Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Teknik Mudah Didik Anak-anak Mengenai Kebersihan Diri – Boleh Try Sekarang!

kebersihan diri

Kredit gambar: www.lovetoknow.com

Sebagai ibu bapa, kita mengimbangi banyak tanggungjawab sambil cuba mengajar anak-anak kita mengenai kemahiran hidup yang penting.

Salah satu kemahiran yang penting tersebut adalah kebersihan diri, terutamanya ketika anak-anak semakin mendekati fasa akil baligh. Kebersihan yang baik bukan sekadar berbau harum, tetapi merangkumi semua aspek kesihatan.

Dengan menanamkan tabiat ini dengan lebih awal, kita dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan, seperti masalah kulit, kerosakan gigi, dan jangkitan.

6 Petua Mudah untuk Mengajar Anak-Anak Mengenai Kebersihan Diri

Highlighted

Kredit gambar: cara.dafunda.com

#1. Mulakan Seawal Mungkin antara Cara Terapkan Amalan Kebersihan Diri

Mommy tidak perlu menunggu sehingga anak semakin meningkat usianya untuk mengajar mereka tentang kebersihan.

Mulakan seawal mungkin iaitu ketika mereka masih kecil dengan menjelaskan tentang pentingnya mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan menggunakan bilik mandi secara bebas.

Galakkan mereka untuk melakukan semua ini di bawah pengawasan Mommy. Semakin mereka membesar, biarkan secara sedikit demi sedikit mereka bertanggungjawab terhadap rutin kebersihan harian mereka sendiri.

#2. Menjadi Model/Contoh Ikutan

Kebanyakan kanak-kanak belajar melalui contoh da teladan. Jaga kebersihan diri Mommy sendiri dan bincangkannya secara terbuka dengan anak Mommy. Apabila mereka melihat Mommy mengutamakan kebersihan dalam kehidupan harian, mereka mengikutinya.

#3. Jadikan Kebersihan Topik yang Selalu Dibincangkan

Perbincangan atau perbualan mengenai kebersihan haruslah sentiasa berlaku sepanjang tempoh anak Mommy membesar. Selepas mereka sudah mampu menguasai asas kebersihan seperti memberus gigi, teruskan kepada flossing pula.

Apabila mereka sudah menghampiri akil baligh pastikan untuk bincang semula atau berkenaan hal ini. Mommy perlu pastikan komunikasi berkenaan kebersihan sentiasa berlaku supaya mereka boleh membincangkan perubahan yang mereka berlaku pada diri mereka dengan selesa.

#4. Jadikan Kebersihan Sebagai Tanggungjawab Harian

Kredit gambar: www.ilmuakademika.id

Mommy perlu jelaskan kepada anak-anak mengapa kebersihan sangat penting dalam kehidupan.

Buat satu carta yang membolehkan mereka memeriksa tugasan yang telah selesai, tanamkan kebebasan semasa menjaga kebersihan dan tanggungjawab.

Bantu mereka memahami akibat mengabaikan kebersihan, seperti kerosakan gigi atau penyakit.

#5. Pantau dengan Kerap

Walaupun anak Mommy sudah mampu menguruskan sebahagian besar penjagaan diri mereka, pantau berkala adalah penting. Pastikan mereka mencuci tangan dan mengekalkan tabiat kebersihan yang betul.

Dengan adanya peringatan, akan membantu anak Mommy menjadikan amalan kebersihan ini sebagai rutin mereka walaupun kadang-kadang terdapat beberapa halangan.

#6. Menggalakkan Kebersihan untuk Kesejahteraan

Ajar anak Mommy bahawa kebersihan diri bukan hanya mengenai kesihatan fizikal, tetapi juga termasuk penjagaan diri dan cintakan diri sendiri.

Galakkan mereka untuk menjaga tubuh mereka agar sihat dan gembira.

Apa Perlu dilakukan Sekiranya Anak Enggan Mengikut Rutin Penjagaan Kebersihan Diri?

Kredit gambar: www.humanium.org

Kadang-kadang, kanak-kanak sukar untuk mengikut dan susah untuk mengikut rutin kebersihan diri. Berikut adalah cara untuk mengatasinya.

#1. Ajari Mereka Sebab dan Akibat

Bantu mereka memahami sebab-sebab di sebalik amalan penjagaan kebersihan diri ini. Jelaskan kepada mereka bahawa sekiranya tidak membasuh tangan dengan betul boleh menyebarkan kuman dan mereka boleh jatuh sakit.

Contoh lain ialah bagaimana tidak menggosok gigi boleh menyebabkan rongga dan nafas berbau.

#2. Berikan Ganjaran

Sekali sekala Mommy boleh tawarkan ganjaran sekiranya mereka berjaya menyelesaikan rutin penjagaan kesihatan mereka. Namun, awas ya Mommy!

Berhati-hati untuk tidak menjadikan pemberian ganjaran sebagai satu amalan sekiranya mereka berjaya melakukan rutin penjagaan kesihatan mereka.

#3. Mengajar Menggunakan Sumber Pendidikan

Mommy juga boleh mengajar dengan menggunakan sumber pembelajaran. Hal ini kerana, sesetengah kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui buku dan video. Sumber-sumber ini akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Mengajar anak-anak tentang kebersihan diri adalah penting dalam perkembangan mereka. Ajar seawal mungkin, menjadi contoh positif, berkomunikasi dengan baik dan menekankan kepentingannya, akan dapat membantu anak Mommy menjadikan amalan kebersihan ini sebagai rutin mereka sepanjang hayat demi masa depan yang sihat serta gembira.

