Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kejam, ngeri dan menyentuh hati – Kisah dunia yang anda perlu tahu minggu ini.

kes dunia

Kalau dekat Malaysia, minggu ni kecoh pasal dewan rakyat yang ‘ditinggalkan’ Isnin haritu dan bagaimana comelnya Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V turut berseloroh tentang apa yang berlaku.

Tapi anda tau tak apa yang berlaku dekat luar sana? Kat bawah ni saya summarize kan isu yang jadi perhatian seluruh dunia minggu ni.

  1. Kanak-kanak istimewa 11 tahun dirogol oleh 17 lelaki di Chennai, India.

KEJAM & TAK BERPERIKEMANUSIAAN! Seorang kanak-kanak istimewa yang mengalami cacat pendengaran telah dirogol oleh 17 lelaki sejak Januari lalu.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan CNN, perogol pertama yang melakukan perbuatan kejam itu pada pertengahan Januari adalah seorang pengendali lif yang berumur 66 tahun. Dah tua, tapi masih bernafsu binatang!

Highlighted

Sumber: CNN

Polis melaporkan kanak-kanak itu dirogol selepas dia berbasikal pulang dari sekolah dan melalui kawasan kompleks apartment itu.

Kanak-kanak itu diberi ubat pelali dan drug-laced soft drinks sebelum memanggil lelaki lain untuk merogolnya di dalam kompleks apartment yang sama. Perogol-perogol yang bertopengkan manusia itu sebenarnya pekerja kompleks itu sendiri yang berumur antara 23 dan 66 tahun.

Ya Tuhan, jijiknya mereka ni! Takde hati dan perasaan langsung. Moga mereka diberi hukuman berat yang setimpal dengan perbuatan terkutuk mereka tu.

  1. Hanya sebab mimpi, tiga beradik korek mata & kerat usus Ibu di Peru.

Sumber: DailyMail

Ingatkan di Malaysia je, rupa-rupanya ada jugak orang luar yang percaya dengan ritual tak masuk akal ni. Di Andabamba, Peru, tiga beradik yang semuanya sudah dewasa mengaku membunuh ibu kandung mereka sendiri dalam satu ritual kejam.

Mengikut laporan @Astro Awani, tiga beradik yang berumur 38, 41dan 46 tahun dikatakan berkonspirasi untuk korbankan seorang yang mereka sayang ‘kepada’ syaitan.

Sumber: DailyMail

Hanya sebab mimpi, sanggup gadai nyawa ibu sendiri. 

Hanya kerana percayakan ilham daripada mimpi, tiga beradik tu telah membunuh ibu mereka yang berumur 75 tahun dengan kejam. DailyMail juga melaporkan yang mayatnya kemudian dibuang ke dalam kolam sebelum mereka mandi dalam darah ibu mereka sendiri! Sanggupnya…ibu sendiri kot.

  1. Kanak-kanak 8 tahun yang homeless di Filipina dapat perhatian dunia.

Sumber: UNILAD

Anda tahu tak seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang homeless di Filipina, masih kuat semangatnya untuk siapkan homework walaupun hanya di tepi jalan. DAN dalam keadaan hujan lebat. Boleh bayangkan tak kalau anak-anak kita macam tu?

Walaupun adik Elaine Dolfo dan keluarga tinggal di negeri yang membangun iaitu Manila, tapi mereka antara penduduk yang miskin dan terpaksa merempat di jalanan. Tapi mereka ni tak mudah putus asa. Anak-anak homeless ni masih tabah untuk ke sekolah dan sedar tentang pentingnya pelajaran.

Video adik yang berusia 8 tahun tu tular dan menjadi perhatian seluruh dunia tentang bagaimana daifnya mereka tapi masih ingin bersekolah.

What a determination! 

Dalam video tu, kita boleh nampak ibunya tengah tidur dengan adik perempuan. Elaine pula hanya menggunakan baju jaket untuk mengelakkan bukunya daripada basah terkena hujan.

Sumber: UNILAD

Seperti yang dilaporkan UNILAD, kisah adik ini mendapat perhatian orang ramai sehingga wujudnya satu laman khas untuk kutip sumbangan, “GoFundMe”. Laman sumbangan itu diwujudkan oleh Marlene Garcia – seorang pelajar university di Tennessee, USA.

Sebenarnya keluarga ini terpaksa merempat selepas ayahnya jatuh sakit lalu tak dapat bekerja. Mereka kemudiannya dihalau oleh tuan rumah sebab tak dapat bayar sewa rumah.

I want to finish my homework and do well at school. Then I can have a good job and take care of myself and my family. I need to finish the work for the teacher.

ujarnya.

Kalau anda nak buat sumbangan untuk Elaine dan keluarganya, anda boleh layari GoFundMe. Untuk adik-adik kat luar sana tu, jangan lagi malas nak ke sekolah! Ramai kanak-kanak lain nak sangat pergi sekolah tau.

Dapatkan barangan kanak-kanak yang best di motherhood.com.my harini!