Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kecelaruan spektrum autisme (ASD)

kecelaruan spektrum autisme

iStock_36733378_wide

Kecelaruan spektrum autisme (ASD)

Apakah kecelaruan spektrum autisme?

Kecelaruan spektrum autisme (ASD) menjejaskan fungsi otak dan termasuk dalam kecacatan sosial dan tingkah laku. ASD ialah “kecelaruan spektrum” kerana pelbagai kelakuan daripada lembut kepada kasar.

Peghidap ASD mempunyai masalah interaksi sosial dan komunikasi. Mereka juga berkelakuan, meminati dan beraktiviti secara berulang-ulang. Lebih kurang satu-tiga mengalami kecacatan intelek.

Juga digelar: sindrom Asperger, kecelaruan Asperger, kecacatan perkembangan tegar, PDD-NOS   

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bagaimana kecelaruan spektrum autisme didiagnosis?

Doktor dan ahli psikologi menggunakan ujian kelakuan untuk menjalankan diagnose. Doktor juga meminta ibu bapa menggambarkan tingkah laku aneh yang terdapat pada anaknya, seperti tidak senyum atau berleter, tidak membuat hubungan mata, atau tidak menjawab ketika dipanggil namanya.  

 Pediatrik di America Acamedy (AAP) mengatakan bahawa kanak-kanak patut menjalani pemeriksaan autisme pada 18 dan 24 bulan lawatan doktor.  

Ibu bapa boleh minta penilaian jika bimbangkan anak mereka. Cari jalan penyelesaian jika anak anda menghidapi autisme.

Bagaimana dengan autisme ringan, seperti Asperger dan PDD-NOS?

Cara ahli psikitari mendiagnosis autisme telah berubah kebelakangan ini. Doktor dan ahli terapi tidak lagi menggunakan istilah “kecelaruan Asperger” atau “kecacatan perkembangan tegar” (PDD-NOS) untuk menggambarkan keringangan autisme. Sebaliknya, kanak-kanak dengan autisme – termasuk autisme yang kurang teruk – didiagnosis dengan ASD.

Pesakit yang pernah didiagnosis dengan Asperger atau PDD-NOS mungkin berterusan begitu dengan doktor dan ahli terapi, istilah itu akan hilang mengikut masa.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Berapa ramai kanak-kanak menghidapi kecelaruan spektrum?

Pusat U.S untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa kecelaruan spektrum autisme menjejaskan 1 daripada 68 kanak-kanak. Empat ke lima kali lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita.

Apakah tanda dan simptom kecelaruan spectrum autisme?

Kanak-kanak yang menghidapi kecelaruan spektrum autisme mempunyai kemahiran sosial yang lemah, kemahiran komunikasi yang terhad, dan minat, aktiviti dan tingkah laku yang sama. Tanda-tanda yang mungkin ditunjukkan ketika kanak-kanak berumur lebih kurang 12 ke 24 bulan ialah:

·         Tidak bertindak balas kepada bunyi, senyuman, atau ekspresi muka pada 9 bulan

·         Tidak berceloteh pada 12 bulan

·         Tidak membalas gerakan (seperti melambai) sekitar 12 bulan

·         Hilang keupayaan berceloteh, bercakap, atau perkembangan kemahiran sosial pada mana-mana umurnya

·         Kesukaran menggunakan atau memahami isyarat bukan lisan, seperti ekspresi muka, postur badan, dan pergerakan

·         Mengelak hubungan mata

·         Gagal berhubung dengan kanak-kanak lain

·          Ketidakupayaan berkongsi minat atau pencapaian dengan rakan, seperti tidak berkongsi atau menunjuk objek yang diminati

·         Ketidakupayaan berinteraksi atau meluahkan perasaan

·         Lewat berbahasa atau ketidakupayaan bercakap

·         Ketidakupayaan memulakan atau melanjutkan perbualan

·         Bahasa yang pelik dan berulang-ulang

·         Kurang bermain atau berinteraksi sosial

·         Minat melampau

·         Mudah mengamuk

·         Leka dengan rutin atau ritual

·         Gerakan berulang, seperti menepuk tangan atau memintal, bergoyang atau berpusing-pusing

·         Leka dengan sesetengah objek

·         Reaksi yang pelik kepada rasa, rupa, bau atau sentuhan

·         Kemahiran motor kasar dan halus yang terjejas, seperti sukar berlari atau memegang krayon

Apakah punca kecelaruan spektrum autisme?

