Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mengidam Makan Kek? Jom Singgah Ke Kedai Kek Yang Menarik Di Sekitar Lembah Klang Ini

kedai kek

Sumber: Adobe Stock

Kebanyakan orang memang suka makan makanan manis, betul tak? Tak kiralah sebagai snek ataupun sebagai pencuci mulut.

Kalau cakap pasal kek ataupun juadah manis lain sahaja, tentu terliur dan terus mahu ke kedai kek!

Memang tak dinafikan lagi, makanan manis seperti kek dan kuih boleh menggembirakan seseorang, tetapi kenalah jaga kuantitinya ye!

Untunglah kalau Mommy pandai membakar kek sendiri, tapi kalau tak rajin ke dapur, banyak sahaja kedai kek yang boleh didapati di sekitar Lembah Klang.

Jom tengok beberapa kedai kek yang dapat memuaskan keinginan makanan manis Mommy.

15 Kedai Kek di Lembah Klang Yang Menarik

1. Croisserie

Highlighted

Kredit gambar: Croisserie
Croisserie adalah salah satu kedai kek dan roti yang popular di Lembah Klang. Malah, Mommy mungkin pernah nampak salah satu kedai ini kerana boleh dijumpai di tiga lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.
Menunya adalah berunsurkan pastri dari Perancis, jadi Mommy boleh dapatkan kek tradisional seperti kek Opera dan macam-macam lagi pastri lain seperti croissant dan tart sitrus.
Lihat di sini untuk alamat, waktu operasi, dan nombor telefon lokasi-lokasinya.

2. Cake Jalan Tiung

Kredit gambar: Cake Jalan Tiung
Cake Jalan Tiong adalah kedai artisinal yang mengkhusus dalam kek dan amat popular sejak ditubuhkan lagi pada tahun 2015.
Kini ia boleh didapati di dua lokasi di Shah Alam, iaitu di Seksyen 4 dan Seksyen 9.
Di sini, Mommy boleh dapatkan keseluruhan kek, hirisan kek, ataupun cupcake dalam pelbagai perisa seperti sangkaya, Victoria sponge, dan banyak lagi.
Lihat di sini untuk alamat dan waktu operasi lokasi-lokasinya.
No. Telefon: 012-8787258

3. KEK & Co.

Sumber: KEK & Co.
Ditubuhkan oleh dua wanita yang passionate tentang kek, KEK & Co. adalah kedai kek yang mengkhusus dalam kek tanpa mempunyai kedai fizikal.
Mommy boleh menempah apa saja jenis dan rupa bentuk kek daripada kedai ini kerana tukang pembuat kek mereka sememangnya berbakat dalam membuat kek-kek yang cantik dan menarik.
Walaupun tidak mempunyai kedai fizikal yang Mommy boleh ziarahi, cara untuk menempah daripada kedai ini amat mudah, dan Mommy boleh screenshot gambar kek yang diidami dan mereka akan memenuhi kehendak Mommy!
No. Telefon: 03-7931 4474
E-mel: kekandco@gmail.com

4. Lisette’s Cafe & Restaurant

Sumber: Lisette’s Cafe & Restaurant
Lisette’s Cafe & Restaurant boleh didapati di dua lokasi, iaitu di Bangsar dan Empire Subang. Walaupun beroperasi sebagai sebuah kafe dan restoran, di sini, Mommy boleh juga nikmati pelbagai jenis kek di samping juadah lain.
Kafe ini menawarkan lebih dari 15 perisa kek seperti Pandan Gula Melaka, Burnt Cheesecake, Lemon Drizzle Cake, dan banyak lagi.
Lihat di sini untuk alamat lokasi-lokasinya.

5. Gula Cakery

Sumber: Gula Cakery
Gula Cakery diusahakan oleh seorang wanita bernama Arieni yang pada mulanya hanya berniaga dari rumah sahaja. Kini terdapat tiga cawangan Gula Cakery yang menawarkan pelbagai perisa kek yang sedap belaka.
Arieni yang mula belajar untuk membuat kek ketika remaja menggunakan resipi neneknya menggunakan bahan-bahan premium dan Halal.
Kalau Mommy teringin untuk belajar membuat kek, Gula Cakery juga ada menawarkan kelas-kelas membuat kek dan memang sesuai untuk beginners.
Lihat di sini untuk alamat lokasi-lokasinya berserta waktu operasi.

