Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Kedai Bahan Kek Dan Pembekal Barangan Bakeri Yang Boleh Didapati Di Lembah Klang

Kredit gambar: Adobe Stock

Baking sebagai hobi sudah menjadi kebiasaan untuk ramai orang. Ada yang hanya suka membuatnya sekadar hobi biasa-biasa, dan ada pula yang menjadikannya sebagai perniagaan sampingan.

Kalau baking hanyalah suatu hobi, mungkin anda selalu dapatkan bahan-bahan dari supermarket biasa saja, betul tak?

Tak kiralah sama ada sebagai hobi atau ingin menjual, sebenarnya anda boleh jimat banyak duit kalau anda dapatkan bahan-bahan baking dari kedai bahan kek!

Kedai-kedai yang menjual bahan kek selalunya membekalkan banyak keperluan asas untuk membakar dan juga yang berkaitan dengan baking.

Mahu buat kuih semprit ke, atau pun Victoria sponge cake, jom tengok di mana anda boleh dapatkan bahan-bahan dari pembekal di Lembah Klang.

15 Kedai Pembekal Barangan dan Bahan Kek di Lembah Klang

1. Bake with Yen

Highlighted

Kredit gambar: Bake with Yen

Kalau anda baru berjinak-jinak dalam dunia baking, nama ini mungkin kurang biasa didengari. Tapi bagi yang dah pro, selalunya inilah tempat yang dituju bila ingin dapatkan pelbagai jenis bahan dan peralatan baking.

Tambahan pula, terdapat lebih daripada 30 cawangan Bake with Yen di sekitar Lembah Klang sahaja! Kalau rasa rajin untuk membuat roti atau kek, singgahlah ke kedai bahan kek yang popular ini.

Lihat di sini untuk senarai lokasi berserta nombor telefon dan waktu operasi.

2. House of Ingredients

Kredit gambar: House of Ingredients

Satu lagi nama yang popular sebagai pembekal barangan bakeri ialah House of Ingredients yang mempunyai tiga lokasi di Lembah Klang.

Di sini anda boleh dapatkan pelbagai jenis bahan-bahan baking, peralatan dan juga perkakas untuk baking seperti ketuhar. Selain itu, mereka juga menawarkan kelas-kelas untuk belajar membuat kek!

Lihat di sini untuk senarai lokasi berserta nombor telefon dan waktu operasi.

3. Bake Well

Kredit gambar: Bake Well

Bake Well adalah kedai bahan kek yang agak popular di Johor, tetapi ia juga mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang.

Walaupun paling banyak lokasi di Johor, pembekal bahan bakeri ini sebenarnya ditubuhkan pada tahun 2002 di Selangor.

Bake Well membekalkan pelbagai jenis dan bahan-bahan baking berkualiti tinggi untuk sesiapa sahaja yang meminati aktiviti ini, sama ada di rumah atau secara komersial.

Lihat di sini untuk senarai lokasi berserta nombor telefon dan waktu operasi.

4. Cake Connection

Kredit gambar: Cake Connection

Cake Connection yang terletak di SS2 Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai bahan-bahan dan peralatan baking. Anda tentu akan rasa seperti memasuki syurga bahan bakeri yang berwarna-warni.

Pelbagai bahan yang boleh didapatkan di sini termasuklah fondant, acuan coklat, kotak kek, dan macam-macam lagi. Anda juga boleh sertai kelas-kelas yang mereka jalankan seperti kelas menghias kek.

Alamat: No. 10, Mezzanine Floor, Jalan SS 2/61, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

No. Telefon: 03-7498 1901

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 10.00 pagi – 6.00 petang
– Ahad: Tutup

5. Malaysia Bakery

Kredit gambar: Malaysia Bakery

Kebanyakan kedai bahan kek yang mempunyai kedai fizikal dan online, tetapi Malaysia Bakery mengkhusus dalam menjual secara online sahaja.

Jadi kalau anda tidak ada masa untuk pergi ke kedai fizikal, lawat sahaja kedai online Malaysia Bakery. Dengan shopping online sahaja pun anda boleh dapatkan bahan-bahan baking seperti tepung, pewarna, dan banyak lagi.

6. Wonderful Bakery Ingredients Shop

Kredit gambar: Wonderful Bakery Ingredients Shop

Wonderful Bakery Ingredients Shop terletak di Subang Jaya yang menawarkan pelbagai bahan-bahan dan peralatan bakeri.

Kedai ini mempunyai servis pick-up dimana anda boleh membeli barang-barang yang diperlukan secara online dan kemudian mengambilnya sendiri dari kedai fizikal mereka.

Alamat: 31 Jalan USJ 8/ 2b, 47610 Subang Jaya, 47610 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 017-893 3266

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 9.30 pagi – 7.00 malam
– Ahad: Tutup

7. Pastry Pro

Kredit gambar: Pastry Pro

Ditubuhkan pada tahun 1984, Pastry Pro merupakan pembekal barangan bakeri terbesar untuk hotel, kafe, dan restoran di Malaysia.

Disebabkan Pastry Pro mempunyai hubungan dengan pengeluar antarabangsa, anda boleh dapatkan lebih banyak jenama bahan-bahan bakeri yang berkualiti tingi di sini.

