Solat sunat dhuha adalah solat yang jika dilakukan mendapat pahala, jika tidak pun tiada masalah.
Namun, taukah Mommy bahawa solat sunat dhuha mempunyai pelbagai keistimewaan dan ganjaran jika diamalkan. Amalan melakukan perkara sunat ini amatlah dituntuti dalam agama islam.
Dhuha (الضحى) secara bahasanya bermaksud “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”. Jadi, solat sunat dhuha perlu dilakukan antara waktu Solat Subuh & Solat Zuhur.
Tahukah Mommy, bahawa solat dhuha boleh dilakukan mengikut kemampuan sendiri iaitu antara 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Ianya dilakukan dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
Mari lihat beberapa keistimewaan yang akan Mommy perolehi jika mengamalkan solat sunat dhuha dalam kehidupan seharian.
15 Kelebihan Solat Dhuha
Highlighted
#1. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda
#2. Diampunkan Kesalahan dan Dosa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Dengan mendirikan solat sunat dhuha, dosa yang besar dan kecil akan diampunkan termasuk dosa-dosa yang terdahulu.
#3. Disukai Allah SWT
Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja. Ketaatan dalam menunaikan ibadah sunat yang membuatkan dirinya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.
“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”
(Hadis Riwayat Muslim)
#4. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Setiap bacaan dan tindakan yang dilakukan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah. Dengan mendirikan solat sebanyak dua rakaat sahaja kita juga mendapat pahala yang sama seperti bersedekah.
#5. Memberi Kesihatan Yang Baik
#6. Dicukupkan Rezeki Setiap Hari
#7. Menenangkan Hati
Pastinya anda akan merasai ketenangan jiwa dan hati yang lebih tenang apabila selalu mengerjakan solat dhuha.
Segala kerisauan dan keributan dalam masalah akan hilang, seterusnya menjadikan kehidupan lebih terurus dan tersusun.
#8. Mendapat Keuntungan yang Besar
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib: 666)
Kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha, Allah akan memberikan keuntungan yang besar dalam kehidupannya.
#9. Segala Urusan Menjadi Lebih Mudah
Amalkan solat dhuha ia akan menjadikan segala urusan harian anda menjadi lebih mudah.
Selain itu, ia dapat membantu seseorang itu untuk menjadikan kehidupan yang berjaya sepanjang hari malah setiap masa.
#10. Doa Mudah Dimakbulkan
Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi, berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar segala yang dihajati akan dimakbulkan dengan segera.
#11. Menarik Minda dan Aura Positif
Golongan yang amalkan solat sunat dhuha akan menjadi lebih positif, bersikap tenang, dan yakin dengan segala ujian yang dihadapinya.
Ini kerana apabila mendekatkan diri dengan Allah SWT keyakinannya hanyalah padaNya sahaja, bahkan meletakkan segala sangka baik kepadaNya.
Golongan ini juga akan sentiasa disenangi dengan orang sekeliling.
#12. Masuk Syurga Dari Pintu Istimewa
Mereka yang mengamalkan solat sunat dapat memasuki syurga melalui pintu khas iaitu pintu dhuha. Golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh semua orang.
“Sesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:”
“Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.” (Hadis Riwayat at-Thabrani)
#13. Amalan Paling Mudah Dilakukan
Solat sunat dhuha adalah antara amalan ibadah yang mudah dilakukan tetapi memperolehi ganjaran yang begitu besar.
Solat ini boleh didirikan dengan dua rakaat dan waktunya pada siang hari, berbanding dengan solat di tengah malam yang agak berat dilakukan bagi sesetengah orang.
#14. Disiapkan Rumah di Syurga
Sabda Nabi SAW;
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(al-Jami’: 634)
Beruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah SWT telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.
#15. Mendapat Pahala Umpama Menunaikan Umrah
Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih al-Targhib: 673)
Kelebihan mendirikan solat dhuha akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala mengerjakan umrah meskipun hanya dengan dua rakaat sahaja.
Allah akan menganugerahkan ganjaran yang benar-benar istimewa untuk hambaNya yang sentiasa melakukan kebaikan.
Semoga perkongsian tentang kelebihan ini akan membuatkan Mommy dan Daddy lebih bersemangat untuk mengerjakan solat dhuha dan menjadikannya sebagai rutin harian yang baik dan sihat.
Dapatkan lebih banyak panduan tentang agama dan tingkatkan amal ibadah dengan pelbagai jenis doa di SINI.