10 Amalan Kebersihan Diri yang Penting untuk Kanak-Kanak

Kredit gambar: smp-saraswati-dps.sch.id

Mengajar anak-anak Mommy tentang kebersihan diri adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka. Ianya bukanlah tugas yang mudah, tetapi dengan 10 amalan ini dapat menjadikannya lebih mudah dan berkesan.

#1. Menguasai Cara Basuh Tangan yang Betul antara Cara Terapkan Amalan Kebersihan Diri

Mulakan dengan perkara asas terlebih dahulu iaitu mencuci tangan. Tunjukkan kepada anak-anak Mommy cara mencuci tangan dengan cara yang betul. Pastikan langkah-langkah ini diikuti iaitu:

  • Basahkan tangan dengan air bersih.
  • Letakkan sabun dan gosokkan tangan sehingga timbul buih.
  • Bersihkan antara jari dan di bawah kuku.
  • Basuh sekurang-kurangnya 30 saat.
  • Bilas dengan air sehinga bersih.
  • Keringkan tangan.
  • Ingatkan mereka supaya mencuci tangan setiap kali selesai menggunakan tandas, bermain di luar rumah, menyentuh haiwan peliharaan, dan sebelum makan.

#2. Penjagaan Mulut Yang Baik

Kredit gambar: www.dancow.co.id

Kebersihan mulut sangat penting. Mommy perlu membimbing anak-anak Mommy untuk:

  • Memberus gigi dua kali sehari.
  • Gunakan berus gigi yang mesra kanak-kanak.
  • Mula memberus gigi dengan berus gigi lembut apabila gigi pertama mereka muncul.
  • Gunakan ubat gigi selepas umur dua tahun.
  • Ajar cara memberus gigi dengan betul.
  • Selain itu, flossing juga penting. Tunjukkan kepada mereka cara menggunakan benang untuk membuat flossing. Mommy juga boleh menunjukkan kepada mereka berkumur menggunakan cecair khas untuk kumur mulut.

#3. Kebersihan Semasa Ke Tandas

Kebersihan semasa ke tandas adalah suatu perkara yang wajib diterapkan kepada anak-anak. Mommy perlu pastikan setiap kali ke tandas mereka perlu:

  • Lap dan basuh selepas menggunakan tandas.
  • Pastikan mereka siram air besar atau air kecil yang mereka buang sebentar tadi.
  • Basuh tangan selepas setiap kali menggunakan tandas.
  • Pastikan Mommy ada bersama anak Mommy semasa di peringkat awal bimbingan ini.

#4. Kebersihan Seluruh Badan

Kredit gambar: genbest.id

Mandi adalah kunci kepada kebersihan diri, Mommy perlu:

  • Pastikan anak Mommy mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Beri perhatian kepada bahagian yang berlipat atau terlindung seperti ketiak, kaki, dan jari kaki.
  • Ajar anak Mommy untuk membersihkan bahagian sulit mereka dengan bersih.
  • Gunakan sabun yang mesra kulit kanak-kanak.

#5. Keselamatan Makanan

Pastikan Mommy menerapkan kepada mereka berkenaan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan iaitu:

  • Sebelum makan basuh buah – buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu.
  • Jangan makan makanan yang sudah jatuh ke lantai.

#6. Penjagaan Kuku antara Cara Terapkan Amalan Kebersihan Diri

Kredit gambar: www.detik.com

Penjagaan kuku adalah antara perkara yang harus dititikberatkan. Pastikan anak Mommy buat perkara berikut untuk menjaga kebersihan kuku mereka iaitu:

  • Tetapkan hari tertentu untuk memotong kuku.
  • Basuh jari dan kuku, terutamanya selepas menyentuh haiwan.
  • Elakkan menggigit kuku kerana kuku mempunyai banyak bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

#7. Kebersihan Pakaian

Terangkan kepada mereka mengapa pakaian yang bersih itu penting seperti:

  • Sentiasa tukar pakaian yang berpeluh atau berbau.
  • Jangan memakai pakaian yang sama selepas mandi.

8. Kebersihan Tempat Tidur

Tabiat tidur yang baik adalah sangat penting untuk memastikan anak Mommy mendapat tidur dan rehat yang berkualiti. Mommy perlu lakukan seperti berikut:

  • Ajar mereka untuk sentiasa mengekalkan persekitaran tempat tidur yang bersih.
  • Elakkan dari tidur siang kerana dikhuatiri anak-anak sukar untuk tidur pada malam harinya.
  • Gunakan katil hanya untuk tidur.

#9. Etika Bersin antara Cara Terapkan Amalan Kebersihan Diri

Mommy perlu ingatkan anak Mommy untuk menjaga adab ketika bersih bagi mencegah penyebaran kuman berlaku iaitu:

  • Cara yang betul untuk bersin adalah dengan tutup mulut dan hidung semasa bersin atau batuk.
  • Gunakan tisu, sapu tangan, atau siku untuk menutup mulut semasa bersin.

#10. Kemahiran Membersihkan Rumah Merupakan Cara Terapkan Amalan Kebersihan Diri

Anak-anak perlu diajarkan tanggungjawab untuk membersihkan rumah seperti:

  • Ajar anak Mommy untuk membantu kerja-kerja seperti membasuh pinggan, mangkuk dan membersihkan bilik mereka.
  • Lakukan demonstrasi bagaimana untk membersihkan sebarang kotoran seperti tumpahan air atau makanan.

Dengan menanamkan 10 amalan ini, Mommy akan membantu anak-anak Mommy kekal sihat dan dapat mengembangkan kemahiran penjagaan kesihatan dan kebersihan dengan betul.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan menarik yang lain di SINI!