Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nak Bagi Kek Apa Untuk Ibu Di Hari Ibu Ya? Jom Tengok 15 Pilihan Kek Hari Ibu Yang Menarik Ini!

kek untuk hari ibu

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada hadiah hari ibu, ramai juga yang suka beli atau buat sendiri je kek untuk ibu yang tersayang di hari ibu.

Makan-makan di rumah atau di restoran, kek akan dihidangkan sekali sebagai pencuci mulut dan untuk meraikan hari istimewa. Maklumlah.. tak lengkap rasanya sambutan hari istimewa kalau tak ada kek kan?

15 Pilihan Kek Hari Ibu Yang Menarik

Tak payah pening-pening fikir kek apa nak tempah atau buat sendiri ke. Pilih je antara 15 jenis kek untuk hari ibu ini:

1. Kek buah

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Memang popular lah kan kek buah di kalangan mak-mak kita? Kalau hari raya ke apa, memang kena ada sedulang kek buah yang dipotong-potong.

Nak beli ke atau buat ke, terpulang lah ya. Tak susah sangat pun. Kalau tak ada oven, boleh kukus je.

2. Kek bergambar

Pernah tengok tak kek yang ada cetakan gambar atau wajah orang di bahagian atasnya? Haa.. kalau budak-budak, suka sangat figura macam Upin dan Ipin atau karakter dalam cerita Frozen tu kan. Kalau mak-mak macam mana?

Anda nak tempah cetakan gambar pemandangan indah ke, atau wajah ibu tersayang? Nanti bolehlah bagi specific instruction dekat baker ya?

3. Kek bertingkat

Ibu-ibu pun sinonim dengan ropol-ropol macam di kain langsir dan di kek bertingkat. Kek bertingkat ni, biasanya hiasannya memang orang pada zaman mak-mak kita suka. Perhatiannya lebih kepada seni berbanding dengan rasa tu.

Nampak cantik macam fairytale je bila bertingkat-tingkat gitu. Rasa teruju tu memang lain.

Kredit gambar: istockphoto

4. Kek lapis

Kalau ibu anda sukakan kek lapis Sarawak, bolehlah beli yang bersaiz besar kepada ibu. Tentu puas hati dan gembira hatinya!

Kalau nak buat sendiri pula, kena sabar lebih lah ya? Sebabnya, kek lapis ni rumit sikit cara pembuatannya. Selapis demi selapis, memang kena sabar.

5. Kek bertema khas

Selain itu, boleh juga nak tempah kek yang bertema. Kalau kanak-kanak, sukalah tema superhero dan trucks semua tu.

Untuk ibu-ibu, ini bergantung kepada preference mereka. Anda wajib tahu kesukaan mereka terlebih dahulu. Sebagai contoh, kalau ibu anda suka menjahit, bolehlah tempah kek yang bertemakan khas alat-alat menjahit.

Tentu cantik dan mengujakan bonda tersayang nanti!

6. Kek sarang semut

Selain daripada kek buah, kek sarang semut pun tak kurang popular nya di kalangan mak-mak ni. Biasanya ia tak dihidang sebiji macam tu. Keunikkannya adalah tekstur di dalamnya yang kelihatan macam sarang semut.

Bila dipotong dengan kaedah yang betul, memang unik dan cantik rupa kek sarang semut ni. Nak buat sendiri pun senang je.

7. Kek coklat

Kredit gambar: istockphoto

Antara kek yang disukai ramai dari dulu hingga sekarang adalah kek coklat kan? Setiap lapisan umur menggemarinya.

Kek coklat ni, walaupun ditambah lagi dengan lapisan coklat di permukaan atasnya, ia tetap enak dinikmati. Kalau ibu anda suka coklat, bolehlah buatkan kek ini.

Nak bake atau kukus, mana-mana pun boleh. Kalau nak yang kurang manis, bolehlah kurangkan kandungan gula dalam pembuatannya nanti. Lebih sihat kan?

8. Kek pulut kuning

Kalau di majlis perkahwinan ke, selalu kita tengok pulut kuning yang dibentukkan menjadi kek dan dihias dengan telur rebus dan potongan telur dadar berwarna kan?

Haa.. apa salahnya kalau tempah sebiji untuk ibu bertemakan Hari Ibu kan? Istimewa ni, tambah-tambah kalau ibu anda penggemar pulut. Pasti dia teruja dan gembira!

9. Kek cheese tart

Cheese tart sekarang bukan ada yang kecil je. Yang bersaiz besar macam kek pun dah makin ramai orang jual.

Bila saiz besar macam tu, memang banyak hiasan yang boleh diletakkan di atasnya. Biasanya, orang buat coklat cheese tart lah. Tapi kalau anda nak kelainan, itu tiada masalah. Boleh je berbincang dengan baker atau nak buat sendiri pun lagi elok.

10. Kek brownies

Brownies ni banyak jenis kan? Ada yang fudgy, ada yang chewy dan ada yang moist je. Ini kena tahulah preference ibu anda.

Kalau dia suka kek brownies yang fudgy, bolehlah buat kek brownie yang resepi khas untuk rasa yang macam tu. Kalau ibu anda sukakan kacang ke, boleh juga letak dalam brownie atau kalau nak tabur di atasnya pun okay.

11. Kek agar-agar

Kredit gambar: istockphoto

Biasanya kalau kek agar-agar ni, orang buat sendiri je kan? Sebab memang senang je dan biasanya memang menjadi. Tak rumitlah kiranya cara pembuatannya.

Nak buat kek agar-agar pandan ke, gula melaka ke, buah-buahan ke, terpulanglah ya. Pastikan anda ada acuannya dan bolehlah beraksi di dapur nanti!

12. Kek huruf

Ada juga yang buat kek huruf atau nombor kan? Tempah kek huruf I, B dan U pun best ni. Unik pun unik kan? Nampak lah kelainan sikit berbanding kek lain.

13. Kek ais krim

Sekarang dah banyak resepi online macam mana nak buat ais krim sendiri kan? Kalau anda nak buat kek ais krim untuk ibu tercinta, tuangkan je adunan ais krim tu ke dalam loyang kek.

Nanti keraskan dalam freezer dan terbalikkan. Senang sangat! Bolehlah hias dengan buah-buahan segar di atasnya nanti.

14. Kek keju

Biasanya kalau tak suka kek coklat, mesti suka kek lain seperti kek keju kan? Kek cheese ni, ada banyak juga. Ada yang kek keju sponge, ada yang non-bake, rasanya lain-lain tu.

Memang tak sama. Pilihlah yang mana kesukaan bonda tersayang.

Kredit gambar: istockphoto

15. Kek tiramisu

Kalau bukan coklat atau cheese, dan ibu anda penggemar kopi, haa.. apa kata tempah kek tiramisu untuknya pada hari ibu?

Kek tiramisu atau cappucino, memang tak terasa sangat muaknya. Ditambah pula dengan whipping cream dan marshmallows, memang sedap makan kek tiramisu ni.

Dalam banyak-banyak pilihan kek di atas ni, rasanya yang mana yang paling disukai ibu?

Mari lihat beberapa idea untuk DIY kad hari ibu!