Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Raikan Hari Bapa Dengan Kek Yang Premium, Pastinya Menarik dan Enak!

Sempena sambutan Hari Bapa tahun ini, apa kata Mommy buat kek kesukaan Daddy dengan anak-anak. Cara yang paling mudah untuk dilakukan bersama anak.

Selalunya, beli kek di kedai lebih mudah tetapi untuk hari yang special ini boleh la buat sesuatu yang istimewa untuk Daddy. Raikan hari bapa dengan kek yang premium, enak dan menawan.

Meskipun hanya sebiji kek ia tetap bermakna apabila dibuat dengan air tangan sendiri untuk orang yang tersayang. Anak-anak juga dapat mendeko kek tersebut dengan kreativiti mereka.

Jadi, Mommy masih tiada idea nak buat kek apa untuk hari bapa nanti? Mari Min, kongsikan beberapa jenis kek yang sentiasa menjadi pilihan ramai terutama untuk hari yang istimewa.

20 Pilihan Kek Untuk Hari Bapa 

#1. Kek Brownies Tower

Highlighted

Kredit Gambar: Carousell

Kek yang berperisa coklat ini sangat sesuai untuk penggemar coklat. Kalau Daddy penggemar coklat, kek ini adalah pilihan yang tepat untuk diberikan kepadanya.

#2. Kek Red Velvet 

Kredit Gambar: Youtube Home Cooking Adventure

Kek Red Velvet dibuat dengan bahan yang premium dan pastinya enak. Dan kek ini juga sesuai digabungkan dengan cheese.

#3. Kek Carrot

Kredit Gambar: Iluminasi

Keenakan kek carrot memang tidak dapat dinafikan. Jadi, jika suami Mommy peminat kek seperti ini boleh la buat di rumah.

#4. Kek Boba Milk Tea

Kredit Gambar: Youtube Nino’s Home

Boba milk tea yang mulanya hanya sebuah air kini telah diinspirasikan menjadi sebiji kek. Rasanya begitu enak dan lembut. Sangat sesuai untuk diberikan kepada mereka yang suka dengan boba.

#5. Kek Pandan Gula Melaka

 

 

Kredit Gambar: fairprice.com

Gabungan pandan dan gula melaka menghasilkan sebiji kek yang begitu sedap. Bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga menyukai kek yang lembut seperti ini.

#6. Kek Rainbow Crepe

Kredit Gambar: Betty Crocker

Kek yang paling mudah, sedap dan lembut. Paling best tidak perlu menggunakan oven pun. Kalau Daddy sejenis yang tidak suka memakan kek ini merupakan pilihan yang sesuai.

#7. Kek Tiramisu

Kredit Gambar: Youtube Sibling Food Hunter

Perisa tiramisu berasal daripada nescafe dan rasanya sedikit pahit, sesuai untuk mereka yang suka minum nescafe. Pastinya Daddy akan suka dengan kek ini.

#8. Japanese Cotton Cheesecake

Kredit Gambar: Bigger Bolder Baking

Kek yang sangat fluffy, cotton soft dan light. Sangat sesuai untuk diberikan kepada mereka yang suka dengan cheese. Kek ini juga boleh dibuat untuk minum petang dan sebagainya.

#9.  Banana Pudding Cheesecake

Kredit Gambar: The Spruce Eats

Gabungan cheese, pisang dan puding dalam kek sangat sedap ye Mommy. Selalunya, Daddy makan kek pisang biasa sahaja apa kata kali ni Mommy buat kek pisang yang extra dan premium. Confirm Daddy suka!

#10. Oreo Cheesecake

Kredit Gambar: Imperial Sugar

Daddy suka dengan oreo? Biskut Oreo pun boleh dijadikan kek tau Mommy. Mudah bukan, jadi boleh la Mommy gunakan oreo yang dekat rumah tu dan cuba resepi kek ini. Anak-anak pasti suka.

#11. Kek Manggo Cheese

Kredit Gambar: Whisk n Fold

Siapa saja tak suka mangga? Buah yang sangat manis dan sedap. Kek manggo cheese ini bukan sahaja menawan tetapi rasanya juga cukup enak.

#12. Kek Coklat Indulgence

Kek coklat indulgence adalah kek yang disukai ramai. Jika selalu Mommy beli dekat kedai kek sahaja, apa kata kali ni Mommy dan anak-anak buat di rumah sempena hari bapa. Pastinya, Daddy akan terkejut dan menyukainya.

#13. Kek Black Forest

Kredit Gambar: Youtube Yummy

Kek Black Forest merupakan satu dessert yang terkenal di German. Selalunya sebiji kek coklat akan dibelah kepada beberapa lapisan dan dihiasi dengan krim putar dan blueberry filling di antara lapisan-lapisan keknya.

#14. Kek White Chocolate Macadamia

Kredit Gambar: Shireen Anwer

Kek white chocolate macadamia adalah sebuah kek dari kekacangan iaitu macadamia. Kek yang tidak terlalu berat dan tidak muak untuk dinikmati. Kek span ringan bersama serbuk badam di lapisi krim salted caramel bersama kekacang.

#15. Kek Wild Blueberry Cheese

Kredit Gambar: Pixels

Buah blueberry menjadi bahan utama untuk kek ini. Kalau Daddy seorang yang suka dessert, boleh la Mommy buat kek ini kerana rasanya sangat menarik.

#16. Kek Victoria Sandwich 

Kredit Gambar: Patys Kitchen

Kek Victoria Sandwich ni mewah dengan rasa mentega yang istimewa. Lemak, manis dan masam yang serasi bersama.

#17. Kek Butterscoth

Kredit Gambar: Youtube Shaziya’s recipes

Kek ini menggunakan kekacangan karamel dan sangat kayangan kerana bahan yang begitu premium. Sangat sesuai untuk mereka yang minat dengan makanan manis.

#18. Lotus Biscoff Cheesecake 

Kredit Gambar: Youtube Arvie’s Cookbook

Kek yang sangat viral dan kesukaan ramai. Sapuan lotus biscoff digunakan untuk mendapatkan rasa crunchy pada tekstur cream cheese. Rasanya tak akan muak.

#19. Kek Masam Manis 

Kredit Gambar: DariDapur.com

Kek masam manis ini tak susah pun Mommy, tapi perlukan cara dan gaya yang betul ketika membuatnya. Kek ini sangat popular kerana rasa yang unik pada kek tersebut.

#20. Kek Batik Indulgence

Kredit Gambar: My Weekend Plan

Pasti Daddy dah biasa makan kek batik kan? Apa kata kali ini Mommy cuba resepi kek batik indulgence pula. Sangat sedap dan berlemak!

Ni beberapa resepi yang popular dan sangat sedap. Mommy dah decide nak buat kek apa? Semoga artikel ini membantu Mommy untuk membuat pilihan kek yang istimewa sempena hari bapa nanti.


Lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.