Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kelebihan Surah Al-Ikhlas, Singkap Fadhilatnya Yang Begitu Besar!

Kelebihan Surah Al Ikhlas

Kredit gambar: istockphoto

Surah Al-Ikhlas, sering kita baca di dalam solat dan kehidupan seharian. Antara sebab ia sering menjadi surah pilihan adalah kerana ia surah yang pendek dan mudah untuk diingati.

Tetapi apabila kita memahami maknanya, surah ini begitu istimewa yang kita tidak tahu pun manfaatnya setara itu kerana pada penilaian kasar, surah ini pendek je.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas, Singkap Fadhilatnya Yang Begitu Besar!

Sungguh, kita tidak tahu kelebihan surah ini di sisi Allah. Tetapi berdasarkan hadis dan amalan orang-orang alim dahulu kala, bolehlah kita menyingkap serba sedikit fadhilat surah ini.

#1. Mendapat cinta Allah S.W.T.

Dalam perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah dinyatakan sebuah hadis daripada Aisyah R.A.:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya”. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)

#2. Bersamaan dengan sepertiga Al-Quran

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Seterusnya, dalam hadis yang lain pula, daripada Abu Sa`id al-Khudri R.A.:

أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ»

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah S.A.W. : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)

#3. Kelebihan Surah Al-Ikhlas #Menjadi asbab masuk syurga

Telah diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi, daripada Abu Hurairah R.A.:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ

Maksudnya: “Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897)

#4. Mendapat perlindungan Allah S.W.T.

Surah Al-Ikhlas ini, jika dibaca bersama Surah Al-Alaq dan Surah An-Nas, insyaAllah boleh melindungi kita daripada segala keburukan. Telah dikatakan oleh ‘Uqbah bin Ámir al-Juhani R.A.:

بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ

Maksudnya: Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah SAW dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?” Baginda pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut”.  – Hadis riwayat Imam al-Nasaie (5430)

Kredit gambar: istockphoto

#5. Dibina istana dalam syurga

Ada juga hadis lain iaitu daripada Mu’az bin Anas al-Junadi, sabda Rasulullah S.A.W.:

مَنْ قَرَأَ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ، بَنَى اللهُ لَهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ. فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: إِذًا نَسْتَكْثِرَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ.

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sehingga tamat sebanyak 10 kali, Allah akan membina baginya sebuah istana di dalam syurga.”

Dikatakan Umar bin Al-Khattab bertanyakan secara lanjut: “Kalau kami membaca lebih banyak wahai Rasulullah?”

Dan baginda menjawab: “Allah lebih banyak dan lebih baik (ganjarannya).”

Namun harus difahamkan di sini tentang status hadis yang daripada Riwayat Ahmad (no. 15610) ini, sanadnya adalah dhoif ya.

Tetapi jika ingin diamalkan untuk mendapatkan redha dan ganjaran daripada Allah, itu tidaklah mengapa.

#6. Bebas daripada api neraka

Ada sebuah hadis lain lagi yang status sanadnya dhoif yang berkaitan dengan kelebihan surah Al-Ikhlas:

مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ فِي الصَّلَاةِ أَوْ غَيْرِهَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بَرَاءَةً مِنَ النَّارِ.

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca Qul Huwa Allahu Ahad sebanyak 100 kali dalam solat atau selainnya, maka Allah menetapkan baginya pembebasan daripada api neraka.” Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (no. 852)

#7. Dimakbulkan doa dengannya

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Buraidah bin al-Hasib:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, bahwa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Mu segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh dirimu telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya, yang jika Dia diminta dengannya (pasti akan) memberi, dan jika Dia diseru dengannya, (pasti akan) mengabulkannya”. – Hadis riwayat Abu Daud (1493)

Kredit gambar: istockphoto

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Kalamullah tidaklah boleh dinilai dengan pandangan dan minda kita sebagai hamba kerana ia adalah kalam daripada Allah S.W.T.. Hanya Allah lah yang Maha Mengetahui kelebihan dan rahsia di sebalik kalam-kalamNya itu.

Pada seorang hamba, hendaklah ia berusaha melakukan amal yang terbaik dalam mengharapkan redha dan kasih daripada Allah.

InsyaAllah.. Jom baca kelebihan Surah Al-Kauthar pula, Ibu!