Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Kedai Barangan Bayi Yang Terbaik Serta Mesra Pelanggan Di Kuala Lumpur Dan Selangor

kedai barangan bayi

Sumber Pinhome

Tentu sukar mencari kedai barangan bayi yang best dan menepati cita rasa kan? Mulai saat ini Mommy tak perlu pening lagi mencari kerana dalam artikel ini kami telah pun senaraikan beberapa buah kedai barangan bayi yang sangat berbaloi, menarik dan mempunyai kelengkapan lengkap segala keperluan ibu dan bayi.

Boleh dikatakan segala keperluan bayi yang Mommy cari, semuanya terjual di kedai-kedai ini. Malah, ada juga kedai yang turut menjual barang keperluan yang sangat sukar diperoleh. Tugas Mommy cuma pilih je yang mana rasa bersesuaian dengan cita rasa dan berkenan di hati.

Senarai Kedai Barangan Bayi Yang Popular Dan Menjadi Pilihan Ramai

Berikut adalah beberapa buah kedai barangan bayi yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu:

#1. One Baby World

Highlighted

Sumber One Baby World

Terdapat pelbagai pilihan yang menarik bermula dari barangan bayi sehingga keperluan ibu mengandung dan berpantang, One Baby World menjadi pilihan ramai ibu.

Pelbagai barangan ada dijual di sini seperti keperluan bilik tidur bayi, mainan, makanan ibu dan bayi, keperluan pantang dan banyak lagi.

Harga produknya juga murah berbanding di tempat lain serta mempunyai staff yang sangat mesra membuat ibu berasa selasa ketika membeli-belah di sini.

Alamat: No. 1C, 3rd Floor, Persiaran Permata, Taman Permata, Kuala Lumpur, Ulu Kelang, 53300

Telefon: 03-6734 0026

Waktu operasi:

  • Isnin Tutup
  • Selasa hingga Ahad; 10:15am – 07:00pm

#2. Ibumanja Gombak

Sumber Ibumanja

Menjual pelbagai jenis barangan, Ibumanja juga antara butik kelengkapan ibu dan bayi pilihan ramai. Mommy juga boleh beli baju mengandung yang sangat-sangat cantik di sini.

Selain itu, semua barangan yang dijual juga adalah harga mampu milik. Layanan staff juga sangat mesra dan membantu.

Alamat: Jalan Jernai 2, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon: 012-325 8343

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00am – 7:00pm

#3. Bebehaus

sumber : bebehaus

Kalau Mommy suka membeli belah di tempat yang selesa, dan memerlukan pertolongan untuk penjelasan dan pemilihan produk yang baik, jadikan kedai Bebehaus sebagai pilihan Mommy.

Alamat: F27, 1st Floor No 1, Bangsar Village 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2282 2989

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00am – 10:00pm

#4. Mothercare

sumber : mothercare

Butik ini sangat lengkap dari keperluan untuk ibu mengandung, menyusu dan keperluan bayi. Sangat selesa untuk membeli belah dengan staff yang peramah dan berpengetahuan luas mengenai produk sangat membantu pelanggan yang berkunjung.

Alamat: Pavilion, Lot 5.44, Level 5, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Telefon: 012-566 0594

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00am – 10:00pm

#5. Very Important Baby World

sumber : very important baby world

Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah, pemasangan car seat, juga pemasangan katil bayi kedai Very Important Baby World ini antara salah satu kedai kegemaran ibu dan ayah untuk membeli belah.

Kedai yang sangat mesra pelanggan, staff yang berpengetahuan, rajin membantu pelanggan, malah harga barang juga sangat murah dan banyak diskaun harga yang ditawarkan tidak hairanlah ramai yang memberi ulasan terbaik buat Very Important Baby World ini.

Alamat: No. 2, Jalan 45a/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon: 010-932 8448

Waktu operasi:

  • Sabtu 10:00am – 8:45pm
  • Ahad 10:00am – 5:45pm
  • Isnin hingga jumaat 11:00am – 8:45pm

#6. Happikiddo @ Avenue K

Sumber Happikiddo

Terletak di Avenue K Kuala Lumpur, Happikiddo mempunyai banyak pilihan barangan bayi.

Selain itu, tempat persekitarannya yang luas dan tenang menambahkan lagi rasa seronok membeli belah di sini.

Alamat: Avenue K Kuala Lumpur, Level M Lot No M-14, 15, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2181 0923

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10.00am – 22.00 pm

#7. The Baby Loft

Sumber : The Baby Loft

Antara barangan yang boleh Mommy beli di sini adalah baby monitor, car seat, breast pump dan banyak lagi pilihan barangan yang lain.

