Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Kelebihan Surah Al-Kauthar – Antara Keajaibannya Adalah Dapat Mimpi Rasulullah S.A.W!

kelebihan surah Al-Kauthar

Surah Al-Kauthar merupakan surah yang dihadiahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. bagi mengembirakan baginda di atas kematian anak-anaknya. Terdapat banyak kelebihan surah Al-Kauthar yang dapat anda peroleh jika kekal istiqamah dalam mengamalkannya.

Ia merupakan surah yang memberi sumber inspirasi terindah bagi umat Islam di mana melalui ayat-ayat Al-Kauthar ini terdapatnya harapan dan keberanian bagi orang yang kekal beriman.

Malah, melalui petikan ayat Al-Kauthar ini juga, ia mengajar kepada seluruh umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dengan tipu daya syaitan yang sentiasa menyesatkan sekalian manusia.

Di dalam surah ini, terdapat 10 perkataan dalam tiga ayat, dengan setiap ayatnya pula mengandungi sebanyak tiga perkataan dengan keseluruhan surah yang terdiri daripada 42 huruf menjadikan ia surah terpendek dalam Al-Quran.

Al-Kauthar bermaksud kelimpahan dalam bahasa Arab, dan ia juga merupakan nama sungai yang terdapat di dalam syurga. Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Aku masuk surga dan sampai ke sungai yang di tepinya terdapat khemah-khemah yang terbuat dari mutiara. Oleh itu, aku menghulurkan tangan ke dalam air yang mengalir dan mendapati bahawa ia adalah yang paling kuat (bau) kasturi.”

Maka, aku bertanya, “Wahai Jibril! Apakah ini”

Lalu Jibril menjawab, “Inilah Al-Kauthar yang diberikan kepadamu oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.”

Di bawah ini, terdapat beberapa kelebihan Surah Al-Kauthar yang akan diperoleh bagi sesiapa sahaja yang istiqamah dengannya. Jom lihat!

Highlighted

Kredit gambar: almukhlisin.my

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Berikut merupakan kebaikan Surah Al-Kauthar iaitu:

#1. Mendapat Perlindungan Daripada Kejahatan dan Para Musuh

Ia juga dapat menghilangkan rasa takut terhadap musuh serta semua kebimbangan dan menjauhkan diri daripada orang yang berniat jahat.

#2. Kelebihan Surah Al-Kauthar Dilindugi Dari Belengu Kemiskinan

Malah, Surah Al-Kauthar kelebihan yang ada padanya juga dapat melindungi si pengamal daripada kemiskinan.

Sesiapa yang membaca surah ini sebanyak tujuh kali selepas solat subuh akan dilindungi daripada kemiskinan dan juga kelaparan. Sangat bagus diamalkan untuk perniagaan.

#3. Kelebihan Surah Al-Kauthar Mampu Meningkatkan Daya Ingatan

Kredit gambar: www.honestdocs.id

Selain itu, kelebihan surah Al-Kautharini adalah ia dapat meningkatkan daya ingatan dan memudahkan kefahaman.

Caranya adalah dengan membaca surah Al-Kauthar sebanyak 11 kali lalu ditiupkan ke telinga anak-anak yang sedang tidur.

#4. Kelebihan Surah Al-Kauthar Mendapat Ganjaran Pahala

Sesiapa yang membaca surah ini pada setiap hari akan mendapat pahala dari Allah S.W.T. dan mereka juga dianggap sama taraf dengan orang-orang yang telah mati syahid dan semua amalan mereka akan mudah dihisab.

#5. Dapat Melihat Nabi Muhammad S.A.W Dalam Mimpi

Nabi Muhammad S.A.W turut meriwayatkan bahawa sesiapa yang membaca surah ini selepas selesai solat malam, membolehkan orang itu melihat Rasulullah S.A.W. dalam mimpi mereka.

#6. Dapat Dekatkan 60 Tingkatan Kepada Allah S.W.T.

Antara kelebihan surah Al-Kauthar yang lain adalah surah ini dapat mendatangkan 60 pahala, diampunkan sebanyak enam puluh dosa, dan mengangkat diri 60 darjat dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

#7. Membantu Mempercepatkan Jodoh

Kredit gambar: www.pengantinbaru.com.my

Malah, kelebihan Surah Al-Kauthar ini juga, ia mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan cinta seseorang dan memudahkan setiap urusan anda dalam mencari jodoh.

#8. Kelebihan Surah Al-Kauthar Mampu Membawa Kekayaan

Membaca surah ini sebanyak 129 kali akan memastikan harta benda anda kekal terpelihara dan memperoleh sumber kekayaan yang luar jangkaan.

#9. Memberi Perlindungan Daripada Penyakit

Kredit gambar: economictimes.indiatimes.com

Antara kelebihan baca Surah Al-Kauthar adalah ia dapat melindungi anda dari segala jenis penyakit sama ada secara fizikal atau mental.

#10. Kelebihan Surah Inna Aktoina Ini Yang Mampu Memenuhi Segala Hajat

Malah, antara khasiat Surah Al-Kauthar ini juga adalah ia dapat mengabulkan segala hajat dan permintaan anda.

Caranya adalah dengan membaca ayat Al-Kauthar 1,000 kali jika ingin memenuhi hajat yang besar.

#11. Ayat Al-Kauthar Sebagai Tanda Peringatan

Selain itu, kelebihan ayat Al-Kauthar ini juga adalah ia merupakan tanda peringatan bahawa walaupun kita sering kali ditindas di dunia ini, kita hendaklah tetap menjaga keimanan kepada Allah S.W.T dan menunaikan semua kewajipan dalam Islam kerana tanpa adanya iman, kita tidak akan dapat mengikuti jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.

Semoga kita semua dapat beramal dengan surah yang penuh keajaiban ini!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info berkaitan ibadah yang lain di SINI!