Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Benar Ke Lelaki Turut Alami ‘Menopause’? Kenali Apa Itu Andropause Dan Tanda-Tandanya

andropause atau menopause lelaki

Mommy dan Daddy pernah dengar pasal Andropause? Andropause juga dikenali sebagai ADAM iaitu suatu keadaan di mana berlakunya penurunan hormone testosteron dalam kalangan lelaki berusia.

Dalam kata lain keadaannya hampir sama seperti Menopause yang berlaku dalam kalangan kaum wanita. Namun, ianya berbeza berbanding dengan Menopause yang dihadapi oleh kaum wanita seperti berlaku secara perlahan-lahan dan tidak putus haid seperti wanita.

Highlighted


Macam mana cara nak tahu anda sedang dalam fasa Andropause?

Bagi membantu Mommy dan Daddy diluar sana mengenai Andropause dengan lebih mendalam, terdapat beberapa tanda jika seseorang lelaki itu mengalami Andropause ini.

Jom kita baca selanjutnya!

Tanda-Tanda Seorang Lelaki Mengalami Andropause

Antara tanda-tanda seorang lelaki itu mengalami Andropause ialah seperti berikut:

#1. Tanda Andropause, Anda Akan Mula Hilang Fokus

Tanda yang pertama yang dapat diperhatikan jika seseorang lelaki itu mengalami Andropause ini ialah hilang fokus. Mereka yang mengalami masalah ini akan mendapati bahawa mereka sukar untuk fokus walaupun melibatkan pekerjaan rutin yang selalu mereka lakukan.

#2. Cepat Letih Juga Merupakan Tanda Andropause

Selain itu, tanda lain yang dapat dilihat apabila seorang lelaki mengalami Andropause ialah mereka akan merasa cepat letih. Mereka yang mengalami masalah ini mudah merasa letih walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat. Contohnya, merasa letih kerana tidur lewat.

#3. Terdapat Perubahan dari Segi Perbuatan dan Emosi

Di samping itu, terdapat juga perubahan dari segi tingkah laku dan emosi. Hal ini boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Emosi mereka akan mudah terganggu walaupun disebabkan oleh satu perkara yang remeh.

#4. Mengalami Tekanan

Tanda lain yang boleh diperhatikan ialah cenderung untuk mengalami tekanan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh ketidaktentuan emosi yang dialami.

Lelaki yang menghadapi Andropause ini juga boleh mengalami kemurungan yang disebabkan oleh tekanan dan emosi yang tidak stabil.

#5. Berat Badan Bertambah antara Tanda Andropause

Bukan itu sahaja, malahan berat badan juga akan bertambah. Ini mungkin disebabkan oleh kadar hormone testosteron yang semakin berkurangan. Ditambah lagi jika Daddy kurang bersenam.

Oleh itu, pastikan Daddy meluangkan sedikit masa untuk melakukan senaman badan lebih sihat dan juga dapat mengekalkan stamina.

#6. Jisim Otot dan Tulang Semakin Menurun

Jika Daddy mneghadapi masalah Andropause ini Daddy akan mendapati otot Daddy akan berlaku penurunan. Ini akan menyebabkan perubahan fizikal Daddy juga akan mempengaruhi berat badan Daddy.

Namun, jangan risau kerana Daddy boleh lakukan beberapa senaman untuk menjaga otot dan badan Daddy agar sentiasa kelihatan tegap. Contohnya ialah strength training dan weight lifting untuk menjaga otot.

#7. Keinginan Seksual yang Semakin Berkurang

Seiring dengan penurunan kadar hormone testosterone, keinginan seksual juga akan berkurang. Daddy mungkin akan merasa bahawa keinginan terhadap seks semakin berkurang.

#8. Hilang Daya Ingatan antara Tanda Andropause

Akhir sekali, tanda yang mungkin berlaku kepada mereka yang mengalami masalah ini ialah hilang daya ingatan. Mereka menjadi cepat lupa. Mereka akan menjadi cepat lupa walaupun perkara tersebut dilakukan setiap hari.

Kesimpulannya, walaupun begitu sebaiknya berjumpalah dengan doktot untuk memastikan samada betul atau tidak Daddy menghadapi situasi ‘menopause’ ini.

Masaah ini tidak dapat dielakkan namun jawapan bagi mereka yang menghadapi masalah ini ialah pengamalan gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan simptom-simptom ini.

Makanlah makanan yang sihat, kerapkan bersenam, tidur yang cukup dan elakkan persekitaran yang stress dalam kehidupan seharian.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat terutamanya bagi mereka yang sedang mengalaminya. Selamat membaca!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Selain perkongsian di atas, terdapat lagi pelbagai info dan tips kesihatan menarik lain yang Mommy dan Daddy boleh ketahui di SINI!