Jika anda tercari-cari apakah surah dalam Al-Quran yang mampu membantu banyak penyelesaian masalah, jawapannya adalah Surah Al Insyirah. Terdapat banyak kelebihan Surah Al-Insyirah ini jika kita sering mengamalkannya dan kekal istiqamah.
Surah Al Insyirah ini juga turut dikenali dengan nama lain iaitu Surah Al-Sharh dan Surah Alam Nasyrah. Ia merupakan surah ke 94 dari Al-Quran dan merupakan salah satu surah terpendek yang terdiri daripada 8 ayat.
Al-Insyirah membawa maksud “kesenangan” atau “keselesaan”. Surah ini diturunkan oleh Allah S.W.T bersama dengan Surah Al Dhuha kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bersedih disebabkan oleh kesusahan yang teruk dalam hidupnya sebagai cara untuk menghiburkan Nabinya Muhammad S.A.W. dengan menyebut berita gembira tentang rahmat-Nya.
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kebaikan Surah Al Insyirah ini melalui perkongsian di bawah!
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Berikut merupakan kelebihan membaca Surah al Insyirah iaitu:
#1. Menghilangkan Segala Kerisauan Dunia
Sesiapa yang sering membaca surah ini sebanyak 21 kali pada setiap hari akan hilang segala kerisauannya tentang dunia.
#2. Kelebihan Surah al-Insyirah Dalam Merawat Batuk dan Selesema
Kelebihan membaca surah al insyirah ini juga, ia dapat menyembuhkan gejala batu dan selesema. Caranya adalah dengan membaca surah ini pada segelas air lalu meniup air tersebut sebelum diminum.
#3. Perlindungan Dari Penyakit Kronik
Antara kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga ia dapat melindungi diri daripada penyakit seperti kanser, kencing manis dan hepatitis.
#4. Mendapat Penghormatan
Selain itu, antara kelebihan Surah Alam Nasyrah ini juga ia mampu memberi penghormatan kepada orang yang membacanya yang diperoleh daripada orang-orang sekeliling.
#5. Kelebihan Surah al-Insyirah Dalam Mendapat Kekayaan
Selain itu, sesiapa yang membaca Surah Alam Nasyrah ini sebanyak 21 kali selepas fajar, diikuti dengan Surah Muzammil dan Surah Waqiah, hartanya akan bertambah dan menjadi kaya.
#6. Mendapat Ketenangan Hati
Beramal dengan Surah Alam Nasyrah ini juga dapat memberi sokongan kepada rohani dan melegakan segala resah di hati.
#7. Kelebihan Surah al-Insyirah Untuk Menghilangkan Rasa Sedih
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis bahawa:
“Sesiapa yang membaca Surah ini akan mendapat pahala seperti orang yang bertemu Muhammad dalam keadaan sedih dan mengeluarkan kesedihan dari hatinya.”
#8. Sebagai Saksi Amal di Hari Akhirat
Imam Sadiq berkata bahawa sesiapa yang berulang-ulang kali membaca Surah Al Insyirah pada waktu siang dan malam, seluruh anggota tubuhnya dan benda-benda di sekelilingnya akan memberi kesaksian untuknya pada Hari Akhirat.
#9. Kelebihan Surah al-Insyirah Mati Seperti Syahid
Dalam hadis dari Imam Baqi, beliau turut menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah pada waktu siang dan malam, akan mati sebagai syahid dan dibangkitkan sebagai syahid dan menyerupai orang yang berperang di jalan Allah dengan pedangnya.
#10. Kelebihan Surah Alam Nasyrah Yang Mudahkan Urusan Bersalin
Selain itu, antara kelebihan Surah Al Insyirah ini adalah ia dapat membantu memberi ketenangan dan memudahkan urusan ibu bersalin.
#11. Memudahkan Urusan Pelayaran di Laut
Berada di tengah-tengah laut merupakan risiko yang besar, oleh itu amalkan Surah Alam Nasyrah ini agar pelayaran anda dipermudah dan diberi pertolongan oleh Allah S.W.T.
#12. Mampu Meningkatkan Daya Ingatan
Caranya adalah dengan membaca 17 kali surah ini lalu tiup ke dalam air, kemudian teguk untuk meningkatkan daya ingatan anda.
#13. Kelebihan Surah Alam Nasyrah Diberi Keselamatan dan Keyakinan
Siapa yang istiqamah dalam membaca dan mengamalkan Surah Alam Nashrah ini, Allah S.W.T akan memberinya keselamatan dan juga keyakinan.
#14. Fikiran Menjadi Bersih dan Positif
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga ia dapat menghilangkan segala kekusutan dan perkara-perkara negatif dalam fikiran anda.
#15. Terasa Ringan dan Mudah Dalam Mengerjakan Ibadah
Melalui amalan membaca ayat ini juga, anda akan berasa lebih rajin, tenang dan dipermudahkan segala urusan dalam melakukan kerja atau ibadah.
#16. Kelebihan Surah Alam Nasyrah Diperlihatkan Perkara-perkara Ghaib
Antara lain kelebihan Surah Alam Nasyrah ini adalah anda akan diperlihatkan perkara-perkara yang ghaib jika mengamalkannya sebanyak 200 kali pada setiap hari.
#17. Tidak Akan Buta
Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa:
“Sesiapa yang membaca Surah Al Sharh dan Surah Al Fil dalam solat subuh tidak akan buta selama-lamanya.”
Semoga dengan adanya perkongsian ini, kita sama-sama mengambil peringatan dan mula mengamalkannya!
Dapatkan juga pelbagai tips, doa dan panduan ibadah menarik yang lain di SINI!