adalah lebih rendah dan fungsi jantung pun akan bertambah baik.

#5. Melawan penyakit

Selain itu, susu kurma turut kaya dengan antioksida yang baik untuk melawan penyakit dan radikal bebas.

Penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kanser, diabetes dan jantung; dapat dielakkan dengan pengambilan susu kurma ini.

#6. Meningkatkan imunisasi badan

Dengan kandungannya yang kaya dengan pelbagai nutrien, zat dan vitamin; susu kurma dapat membantu Mommy untuk tingkatkan ketahanan badan Mommy dengan lebih baik.

Jika diambil selalu, imunisasi badan Mommy akan bertambah baik dan penyakit pun susah nak hinggap!

#7. Meningkatkan penghasilan susu badan

Bukan tu je, untuk Mommy yang sedang menyusu, elok sangat lah minum susu kurma ni. Ia adalah milk booster semula jadi tau.

Kalau nak lagi sedap, tambahkan kacang badam sebiji dua ya.

#8. Mengurangkan tekanan

Kredit gambar: istockphoto

Tryptophan yang terkandung dalam buah kurma dipercayai dapat membantu mengurangkan tekanan kita. Ia boleh menghasilkan hormon bahagia (serotonin) dalam badan yang kemudiannya dapat mengurangkan stress Mommy.

#9. Memberi tenaga

Kalau makan buah kurma sebegitu sahaja pun dapat membantu untuk memberi tenaga segera. Apatah lagi jika dikisar bersama dengan susu kan? Bila cukup tenaga dan zat, badan akan dapat berfungsi dengan optimum.

#10. Memberi rasa kenyang yang lama

Kalau tak sempat nak bersarapan ke, susu kurma boleh jadi penyelamat Mommy. Ini kerana kandungan kalorinya mampu untuk membuatkan Mommy kenyang dengan lama.

Senang cerita, boleh jadi meal replacement lah!

#11. Baik untuk kesihatan otak

Di samping itu, susu kurma pun bagus untuk kesihatan otak ya Mommy. Antioksida di dalamnya seperti flavonoid dipercayai mampu untuk meningkatkan daya fokus fikiran kita dan kesihatan otak secara menyeluruh.

Kredit gambar: istockphoto

Kebaikan Susu Kurma Untuk Kesihatan Badan

Memang banyak khasiat dan kebaikan susu kurma ni untuk tubuh badan kita. Secara menyeluruh, ia tinggi dengan zat dan khasiat tersendiri yang pastinya bermanfaat untuk kesihatan kita.

Cuma untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, kena berwaspada sedikit dan gunakan susu rendah gula jika mahu mencubanya. Kalau untuk anak-anak, mungkin Mommy boleh mulakan dengan menggunakan susu kurma sebagai bahan utama dalam resepi Agar-agar Kurma ini. Pasti lebih sedap dan sihat untuk mereka!

Nanti cuba amalkan ya Mommy?