Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kejam, tak berperikemanusiaan! Ini ke sikap pengasuh sekarang?

pengasuh kejam

Tersedak susu, terjatuh buaian, dicederakan, diabaikan… Makin banyak kes-kes bayi yang didera, malah ada juga yang meninggal ketika berada dibawah jagaan pengasuh baru-baru ini. Sebagai pembaca pun kita turut berasa sedih dan sakit hati, inikan pula perasaan ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Apa salah bayi-bayi ini? Tergamaknya kamu wahai pengasuh.

1. Damailah di sana Adam Rayqal.

Paling terbaru, kisah menyayat hati bayi Adam Rayqal yang ditemui mati dirumah pengasuh sendiri dalam keadaan menyayat hati.

Arwah Adam pada mulanya dilaporkan diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, tetapi dijumpai dalam peti sejuk rumah pengasuh itu sendiri – lengkap berpakaian dan dibalut dengan lampin dalam beg pakaian arwah Adam sendiri!

Kejamnya! Sanggup menipu dan sorokkan kematian bayi tidak bersalah. Mana perginya sifat kemanusiaan dan belas kasihan kamu?

Bayangkanlah perasaan ibu bapanya apabila mengetahui hal sebenar. Sedih dan pilu rasanya mendengar teriakan seorang ibu meratapi pemergian anak yang dikandung selama 9 bulan.

Takziah diucapkan dan semoga ibu bapa kepada bayi Adam Rayqal tabah menghadapi dugaan berat ini.  

Highlighted


2. “Dah sampai tak ada air mata menangis.”

Anda masih ingat cerita bayi 3 bulan, Hannah Khawlah yang patah tulang peha di Shah Alam? Bapa Hannah hanya mengesyaki keadaan anaknya apabila dia tidak berhenti menangis, lalu dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati bayi perempuan tersebut sah patah tulang peha kiri.

Setelah laporan dan siasatan dibuat, pengasuh kepada bayi tersebut menafikan sebarang kemungkinan ketika berada dibawah jagaannya dan berkata tiada apa-apa yang berlaku.

“Nak kata aku hantar baby yang ada fracture dari pagi? Come’on la, aku MA, walaupun aku dah lama tak ada kaitan dengan tulang-tulang ini, takkanlah aku benak sangat tak dapat nak detect fracture masa aku pakaikan pampers dengan baju Hannah pagi tadi? Dia siap boleh respon dengan senyuman lagi bila aku acah-acah dia.” – bapa Hannah, Muhsin Zaidi.

Ibu bapa mana yang tak marah dan sedih. Kita percaya mereka dengan sepenuh hati, tapi lain yang dilakukan.

3. Merah dipipi disangka ruam susu biasa…

Seorang pengguna di laman sosial Facebook, Muhammad Asyraf turut berkongsi kejadian yang berlaku dua bulan lepas ke atas bayinya, Ai’syah. Dia pada mulanya ingatkan kesan merah dipipi anaknya itu hanya ruam susu biasa. Tapi setelah diteliti, merah dipipi semakin jelas dan tangan kiri anaknya juga tidak aktif seperti biasa.

Setelah dibawa untuk pemeriksaan, doktor sendiri mengesyaki berlakunya penderaan ke atas bayinya dan dia dinasihatkan untuk membuat laporan mengenai kes berkenaan.

Apa yang berlaku membuka mata orang ramai agar sentiasa periksa keadaan bayi anda selepas pulang dari rumah pengasuh.

BACA: Jangan seksa bayi anda sebab sayang.

Wujudkan peraturan khas untuk semua pengasuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menegaskan bahawa perlunya pemantauan dirumah  pengasuh mahupun pusat jagaan kanak-kanak.

“Perlu ada undang-undang atau peraturan tertentu untuk memastikan pengasuh ini bertanggungjawab dan perlu ada standard tertentu di mana mereka perlu dilatih secukupnya untuk menjaga bayi,”

ujar TPM, Dr. Wan Azizah yang dilaporkan Astro Awani.

PERHATIAN: penting untuk Ibu Bapa

Sebelum kejadian lebih buruk berlaku, ibu bapa harus perhatikan kelakuan dan aksi anak-anak anda. Prihatin dan beri perhatian lebih jika mereka ada menunjukkan tanda-tanda didera seperti yang dikongsikan Dr. Kamarul Arifin:

  • Menangis & melawan tiap kali dihantar ke pengasuh.
  • Anak mula takut dengan orang selain ahli keluarga.
  • Perubahan kelakuan: terlalu manja atau pendiam.
  • Ada lebam, luka di pelbagai bahagian, atau berulang.
  • Anak sering mimpi ngeri, mengigau atau sukar tidur.

Setiap anak yang dilahirkan itu merupakan zuriat yang berharga untuk ibu bapa. Mereka telah memberi kepercayaan kepada anda untuk tolong jagakan anak mereka selama beberapa jam.

Macam mana kalau jadi dekat anak sendiri? Anda menjadi pengasuh pun sebagai sumber pendapatan bukan?

Jadi, peganglah amanah dan tanggungjawab dengan sifat keibuan dan kasih sayang supaya sumber rezeki lebih diberkati.

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!