Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. merupakan amalan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Dalam artikel ini, kita akan mengupas 10 kelebihan selawat yang tidak hanya memperindah ibadah harian, tetapi juga membawa manfaat besar kepada kehidupan.
Selawat berasal dari perkataan “solat” yang bermaksud doa atau pujian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, selawat adalah doa kepada Allah untuk memohon dilimpahkan rahmat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat banyak kelebihan selawat yang bakal kita peroleh jika sering mengamalkannya.
Untuk ketahui apakah kelebihan selawat, teruskan membaca!
Senarai Kelebihan Selawat
#1. Membuatkan Diri Menjadi Lebih Tenang
Selawat mampu membuatkan diri kita menjadi lebih tenang apatah lagi jika sedang dibelengu oleh masalah yang berat.
#2. Diampunkan Dosa dan Ditinggikan Darjat
Selawat memiliki kekuatan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan melembutkan hati yang keras. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapuskan sepuluh dosa, dan meningkatkan darjatnya sepuluh darjat.”
(Hadis Riwayat Al-Nasa’i)
#3. Dimakbulkan Segala Doa
Lazimkan diri dengan berselawat sebelum berdoa, kerana selawat mempermudah doa-doa kita diterima oleh Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Doa seseorang itu terhalang sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. dan ahli keluarganya.”
(Hadis Riwayat Al-Tabrani)
#4. Dekat dengan Rasulullah S.A.W. pada Hari Kiamat
Menginginkan kedekatan dengan Rasulullah S.A.W. di akhirat? Amalkan selawat ketika di dunia. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat adalah yang paling banyak berselawat ke atasku.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
#5. Diberikan Kecukupan Hidup oleh Allah juga Merupakan Kelebihan Selawat
Berselawat dalam situasi kesulitan dapat membawa kecukupan hidup. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
#6. Allah Membalas Selawat Hamba-Nya
Setiap selawat yang kita panjatkan dijawab oleh Allah dengan sepuluh kali selawat. Hal ini dijelaskan dalam hadis:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.”
(Hadis Riwayat Muslim)
#7. Mendapat Syafaat Rasulullah S.A.W. di Akhirat Merupakan Kelebihan Selawat yang Utama
Selawat menjadi kunci untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di hari kiamat.
“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)
#8. Rasulullah S.A.W. Membalas Ucapan Salam
Berselawat kepada Rasulullah S.A.W. juga mendatangkan balasan. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
#9. Diberikan 10 Kali Pahala antara Kelebihan Selawat
Selawat menjadi amalan ringan yang mendatangkan pahala besar.
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali, menghapus dosa sepuluh kali, dan meningkatkan darjatnya sepuluh kali.”
(Hadis Riwayat An-Nasa’i)
#10. Memudahkan Diri ke Syurga
Amalan berselawat tidak hanya memberi manfaat di dunia, tetapi juga membawa kemudahan ke syurga. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku, ialah orang yang bakhil.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berselawat bukan hanya satu ibadah, tetapi juga kunci untuk kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan akhirat. Mari perbanyakkan selawat agar kita dapat merasai keberkatan dan kelebihan yang Allah janjikan kepada hamba-Nya yang bersyukur.
Selain perkongsian di atas mengenai kelebihan selawat, anda boleh dapatkan pelbagai lagi info dan panduan ibadah yang lain di SINI!