Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kelebihan Surah At Taubah Ayat 128, 129 Yang Menjadi Amalan Mereka Terdahulu

Kelebihan Surah At Taubah Ayat 128 129

Kredit gambar: istockphoto

Orang dulu-dulu memang ada banyak amalan harian. Mungkin hajat pada setiap amalan itu berbeza tetapi secara umumnya, ia hanyalah untuk mengharapkan redha dan pertolongan Allah S.W.T.

Pasti atok dan opah pernah mengajar anak cucunya untuk melazimi sesetengah ayat al-quran dan zikir. Ini semua kebiasaannya ada tujuan dan manfaatnya ya.

Kelebihan Surah At Taubah Ayat 128, 129 Yang Menjadi Amalan Mereka Terdahulu

Salah satunya adalah 2 ayat terakhir surah At Taubah iaitu ayat 128 dan 129. Cara amalannya ada pelbagai, asalkan kita mengamalkannya secara istiqamah.

Jika hadis yang dicari mengenai kelebihan ayat ini, memang tiada ya. Tetapi ia menjadi amalan orang kita sehingga kini kerana ia merupakan amalan para soleh dan ulama sejak dahulu lagi.

Jadi hendaklah jelas bahawa amalan ayat ini bukanlah daripada Nabi S.A.W. tetapi salah satu amalan baik yang dikatakan mempunyai banyak fadhilatnya.

Jom, kita tengok beberapa kelebihan ayat ini menurut beberapa pihak:

#1. Mengelakkan kita daripada mati mengejut

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Berdasarkan perkongsian oleh Ustaz Ahmad Rizam, telah dikatakan bahawa mereka yang mengamalkan 2 ayat terakhir surah At Taubah ini tidak akan mati mengejut.

Ini kerana sekiranya ia dijadikan amalan pada waktu pagi dan petang, apabila kematian kita sudah pun mendekat, kita tidak akan boleh lagi membaca ayat ini.

#2. Membantu kita membuat persiapan menghadapi kematian

Selain daripada itu, daripada penjelasan di atas juga, amalan membaca ayat ini dapat membantu kita untuk bersedia menghadapi kematian.

Ketika ajal kita menghampiri dan kita tidak mampu lagi untuk membacanya, insyaAllah semoga kita dapat selesaikan apa yang patut.

Mengagak waktu kematian kita; ini dikatakan antara salah satu kelebihan amalan ayat ini.

#3. Mendekatkan diri kepada Rasulullah S.A.W.

Dalam perkongsian lain oleh Ustaz Muhaizad Muhammad, telah disarankan untuk dibaca ayat ini sebanyak 41 kali pada setiap malam bermula daripada malam Ahad, selama 41 malam. Telah dikatakan, insyaAllah, Rasulullah S.A.W. akan hadir kepada kita.

Huraian di sebalik penjelasan oleh ustaz ini mungkin ada yang tersurat dan tersirat. Dikatakan, mereka yang mengamalkannya sahaja akan memahaminya.

#4. Menjaga keselamatan diri

Kredit gambar: istockphoto

Ayat ini juga dikenali sebagai ‘ayat hulubalang’. Jadikanlah ia amalan pada waktu pagi dan petang untuk keselamatan diri kita.

#5. Mendapatkan rawatan terhadap sakit dalam diri

Ada juga perkongsian lain yang bermanfaat mengenai kelebihan ayat ini daripada Syeikh Zainul Asri. Telah diajarkan untuk membaca ayat ini 11 kali sebelum tidur, setelah mendapat ijazah secara berdepan dengan Syeikh.

Kelebihannya, kita akan mendapat rawatan terhadap sakit pada jasad, rohani dan mental kita.

#6. Mengurangkan tekanan dalam diri

Amalan membacanya 11 kali sebelum tidur juga dikatakan dapat membantu mengurangkan tekanan pada mental kita.

#7. Melindungi diri daripada sihir

Di samping itu, antara kelebihan lainnya juga, amalan membaca ayat ini dapat melindungi diri daripada sihir. Telah dikatakan, sihir tidak akan lut kepada pengamalnya, insyaAllah.

#7. Melayakkan diri menjadi tentera Allah di akhir zaman

Kredit gambar: istockphoto

Ia juga dikatakan untuk melayakkan diri kita menjadi tentera Allah di akhir zaman. Jadikanlah ia amalan dan insyaAllah, Allah akan membantu kita untuk menjadi pembenteng kepada agama dan penentang dajjal kelak.

Kelebihan Surah At Taubah Ayat 128 129

Meskipun amalan bacaan 2 ayat terakhir surah At Taubah ini bukanlah amalan Rasulullah S.A.W., bukanlah bererti ia tidak elok. Ayat ini adalah sebahagian daripada Al-Quran. InsyaAllah, hanya Allah S.W.T. sahajalah yang berhak mengurniakan ganjaran kepada setiap amal hambaNya. Jom baca kelebihan Surah Yassin pula!