Normal sebenarnya bagi ibu mengandung untuk mengalami pelbagai jenis perubahan pada badan, dalaman dan juga emosi. Alahan, selera makan yang berubah dan banyak lagi. Antara kegatalan yang sering terjadi pada ibu mengandung ialah Obstetric Cholestasis. Bahaya atau tidak jika anda mengalami kegatalan ini? Mengancam nyawa janin dalam kandungan tak?
Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat mengenai jenis-jenis kegatalan yang sering dialami ibu hamil.
Menurut Dr Muhammad Izzat,
Ada beberapa keadaan yang unik dan spesifik kepada mengandung yang menyebabkan kegatalan pada kulit. Ada yang bahaya, ada yang memang sedia ada pada ibu sebelum dia mengandung lagi seperti psoariasis atau ekzema, ada yang hanya menjelma bila kandungan dah mencecah trimester ketiga.
Apa itu Obstetric Cholestasis?
Untuk kegatalan ini, ianya ada kaitan dengan genetik dan perwarisan. Kalau ada ahli keluarga yang pernah mengalami masalah ini, biasanya anda akan turut mengalami. Bila pernah mengalami, biasanya akan berulang lagi untuk kehamilan berikutnya dalam 45-90%. Keturunan Indian-Asian dan Pakistani-Asian merupakan golongan yang tinggi risikonya untuk mendapat kegatalan jenis ini.
Obstetric Cholestasis biasanya tidak akan menunjukkan kemerahan pada kulit. Pesakit akan mengadu gatal satu badan, lebih lebih lagi pada tapak tangan dan tapak kaki. Tiada merah-merah atau ruam pada kulit, melainkan pesakit menggaru-garu secara berlebihan yang boleh nampak sebagai kesan cakar pada kulit. Pesakit akan rasa gatal lebih teruk pada waktu malam.
Risiko Pada Kandungan
Menurut Dr Muhammad Izzat, penyakit Obstetric Cholestasis ini dikaitkan dengan kelahiran pramatang, bayi berak dalam kandungan dan meningkatkan peluang untuk ibu melahirkan anak secara pembedahan. Jika lebih serius, ianya berisiko untuk membuatkan bayi meninggal secara tiba-tiba.
Jika anda mengalami Obstetric Cholestasis, ujian darah akan dilakukan untuk melihat fungsi hati (Liver Function Test – LFT). Jika diagnosis sudah dibuat, LFT akan dipantau setiap minggu sehinggalah anda bersalin.
Apakah yang boleh mengurangkan kegatalan?
Menurut Dr Muhammad Izzat, biasanya krim sapu seperti calamine akan diberikan untuk kurangkan gatal di badan atau ubat mengantuk seperti antihistamines untuk ibu-ibu mengandung yang tidak boleh tidur malam akibat kegatalan. Jika ibu mengalami kegatalan yang terlampau teruk, anda mungkin bakal diberikan Ursodeoxycholic untuk mengurangkan kegatalan disamping tidak memberikan kesaan yang buruk kepada bayi.
Pesan Dr Muhammad Izzat,
Ingat, obstetric cholestasis takde merah-merah pada kulit, tapi gatalnya MasyaAllah sehingga takboleh tidur malam! Ujian darah LFT juga akan diulang semula selepas bersalin untuk proses pemantauan.
Selain itu, kegatalan kedua yang berbahaya untuk ibu mengandung adalah Pemphigoid Gestationis.
Apa itu Pemphigoid Gestationis?
Penyakit ini sebenarnya sangat jarang untuk berlaku. Ianya berkaitan dengan penyakit autoimmune. Merah-merah dikulit akan bercantum dan menjadi besar sehingga menjadi seperti gelembung pada kulit. Ibu mengandung dengan keadaan ini perlu dipantau disebabkan ianya berisiko untuk bayi menjadi kecil daripada kadar normal, atau dalam bahasa saintifiknya, Intrauterine Growth Restriction (IUGR).
Kegatalan Lain Yang Tidak Bahaya, Tapi Biasa Berlaku
- Atopic eruption atau ekzema ketika hamil.
Penyakit ini merupakan penyakit yang biasa berlaku; 1 dalam 300 pesakit. Biasanya mempunyai ahli keluarga yang mengalami ekzema. Bintik-bintik merah akan keliharan pada muka, leher, dada dan pada bahagian lengan pesakit. Ibu mengandung tidak perlu risau jika mengalami penyakit ini. Cuma sapukan krim steroid yang dibekalkan doktor untuk melegakan gatal-gatal.
2. Polymorphic Eruption
Penyakit ini juga tidak berbahaya seperti Pemphigoid Gestationis. Badan ibu mengandung akan menjadi merah-merah, tapi uniknya merah tersebut tidak akan meliputi pusat di perut ibu. Jadi, dekat bahagian tengah tu macam kosong. Biasanya, ibu yang mengandung anak pertama dan kehamilan kembar yang bakal mengalami penyakit ini.
Ibu mengandung yang mengalami penyakit ini juga akan diberikan krim steroid untuk mengurangkan gatal. Menurut Dr Muhammad Izzat lagi, amat jarang untuk ibu hamil mengalami penyakit ini bagi kehamilan berikutnya.
Jika ibu mengalami kegatalan yang teruk dan berpanjangan ketika hamil, segera berjumpa pakar dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Jom JOIN Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my pada Mac ini!