Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Apa Itu KelabMama? | Teristimewa Buat Mama & Papa di Malaysia

kelabmama

Salam Perkenalan Daripada KelabMama!

Teristimewa Buat Mama Seluruh Dunia

Platform Mencari Pengasuh Nombor 1 Di Malaysia

KelabMama merupakan Portal Informasi Dunia Keibubapan TERKINI yang lengkap menyediakan panduan keibubapaan, di bawah syarikat Konzept Branding Sdn Bhd. Merangkumi topik-topik menarik mengenai kehamilan, bersalin, makanan ibu hamil, makanan berpantang, pengasuh untuk bayi, dan sebagainya. Sinonim dengan namanya, portal ini juga memberi inspirasi dan teladan mengenai kisah-kisah ibu bersalin, keibubapaan, kisah malang si kecil dan banyak lagi. Ikuti suka duka dan informasi menarik, terkini dan terhangat mengenai keibubapaan, hanya di KelabMama.

Highlighted


KelabMama juga merupakan Platform Pencarian Pengasuh Nombor Satu Di Malaysia dan portal terbaik yang memberi informasi terkini khas buat ibu dan anak. Pengunjung harian portal ini adalah sebanyak 2 juta orang, manakala sebanyak 300,000 engagement telah direkodkan setiap hari.

Sebagai portal khas untuk Mama & Papa, juga mempunyai pengikut di Facebook melebihi 200K dan di Intagram seramai lebih 50K pengikut.

Facebook: @KelabMama

KelabMama menyalurkan info dan artikel terbaik yang dikongsi pakar ternama dan individu berpengalaman untuk kesejahteraan bersama mengenai kesihatan keluarga, keselamatan, pendidikan, pemakanan, tingkah laku anak, hubungan suami isteri dan aktiviti menyeronokan. Kami mahu menjadikan hari-hari individu yang bakal atau sudah bergelar ibu dan bapa lebih mudah dengan menyalurkan bantuan TERBAIK setiap masa.

Antara pembahagian kandungan artikel yang terdapat dalam portal ini adalah,

Kelabmama turut menawarkan platform untuk perkhidmatan mencari Pengasuh, Penjaga Pantang, dan Taska/Tadika di seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan harian ibu bapa yang sibuk.

Sehingga hari ini, KelabMama telah mempunyai lebih daripada 5000 orang Pengasuh, 350 orang Penjaga Pantang di seluruh Malaysia yang telah mengiklankan khidmat mereka di platform Kelabmama secara percuma.

  • Khidmat Pengasuh Tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari Pengasuh setelah habis pantang atau perlu tukar pengasuh lain ketika kecemasan. Ibu bapa juga boleh buat persedian awal mencari pilihan pengasuh yang terbaik terlebih dahulu di platform ini. Ibu bapa boleh terus megakses carian pengasuh dengan mudah dikawasan persekitaran di seluruh Malaysia tanpa caj.

  • Khidmat Penjaga Pantang Khidmat Penjaga Pantang, memudahkan ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata menjalani kehidupan dengan lebih teratur setelah si kecil lahir.

Terbaharu, KelabMama turut sering melancarkan perincian untuk berniaga cara baru dengan mewujudkan ruangan khas untuk berbelanja iaitu di FB Live di Facebook KelabMama. Sesi ini akan memberi keuntungan dan penjimatan berganda kepada ahli KelabMama dengan setiap barangan atau produk yang ditawarkankan oleh Kelabmama dan agen-agen Dropship terpilih.