Tiada yang tahu punca sebenar yang menyebabkan kecelaruan spektrum autisme. Pakar fikir ASD ialah keadaan genetik yang berkembang semasa awal kandungan dan sebab lain. Selain gen, faktor lain seperti ibu bapa yang tua, kelelakian, dan terdedah kepada persekitaran bertoksik juga menjadi penyebab. 

Pelbagai kajian fokus kepada gen menjejaskan perkembangan otak dan neurotransmitter (fungsi otak berkomunikasi), tetapi pakar fikir segelintir keadaan perubatan mungkin berkait dengan ASD. Kanak-kanak dengan sindrom X tuberous sclerosis yang lemah, phenylketonuria, sindrom janin alcohol, sindrom Rett, sindrom Angelman, dan sindrom Smith-Lemli-Opitz adalah cenderung kepada autisme. Masih tiada penjelasan kaitan antara keadaan ini dengan ASD.

Segelintir ibu bapa bimbang vaksin kanak-kanak seperti vaksin measles, mumps, rubella (MMR) mungkin menyebabkan autisme. Tiada kajian menunjukkan bahawa autisme berkait dengan vaksin. Menurut Institut Perubatan, Pediatrik di American Academy, dan CDC, tiada bukti bahawa vaksin ialah penyebab autisme.

Bagaimana kecelaruan spektrum autisme dirawat?

Rawatan bergantung kepada tahap keadaannya. Walaupun tiada penyembuhan untuk autisme, lebih awal kanak-kanak mulakan rawatan, lebih baik.

Segolongan orang mungkin membantu keluarga itu, termasuklah doktor, guru, ahli psikologi, dan ahli terapi pertuturan.

Rawatan termasuklah:

Terapi kelakuan: Membantu kanak-kanak fahami persekitaran dan berkelakuan baik. Aplikasi Analisis Tingkahlaku sering dikaji dan sangat terkenal dengan terapi tingkahlaku untuk kanak-kanak ASD.

Latihan kemahiran sosial: Mengajar kemahiran sosial dan berinteraksi dengan dengan baik.

Terapi pekerjaan dan integrasi deria: Membantu kanak-kanak berkerja dengan masalah deria, perkembangan pembelajaran dan kemahiran bermain, dan belajar mengurus diri.

Terapi fizikal: Membantu meningkatkan koordinasi dan kemahiran motor kanak-kanak, seperti duduk, berjalan dan berlari.

Terapi pertururan dan bahasa: Memperbaiki pertuturan kanak-kanak dan kebolehan bercakap dengan rakan yang lain.

Pembelajaran keluarga: Mengajar teknik tingkah laku untuk ibu bapa dirumah dan memberi dorongan untuk ibu bapa, adik-beradik, dan kanak-kanak penghidap ASD.

Perubatan: Tiada rawatan yang menyembuhkan autisme, tetapi kadangkala kanak-kanak penghidap autisme mengalami tidur, ketidakupayaan emosi dan kelakuan dan ketidakupayaan pertuturan (ADHD), sawan, kemurungan, gelisah, kecelaruan obsesif kompulsif, atau masalah kelakuan lain yang memerlukan perubatan. Merawat keadaan ini boleh mengurangkan simptom autisme. Kadangkala, dadah, seperti antipsikotik, boleh diguna bagi mengurangkan agresif atau menghalang kanak-kanak itu dari melukakan dirinya.

Belajar lebih tentang kecelaruan spektrum autisme

Baca penyelidikan autisme kami untuk tahu lebih tentang penjagaan dan anjuran kanak-kanak autisme.

Autism Speaks.org adalah anjuran organisasi yang mencadangkan kajian dan bantuan untuk membantu keluarga kanak-kanak autisme.

Autism Science Foundation mencadangkan kajian dan mempromosi kesadaran masyarakat tentang kecelaruan spektrum autisme.

Pediatrik di American Academy mempunyai sumber autisme dengan berita terbaru tentang autisme, sumber untuk keluarga, bahan latihan dan kursus internet.

Seksyen maklumat autisme CDC menawarkan kajian pemeriksaan dan rawatan bersama statistik dan kajian persekutuan autisme.

Glosarium dan kata kunci kami menerangkan pelbagai isltilah perubatan, rawatan, dan servis tersedia untuk anda.

artikel ini dipetik daripada babycenter.com