Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak: Bapa Ceritakan Kepentingan “Bonding” Untuk Mengenali Anak Dengan Lebih Mendalam

Kredit gambar: Facebook Mohd Yazid Ismail

Luangkan masa ataupun bonding time bersama anak-anak kita ini harus kerap dilakukan. Dengan bonding, kita dapat mengenali anak dengan lebih mendalam seperti apa aktiviti kegemaran mereka, apa mereka tidak suka dan macam-macam lagi. Bonding time bersama anak bukan hanya bermain bersama mereka tau Mommy.

Ikuti perkongsian seorang bapa Encik Mohd Yazid di laman Facebook beliau dimana beliau sering luangkan masa untuk bersama dengan setiap anaknya dan kepentingan bonding.

Jom baca dengan lebih lanjut!

Hari Khas Untuk Bapa Dan Anak 

Highlighted

Kredit gambar: Facebook Mohd Yazid Ismail

Setiap tahun saya akan buat ‘special bonding session’ dengan anak-anak secara sorang demi sorang. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar makan malam berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang.

Hari ni saya buat ‘bonding session’ dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik Komuter lepas tu tukar naik MRT.

Tetapkan Giliran Untuk Anak-Anak

Sesi ‘bonding’ ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.

Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam.

Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.

Kepentingan Bonding Bersama Anak

Kredit gambar: Facebook Mohd Yazid Ismail

Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan sorang demi sorang. Borak lama-lama tanpa ‘gap’, macam-macam cerita keluar. Macam bercerita dengan kawan. Seronok mereka.

Kenapa Mereka Seronok?

Anak rasa dirinya

  • istimewa.
  • dihargai.
  • ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam.
  • Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.

Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.

Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.

Untuk baca dengan lebih lanjut boleh klik pada link di sini.

Kredit gambar: Facebook Mohd Yazid Ismail

Comel betul spend time bersama anak dan bapa. Jika kita tidak luangkan masa bersama, kita tidak akan kenal perwatakan seseorang itu. Lama-kelamaan anak kita juga membesar dan membentuk macam-macam perwatakan. Sebab itulah, Mommy dan Daddy harus melakukan bonding bersama anak-anak untuk kenal mereka dengan lebih mendalam dan kenali siapa mereka sebenarnya. Mesti banyak cerita mereka mahu luahkan!

Semoga dengan perkongsian yang mengamat hati oleh Encik Yazid ini, Mommy dapat laksanakan aktiviti bonding ataupun dapat idea bonding bersama anak-anak ini. Pastikan mereka sentiasa was-was dengan persekitaran mereka apabila membawa mereka jalan-jalan ke tempat awam. Jangan takut pada soalan-soalan mereka, Mommy patut bangga dengan mereka kerana mereka ada perasaan ingin tahu!

Selamat mencuba dan sentiasa berhati-hati ya Mommy~

Kredit: Facebook Mohd Yazid Bin Ismail