The Baby Loftt juga turut mempunyai barangan bayi yang sukar didapati dan ada banyak item yang sangat bagus dan berkualiti tinggi.

Alamat: Lot – 43, Level G3, Publika Shopping Gallery, WP, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Telefon: 03-6411 6733

Waktu operasi:

  • Sabtu & Ahad 10:00am – 9:30pm
  • Isnin hingga Jumaat 10:00am – 10:00pm

#8. Babyland

Sumber :

Layanan pelanggan yang sangat baik dari staff dan produk juga dijelaskan dengan cukup terperinci dan baik sekali, tentunya sangat membantu Mommy. Sangat cekap, mesra dan memberikan servis yang terbaik.

Alamat: 35, Jalan SS 2/64, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7875 6650

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00am-7:00pm

#9. Mothers First Choice Baby Shop

Sumber Mother’s First Choice Baby Shop

Kalau Mommy cari kedai yang jual makanan bayi, Mothers First Choice Baby Shop adalah pilihan terbaik.

Bukan sahaja makanan bayi, tetapi barangan bayi yang lain juga turut dijual di sini. Malah, harganya juga sangat berpatutan dengan barang yang berkualiti dan tahan lama.

Alamat: Ground Floor, 70, Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon: 016-310 4084

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00am – 9:00pm

#10. Fathia Baby Shop

Sumber Fathia Baby Shop

Fathia Baby Shop juga menyediakan pelbagai barangan ibu dan bayi dengan harga yang munasabah. Suasana di tempat ini juga sangat selesa dan mempunyai layanan yang terbaik daripada staff-staff yang bertugas.

Alamat: Pusat Komersial, YG 5 Blok F, Jalan Plumbum Y7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 010-502 9009

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 9:00am – 6:00pm

#11. Mom’s House Babyshop

Sumber Mom’s House

Kedai Mom’s House Babyshop ini mempunyai barang keperluan ibu dan bayi yang sangat lengkap umpamanya seperti one stop centre.

Jadi Mommy tak perlu lagi ke sana sini dan keletihan hanya untuk melengkapkan barang keperluan Mommy dan juga bayi.

Alamat: B-11-G, Jalan Serai Wangi G16/G Alam Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 011-5970 2597

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 9:30am – 9:00pm

#12. Butik Ibu & Bayi – Dodoi

Sumber Dodoi

Selain menjual barangan bayi, Butik Ibu & Bayi Dodoi ini juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti konsultan penyusuan. Terdapat banyak barang untuk ibu berpantang yang sangat membantu dan berbaloi dibeli.

Alamat: 15A, Lorong Elmina 2, SBCR, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Telefon: 019-480 8180

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 9:00am-21:00pm

#13. Mamayaya Zone

sumber : mamayaya zone

Kalau Daddy sedang mencari set kelengkapan untuk mencuci dan menanam uri bayi, boleh dapatkannya di Mamayaya Zone ini. Kedai ini juga turut menyediakan set kelengkapan bersalin dan lain-lain lagi.

Terdapat juga servis hamper untuk Mommy dan Daddy hadiahkan kepada kenalan terdekat.

Alamat: F-G-19, Jalan BG 3B/1, Bangi Gateway 3B, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor,

Landmark: Seksyen 15. Jalan ke Teras Jernang
(Berhadapan Akademi LHDN)

Telefon: 016-210 4550

#14. MADISON KIDS

Sumber Madison Kids

MADISON KIDS juga turut menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi Mommy yang memerlukan khidmat tersebut. Kedai ini juga menjual barang untuk dekorasi untuk bilik tidur bayi dan sebagainya.

Harga juga sangat berpatutan dengan jaminan barang yang berkualiti tinggi.

Alamat: 39-G, Blok 9, Kompleks Otomobil, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 012-260 6700

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 9:30am – 6:30pm

#15. Motherhood.com.my

Sumber: motherhood.com.my

Bagi Mommy yang lebih suka membeli-belah di platform internet, boleh kunjungi laman web Motherhood.com.my. Terdapat pelbagai barangan yang cukup menarik sekali, terutamanya barangan keperluan bayi dan Mommy sendiri.

Makanan, pakaian, keperluan mandian, keperluan menyusu dan sebagainya, ada di Motherhood.com.my.

Mommy tak perlu buang masa yang banyak untuk berjalan ke sana sini mencari barangan, tak perlu berpanas berhujan, hanya dengan klik di hujung jari, semuanya boleh diperoleh dengan mudah.

Jadi layari laman web Motherhood.com.my untuk pilihan membeli belah dengan lebih mudah, pantas dan menyeronokkan.