6. Ajwa Bakery

Sumber: Ajwa Bakery
Terletak di Kota Damansara, Ajwa Bakery merupakan satu lagi kedai kek yang mempunyai pensijilan Halal dan menawarkan pelbagai perisa kek.
Kedai ini juga mempunyai banyak kek-kek ‘celebration‘ seperti hari jadi kanak-kanak yang menarik, jadi kalau terlupa nak pesan kek awal-awal, bolehlah dapatkan yang ready-made di sini. Harganya pun murah dan berpatutan!
Alamat: 15-G, Jalan Cecawi 6/33, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 012-234 0530 / 03-6142 2277
Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 10.00 pagi – 7.00 malam
– Ahad: 10.00 pagi – 3.30 petang

7. erni&tina

Sumber: erni&tina
erni&tina ditubuhkan oleh dua wanita, seorang yang minat membuat kek dan seorang lagi yang gigih dalam bidang perusahaan.
Kedai kek ini berinspirasikan kedai-kedai kek di luar negara yang simple dan selesa, jadi Mommy tentu akan mendapatkan pengalaman istimewa di sini di samping menjamah kek-kek yang enak.
Jangan lupa untuk mencuba kek signature mereka iaitu ‘the erni&tina‘. Rasanya yang berlemak manis dengan lapisan nestum dan krim keju tentu akan membuatkan Mommy nak datang lagi!
Alamat: G05, Maxim Residence, Cheras, Kuala Lumpur
E-Mel: goodday@erniandtina.com
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 8.00 malam

8. Souka

Kredit gambar: Souka
Kedai kek Souka ditubuhkan pada tahun 2008 oleh sepasang suami isteri yang meminati dunia membuat kek. Kalau nak tahu, dahulu mereka gigih membakar kek dari rumah dan menjualnya di pasar dan kafe-kafe berdekatan.
Kini, mereka mempunyai dua kafe di TTDI, Kuala Lumpur dan Subang Jaya yang mengkhususkan kek-kek klasik dan vintage seperti orange butter cake dan carrot walnut.
Lihat di sini untuk alamat dan nombor telefon lokasi-lokasinya.
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 8.30 malam

9. Jaslyn Cakes

Kredit gambar: Jaslyn Cakes
Jaslyn Cakes merupakan kedai kek yang ditubuhkan oleh seorang wanita dan terletak di dua lokasi yang elit iaitu di Jalan Telawi 2 dan Mont Kiara.
Walaupun kecil, kedai kek ini sangat charming dan menawarkan banyak kek-kek yang sedap dan tentu akan memuaskan keinginan Mommy untuk memakan kek berkualiti tinggi.
Kedai ini juga ada menawarkan perkhidmatan katering dan mereka bentuk kek-kek untuk majlis perkahwinan.
Lihat di sini untuk alamat, waktu operasi, dan nombor telefon lokasi-lokasinya.

10. Kenny Hills Bakers

Kredit gambar: Kenny Hills Bakers
Kenny Hills Bakers merupakan tempat yang hangat untuk mendapatkan kek, tak kira pagi atau petang. Kalau datang sini sahaja, tentu kena beratur panjang!
Seperti kebanyakan cerita asal-usul sesebuah perniagaan, Kenny Hills Bakers bermula dengan kedai yang kecil sahaja dengan menu yang terhad.
Kini, Mommy boleh dapati kek-kek yang lazat dari lima lokasi kedai ini di sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak sanggup nak beratur panjang, delivery pun ada!
Lihat di sini untuk alamat dan nombor telefon setiap lokasi.
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam

11. Baker’s Cottage

Kredit gambar: Baker’s Cottage
Siapa yang tak kenal dengan nama Baker’s Cottage, betul tak? Kedai kek ini boleh didapati di banyak tempat di seluruh Semenanjung Malaysia!
Terdapat pelbagai jenis kek yang dijual di sini yang murah dan enak. Ditubuhkan pada tahun 1993, ramai orang memang akan sebut Baker’s Cottage kalau ingin dapatkan kek hari jadi.
Iyelah, kedai ini bukan sahaja mempunyai banyak varieti kek, tapi salah satu faktor yang menarik ramai orang ialah lokasinya yang banyak. Mommy tentu tahu kedai ini yang terdekat dengan Mommy, kan?
Lihat di sini untuk alamat lokasi-lokasinya.

12. Kedai Roti Universal

Kredit gambar: Kedai Roti Universal
Di Kedai Roti Universal, Mommy boleh dapatkan macam-macam jenis kek, seperti kek coklat, kek chiffon, kek pisang, dan banyak lagi.
Dari luar Mommy mungkin ingat kedai kek ini kedai kek biasa-biasa sahaja kerana reka bentuk jenamanya yang nampak klasik dan vintage.
Tapi memang ini sebenarnya tujuannya kerana matlamat mereka ialah mengeluarkan kek dan pastri berkualiti tinggi!
Alamat: 21, Jalan SS20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 011-3332 7581
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.00 petang

13. Paul Bakery

Kredit gambar: Paul Bakery
Paul Bakery, atau lebih dikenali dengan nama ‘Paul’ sahaja adalah salah satu kedai kek dan pastri terkenal yang berasal-usul dari Perancis.
Kebanyakan kek dan pastrinya juga berunsurkan pemanis mulut Perancis seperti Mille Feuille, Chocolate Craquant Cake, Tiramisu, dan banyak lagi.
Lihat di sini untuk alamat dan waktu operasi setiap lokasi.

14. JUNANDUS

Kredit gambar: JUNANDUS
Salah satu kedai kek yang amat popular di Kuchai Lama ialah Junandus kerana sering mendapat tempahan kek, terutamanya untuk kek hari jadi.
Bergantung kepada bajet, Mommy boleh dapatkan pelbagai saiz kek dalam macam-macam perisa seperti kek Red Velvet, kek Crepe, Tiramisu, dan banyak lagi.
Harga keknya amat berpatutan dengan reka bentuk kek yang istimewa dan unik! Sekarang pula, ada promosi untuk dapatkan potongan kek percuma dengan setiap pembelian whole cake.
Jangan lepaskan peluang ini untuk merasa kek dari JUNANDUS.
Alamat: J-0-6 & J-0-7, Kuchai Business Park, No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama, 58200, Kuala Lumpur
No. Telefon: 019-510 3768
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang

15. Levain Boulangerie-Patisserie

Kredit gambar: Levain Boulangerie-Patisserie
Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Levain Boulangerie-Patisserie agak popular sebagai kafe yang mengkhususkan makanan manis berinspirasikan menu Perancis dan Jepun.
Dimiliki oleh pengeluar coklat tempatan Beryl’s Chocolate & Confectionery, kedai kek ini terletak didalam sebuah banglo yang telah diubahsuai dengan siling yang tinggi dan deko Neo-klasikal.
Di sini, Mommy boleh menikmati suasana nyaman di tengah bandar sambil menjamu selera makanan manisnya seperti Tokyo Burnt Cheesecake, Le Sultan Cake, Arancia Chocolate Cake, dan banyak lagi.
Alamat: 7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2110 0477
Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 7.30 pagi – 5.30 petang
– Sabtu & Ahad: 7.30 pagi – 6.00 petang

Ini baru saja beberapa buah kedai kek yang popular di Lembah Klang. Bila dah cuba satu kedai, tentu mahu cuba kedai yang lain nanti!
Memang banyak makanan manis seperti kek dan pastri yang boleh diterokai di negara kita sendiri tanpa perlu berjalan jauh. Apa tunggu lagi, cepat-cepat singgah ke mana-mana satu kedai yang disebutkan tadi!
Selamat menjamu selera!