Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan Setiap Peringkat Kehamilan

Semasa mengandung, bayi Mama akan makin membesar dan semakin sempit ruang bagi bayi dalam kandungan untuk bergerak.

Maka, Mama akan lebih kerap merasa pergerakannya di dalam rahim. Kadang-kadang ada rasa macam kena tendang, bergoyang, atau berpusing.

Pada awal kehamilan, kedudukan bayi dalam kandungan tidak senang untuk di rasa, tambahan pula ia tidak menjadi suatu perkara yang penting.

Walau bagaimanapun, setelah bayi membesar, kedudukan atau posisi bayi selepas enam bulan dalam kandungan adalah penting supaya Mama dapat pastikan bayi masih aktif.

Tambahan pula, menjelang akhir kehamilan, Mama perlu pastikan yang bayi adalah dalam posisi yang betul untuk proses kelahiran nanti.

Pakar sakit puan Mama juga akan kerap memeriksa posisi bayi dalam rahim, terutamanya dua bulan terakhir kehamilan.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Bagi Mama dan Papa yang curious dan ingin tahu tentang posisi bayi dalam kandungan, ada beberapa istilah yang perlu diketahui, iaitu kedudukan anterior, posterior, breech (songsang), dan transverse lie (melintang).

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan Mengikut Bulan

Dari bulan kedua hingga keempat, bayi adalah terlalu kecil untuk Mama merasakan kedudukan dan pergerakannya. Namun, secara umum, bayi akan berada pada kedudukan kepala di atas dan kaki di bawah.

Lima Bulan

Apabila usia bayi dalam kandungan mencecah enam bulan, bayi akan berada dalam kedudukan melintang atau transverse lie, dengan kepala berada di bahagian kanan dan kaki di bahagian kiri perut Mama, atau pun sebaliknya.

Pada usia ini juga bayi akan menjadi semakin aktif dengan banyak pergerakan.

Telinga bayi juga sudah boleh mendengar, jadi kalau Mama dan Papa boleh meneka di mana kepala bayi berada, mungkin boleh dekatkan muka dan cuba berzikir, membaca Qur’an, atau pun lagu-lagu lullaby untuk bayi. Kalau ada anak-anak kecil yang boleh nyanyikan pun lagi seronok!

Enam Bulan

Kedudukan bayi pada usia ini masih lagi dalam keadaan melintang. Pada usia ini, rambut bayi akan mula tumbuh dengan lebat, dan bulu-bulu halus yang lembut juga akan mula tumbuh di sekitar badan bayi.

Pendengaran bayi juga semakin tajam dan kalau Mama dan Papa tiada masa untuk berborak dengan bayi secara berdekatan, mungkin boleh pasangkan audio Quran atau zikir.

Tujuh Bulan

Apabila usia bayi dalam kandungan mencecah tujuh bulan, ini bermakna Mama sudah berada dalam trimester ketiga peringkat kehamilan.

Disebabkan waktu bersalin semakin hampir, bayi pun akan mula mengubah posisi atau kedudukan dalam rahim.

Pada peringkat ini, bayi akan mula berpusing untuk mengubah kedudukan supaya kepala bayi akan menuju ke bawah. Jadi Mama dan Papa boleh mencuba cari kedudukan bayi dengan merasa di bahagian tepi dan bawah perut Mama.

Lapan Bulan

Kedudukan bayi pada usia bulan ke-lapan ialah secara posisi kepala di bawah dan kaki di atas. Ini adalah kedudukan yang ideal dan paling selamat untuk bayi keluar semasa dilahirkan.

Kalau bayi Mama belum berada di posisi ini, jangan risau kerana mungkin masih ada lagi masa untuk bayi turun dengan sepenuhnya. Bayi Mama selesa sangat dalam perut dan belum mahu keluar lagi!

Sumber: Medical News Today

Sembilan Bulan

Pada bulan ke-sembilan, bayi sudah bersedia untuk keluar dari rahim Mama apabila kepala bayi berada di bawah dan kaki di atas. Bayi Mama mungkin berada di dalam keadaan anterior atau posterior.

Posisi anterior adalah bila kepala bayi berada di bawah, dan muka bayi menghadap kebelakang ke arah Mama. Bayi sudah bersedia untuk memasuki kawasan pelvis.

Posisi posterior adalah bila kepala bayi berada di bawah tetapi muka bayi menghadap kedepan, berpaling dari Mama. Kira-kira sepersepuluh atau sepertiga bayi berada di dalam posisi ini sebelum lahir.

Selalunya, bayi secara spontan akan memusingkan badan ke arah yang betul sebelum dilahirkan.

Bagi sebilangan kes yang bayi tidak memusingkan badan, ia meningkatkan risiko untuk bersalin lebih berpanjangan dan boleh memberikan Mama sakit belakang yang teruk.

Cara-Cara Meneka Atau Menentukan Keudukan Bayi

  1. Kedudukan anterior

    Sumber: Medical News Today

    – Perut dan pusat Mama nampak terkeluar dengan ketara atau pun Mama dapat merasakan tendangan di bawah tulang rusuk kerana kaki bayi berada di atas dan kepala di bawah, dan menghala ke arah Mama.
    – Kalau Mama cuba tolak-tolak dengan perlahan bahagian yang membenjol di bawah tulang rusuk dan seluruh badan bayi bergerak-gerak, itu mungkin tanda Mama menolak bahagian punggung bayi.
    – Mama merasakan bayi sedang tersedu-sedu di bahagian bawah perut Mama.
    – Denyutan jantung bayi dapat dikesan di bahagian bawah perut Mama.

  2. Kedudukan posterior

    Sumber: Medical News Today

    – Perut Mama kelihatan lebih rata dan Mama dapat rasa kebanyakan tendangan bayi terkena di bahagian depan perut kerana kepala bayi berada di bawah tetapi berpaling dari Mama, maksudnya muka bayi menghadap ke depan.
    – Mama merasakan bayi sedang tersedu-sedu di bahagian bawah perut Mama.

  3. Kedudukan songsang (breech)

    Sumber: Medical News Today

    – Mama berasa sakit yang teruk di bahagian tulang rusuk dan senang sesak nafas pada penghujung kehamilan
    – Kalau Mama cuba tolak-tolak dengan perlahan bahagian yang membenjol di bawah tulang rusuk dan bahagian benjol itu saja yang bergerak-gerak, itu mungkin tanda Mama menolak kepala bayi.
    – Mama merasakan bayi sedang tersedu-sedu di bahagian atas bahagian atas pusat Mama.

  4. Kedudukan melintang (transverse lie)

    Sumber: Medical News Today

    – Mama berasa bayi selalu menendang atau aktif di sebelah kanan atau kiri perut Mama, bukan atas atau bawah.
    – Mama boleh gunakan teknik menolak-nolak dengan perlahan seperti di atas tadi untuk menentukan kepala bayi berada di bahagian kiri atau kanan.

 

Bayi yang semakin berkembang di dalam rahim Mama pasti akan aktif bergerak-gerak. Memang seronok sangat bila dapat rasa dan tengok bayi bergerak dalam perut.

Pastikan Mama dan Papa berbincang dengan doktor sakit puan Mama jika bimbang tentang kedudukan bayi menjelang hari kelahirannya.

Kalau Mama rasa bayi kurang aktif pun boleh buat pemeriksaan imbasan ultrasound dengan segera. Jika semuanya berjalan lancar, tiada apa yang perlu Mama lakukan sehingga tiba hari kelahiran.

Sementara itu, selamat menghayati dan menikmati pergerakan bayi dalam kandungan sepanjang kehamilan!