Alamat: No. 8, Jalan 3/37A, Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100, Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6272 1155

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 8.00 pagi – 5.00 petang
– Ahad: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

8. City Bakers

Kredit gambar: City Bakers

City Bakers adalah kedai bahan kek yang mengkhusus dalam bahan-bahan bakeri, perhiasan kek, dan peralatan baking.

Kalau bercadang untuk membuat kek atau kuih, singgahlah ke kedai ini yang mempunyai tiga lokasi, iaitu di Kota Damansara, USJ 9 di Subang Jaya, dan Puncak Jalil.

Lihat di sini untuk alamat, nombor telefon, dan waktu operasi setiap lokasi.

9. Bagus

Kredit gambar: Bagus

Ditubuhkan pada tahun 2001, Bagus adalah salah satu nama yang lama dalam industry bakeri dan merupakan salah satu rantaian bekalan pembakar premier di Malaysia.

Kedai bahan kek ini membekal, mengedar, dan membungkus semula pelbagai pilihan dan jenis keperluan bakeri, alatan dan perkakas, barangan hiasan kek, dan banyak lagi.

Lihat di sini untuk alamat, nombor telefon, dan waktu operasi lokasi-lokasinya.

10. 2PLY

Kredit gambar: 2PLY

2PLY bermula dengan sebuah kedai kecil yang menjual bahan kek pada tahun 1998. Kini mereka mempunyai 12 lokasi di seluruh Malaysia.

Kini 2PLY adalah pengimport dan pemborong utama peralatan dapur dan bahan-bahan bakeri. Kedai ini menawarkan pelbagai bahan dan peralatan bakeri kualiti tinggi untuk keperluan anda.

Lihat di sini untuk alamat, nombor telefon, dan waktu operasi lokasi-lokasinya.

11. Bake @ Polymart

Kredit gambar: Bake @ Polymart

Bake @ Polymart ialah kedai bahan kek yang mengkhusus dalam bahan-bahan, perkakas, dan pembungkusan makanan bakeri.

Daripada acuan kek dalam pelbagai bentuk dan saiz hinggalah kepada pelbagai jenis mentega dan tepung, kedai ini mempunyai pelbagai barangan yang akan membantu merealisasikan resepi anda.

Lihat di sini untuk senarai lokasi berserta nombor telefon dan waktu operasinya.

12. Chang Thung

Kredit gambar: Ken Teo

Ditubuhkan pada tahun 1980, Chang Thung merupakan sebuah kedai bekalan bakeri milik keluarga dengan tradisi yang kukuh dalam perniagaan bahan-bahan membuat kek dan kuih selama lebih 40 tahun.

Pasangan suami isteri Encik dan Puan Wong pada mulanya membuka kedai di Petaling Jaya pada tahun 1977. Mereka membawa masuk jenama Redman Singapura yang terkenal di Malaysia.

Anda pasti akan mendapat kepuasan membeli barangan bakeri di sini kerana visi Chang Thung adalah untuk membawa bahan-bahan berkualiti tinggi kepada industri bakeri di Malaysia.

Alamat: 26, Jalan SS 24/13 Taman Megah 47301 Petaling Jaya, Selangor Malaysia

No. Telefon: 03-7804 6866

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 8.00 pagi – 6.00 petang
– Ahad: Tutup

13. Hot Oven

Kredit gambar: Hot Oven

Terletak di Seri Kembangan, Hot Oven merupakan kedai bahan kek yang menawarkan pelbagai barangan membuat kek, termasuklah barangan sejuk seperti mentega, krim whipping, dan krim keju.

Kalau anda duduk di kawasan ini, bolehlah singgah ke kedai bahan kek ini dan tak perlu berjalan jauh!

Alamat: 92, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 016-899 7882

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang
– Sabtu: 9.00 pagi – 4.00 petang
– Ahad: Tutup

14. Shikazo Baking Supplies

Kredit gambar: Shikazo Baking Supplies

Sebelum ini dikenali dengan nama ‘Bake Perfect’, kedai bahan kek ini menyediakan pelbagai barangan keperluan asas baking.

Shikazo Baking Supplies ini terletak di SS14 Subang Jaya dan telah menjadi kedai bahan kek kegemaran ramai di kawasan kejiranan ini.

Alamat: 94, Jalan SS14/1, SS 14, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 012-542 6646

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 10.00 pagi – 6.30 petang
– Ahad: Tutup

15. Tip Top Baking Supplies

Terletak di kawasan kejiranan yang lama di TTDI, Tip Top Baking Supplies menjadi kegemaran ramai untuk membeli bahan membuat kek di kawasan ini.

Kedai ini mempunyai pelbagai jenis barangan baking serta peralatan yang diperlukan. Tambahan pula, ia dibuka setiap hari dan seawal 9 pagi. Nak buat kek atau kuih last minute, bolehlah singgah ke kedai ini.

Alamat: No. 28, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

No. Telefon: 011-1292 3382

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 malam


Jelas sekali terdapat banyak kedai bahan kek di sekitar Lembah Klang. Jadi anda tak perlu lagi ke supermarket besar-besaran kerana harga bahan seperti mentega dan kacang pun amat berbeza, lagi-lagi bila anda membeli secara pukal.

Jangan lupa untuk ‘save’ artikel ini untuk rujukan bila anda terasa ingin membuat kek nanti! Semoga bermanfaat.