Terlalu awal untuk membaca pada anak anda yang baru lahir? Kajian menunjukkan membaca buku pada anak kecil anda tidak pernah terlalu awal. Jadi bersedialah untuk mendapatkan salinan “Goodnight, Moon” dan nikmati bacaan ini dengan tambahan buku baru anda.Highlighted
Masa bersama
“Membaca buku pada bayi anda adalah salah satu-satunya aktiviti yang baik meluangkan masa anda dan bayi anda.” Kata Mary Ann Abrams, MD, Reach Out dan pengarah perubatan (reachoutandread.org), “ ia juga mendedahkan bayi anda kepada bunyi suara anda, yang akan menyenangkan baginya,” malah, kajian di Journal Development dan Behavioral Pediatrics mengkaji bahawa membaca pada bayi di NICU boleh membantu ibubapa meningkatkan lagi keintiman yang sama pada bayi mereka setiap hari selepas kelahiran bayi mereka.
klik disini untuk dapatkan barang bayi yang murah
Persedian untuk membaca sendiri
Apabila bayi anda tidak faham apa yang and bacakan, dia masih boleh mengenal irama, nada dan suara anda, kata Kenneth Wible MD of Children’s Mercy Hospitals dan klinik di Kansas city, Missouri. Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak perkataan bayi dengar , lebih bersedia bayi anda untuk mula membaca sendiri.
Meningkatkan pemikiran otak
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang membaca dari bayi lagi , mempunyai vocabulary yang luas sama seperti kemahiran matematik, berbeza dengan kanak-kanak sama umur dengannya. Secara langsung juga bayi dapat dengar banyak perkataan setiap hari dan mengasah kemahiran bahasanya. Salah satu kajian mendapati ibubapa yang selalu bercakap dengan bayi mereka boleh mendapat markah yang tinggi dalam standard ujian apabila anak anda mencecah 3 tahun berbanding kanak-kanak yang ibu bapa mereka yang kurang bercakap.
klik disini untuk mencari barangan bayi
Anak akan memberi tindak balas
Dr Wible berkata, selepas membaca pada bayi anda dalam beberapa hari, anda akan sedar pada bayi anda akan bertindak balas dengan pengerakkan suara yang berirama anda dengan menggunakan tangan dan kakinya.” Membaca dapat membantu kanak-kanak melihat dan mendengar di keliling merekan dan akan bertindak balas,“ kata beliau lagi.
Ia akan meperkenalkan emosi
Bayi anda terdedah pada perasaan melalui bunyi yang berbeza yang anda gunakan apabila membaca, sama ada anda lakukan suara pada waktu tertentu atau gambaran apa yang berlaku di dalam buku. Anda tidak boleh mendengar apa-apa emosi dalam mizik atau melalui tv. Perkataan yang disampaikan memberi idea bahawa kata-kata mempunyai makna dan bunyi untuk perkara-perkara tertentu.
Tunjukkan mereka dalam gambaran
Dari 0 ke 3 bulan, anak anda akan tumpukan mata mereka dalam corak yang senang dalam halaman. Baca buku yang bergambar menunjukkan bayi anda dengan pelbagai bentuk, huruf dan warna dan ia akan mula mengenali pada masa akan datang.
Tunjukkan membaca adalah menyeronokkan
Mengamalkan amalan membaca sebagai rutin keluarga dapat mengajar anak anda bahawa membaca boleh dijadikan sesuatu yang menyeronokan bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah sahaja. Sikap ini dapat memupuk minat membaca yang boleg membawa beliau ke alam persekolahan dan alam dewasa nanti.
Bonus: anda boleh baca apa yang anda mahu
Bosan dengan buku kanak-kanak? Jangan risau, bayi anda masih tidak faham perkataan lagi, jadi anda boleh pilih apa sahaja hendak dibaca. Surat khabar, novel, atau pilihan Oprah’s Book Club. Tidak kisah buku jenis apa anda baca sekarang ini, asalkan and abaca bersama bayi anda.