Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenapa Bayi Tidak Boleh Makan Putih Telur?

Raw egg yolk

Tahun pertama dalam hidup bayi dipenuhi dengan peluang baru dan perkembangan yang menyeronokkan! Selain daripada belajar merangkak, bermain, meniru bunyi, bayi anda juga akan belajar menyukai makanan baru — selalunya cuba untuk makan makanan daripada pinggan anda bila. Walaupun anda akan ingin memberi mereka rasa secebis makanan anda, berjaga-jaga. Sesetengah makanan, seperti putih telur, boleh menyebabkan masalah yang serius untuk bayi anda.

Garis Panduan Pemakanan Bayi

Untuk 4 ke 6 bulan pertama, bayi anda hanya boleh minum susu ibu dan susu formula yang padat dengan zat besi. Dalam beberapa bulan pertama ini, sistem penghadaman bayi anda terus berkembang dan masih tidak boleh mengawal makanan pejal, seperti telur. Dalam usia 4 ke 6 bulan, mula kenalkan puree buah atau bijirin nasi hancur yang dicampur dengan susu ibu atau susu formula. Semakin bayi anda selesa dengan puree buah, kenalkan puree sayuran, daging dan kacang dalam usia 6 ke 8 bulan. Pada umur bayi anda 8 ke 10 bulan, tambahkan kuning telur ke dalam pemakanan bayi anda. Selepas merebus telur, buangkan kulit dan putih telur, dan gunakan garfu untuk memecahkan kuning telur sehingga kecil.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bayi dan Alahan Telur

Disebabkan alahan telur boleh menyebabkan gejala bahaya kepada kanak-kanak, kebanyakan pakar kanak-kanak tidak mengesyorkan putih telur untuk bayi anda sehingga mereka berusia 1 tahun. Putih telur mempunyai komponen yang boleh menyebabkan alahan, manakala kuning telur adalah lebih selamat. Pakar kanak-kanak anda akan mengesyorkan masa yang sesuai untuk memperkenalkan putih telur kepada bayi anda. Selepas memperkenalkan kedua-kedua putih dan kuning telur, perhati bayi anda untuk sebarang tanda reaksi alahan.Contoh symptom alahan makanan adalah seperti, ruam yang gatal, pembengkakan, ketidakselesaan, cirit-birit, dan muntah. Hubungi pakar kanak-kanak anda jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ini — atau dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika bayi anda mempunyai pembengkakan di kawasan mulut atau tekak atau kesukaran bernafas, atau muntah berlebihan.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Alahan vs. Sensitiviti

Website Majalah “Parents” mengatakan bukan luar biasa untuk bayi menunjukkan reaksi negatif pada kali pertama mereka makan telur. Dalam kebanyakan kes, reaksi negatif ini adalah sensitiviti kepada makanan, bukan alahan. Contoh symptom sensitiviti terhadapt makanan adalah seperti berangin, sembelit, atau muntah. Jika anda merasakan bayi anda mempunyai sensitiviti terhadap telur, elakkan telur untuk beberapa minggu sebelum secara perlahan, memasukkan telur ke dalam diet mereka.

Kembimbangan Lain

Pastikan putih telur atau kuning telur telah dimasak sepenuhnya sebelum bayi anda makan. Telur mentah atau kurang masak mungkin mengandungi salmonella, sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak memberi bayi anda apa-apa makanan yang mengandungi telur mentah, seperti ais krim buatan sendiri, mousse, atau adunan biskut atau kek mentah.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Gambar diambil daripada Kinetics.

Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.