Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Ambil Mudah! Ini Kepentingan Vaksin Sebagai Pelindung Kesihatan Kanak-Kanak

kepentingan vaksin

Vaksinasi memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia dan kepentingan vaksin dalam melindungi kanak-kanak sememangnya tidak dapat disangkal.

Bahkan, sehingga ke hari ini, pengenalan vaksin yang meluas telah berjaya mengawal pelbagai penyakit berbahaya seperti hepatitis, pertussis, tetanus, meningitis, demam campak, dan cacar air. 

Walaupun keberkesanan vaksin telah terbukti benar, namun sayangnya, masih terdapat segelintir ibu bapa yang berasa ragu-ragu untuk membenarkan anak-anak mereka mengambil vaksin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mommy Daddy! Walaupun tubuh kita mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan secara semulajadi, akan tetapi dengan adanya vaksin ini, ia dapat membantu sistem imun mengenal pasti patogen yang lebih berbahaya dan mengelakkan komplikasi kesihatan yang serius.

Untuk bantu Mommy Daddy memahaminya dengan lebih jelas, kami kongsikan apakah kepentingan vaksin dalam melindungi anak-anak Mommy dan Daddy melalui entri di bawah!

Kepentingan Vaksin dalam Kehidupan Harian

Highlighted


Vaksin adalah salah satu daripada kaedah pencegahan penyakit yang paling berkesan dan selamat. 

Kalau Mommy dan Daddy nak tahu, di dalamnya mengandungi sejumlah kecil virus atau bakteria yang dilemahkan atau dibunuh untuk merangsang sistem imun tubuh manusia. 

Apabila tubuh kita mula menerima vaksin, ia akan menghasilkan antibodi yang dapat melawan penyakit sekiranya tubuh dijangkiti patogen sebenar pada masa hadapan. 

Kredit gambar: hq.moh.gov.my

Vaksinasi ini Mommy Daddy! Bukan sahaja melindungi individu yang divaksin, tetapi juga dapat melindungi komuniti keseluruhan melalui konsep imuniti kelompok

Jadi, apabila bilangan individu yang kebal terhadap penyakit meningkat, risiko penularan penyakit di kalangan orang yang tidak divaksin juga turut berkurang. 

Dengan cara ini, ia dapat membantu melindungi mereka yang tidak boleh divaksin atas sebab-sebab kesihatan tertentu.

Oleh sebab sekarang ini banyak penyakit baharu yang muncul dan berbahaya bahkan penyakit lama juga mula muncul kembali, selain mengharapkan imun tubuh semula jadi, langkah terbaik yang boleh Mommy Daddy lakukan untuk melindungi anak-anak adalah dengan vaksinasi supaya tubuh menjadi lebih kuat untuk melawan semua penyakit-penyakit ini.

Kepentingan Vaksin yang Diwajibkan di Malaysia

Kredit gambar: hq.moh.gov.my

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan jadual imunisasi wajib yang melibatkan vaksinasi untuk mencegah penyakit seperti batuk kering, hepatitis B, difteria, pertussis, tetanus, polio, dan demam campak. 

Kredit gambar: hq.moh.gov.my

Menariknya Mommy Daddy! Vaksin-vaksin ini diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak untuk memastikan anak-anak Mommy Daddy dilindungi dari penyakit yang berpotensi membawa maut.

Malah, vaksin pilihan yang lain, yang mana juga dianggap sama penting turut dapat diperoleh melalui pertubuhan perubatan swasta di seluruh negara.

Penyakit Vaksin Umur
Tuberculosis (TB) Batuk kering amat mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Ia boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan TB meningitis maut. Batuk kering juga boleh membawa kepada penyakit tulang. Vaksin BCG Diberi ketika lahir lagi pada usia tujuh tahun jika tiada parut BCG dikesan daripada vaksin masa kelahiran
Hepatitis B Hepatitis B adalah jangkitan virus yang boleh membawa kepada penyakit kuning. Jika tidak dirawat, ia juga boleh membawa kepada kanser hati. Tiga siri suntikan vaksin Hepatitis B dos pertama diberikan ketika lahir, diikuti oleh setiap satu bulan dan satu lagi di usia lima bulan
Difteria penyakit berbahaya yang menyebabkan halangan saluran pernafasan dan boleh membawa kepada kerosakan jantung dan otak. Vaksin DTP
Pertusis (batuk kokol) Pertussis mempunyai ciri-ciri yang teruk, sawan batuk berpanjangan yang boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru dan otak. Pada 2, 3 & 5 bulan; Suntikan pertama ditembak pada 18 bulan; suntikan kedua pada 6-7 tahun
Tetanus (kancing gigi) kekejangan otot yang menjadi begitu teruk dan boleh menyebabkan kematian.
Penyakit Vaksin Umur
Poliomyelitis (Polio) Melemahkan otot yang boleh membawa kepada lumpuh kaki. vaksin polio yang diberikan secara lisan atau termasuk dalam vaksin DTP
MeaslesHighly berjangkit, ciri-ciri ruam merah kecil, demam panas, batuk dan dalam beberapa kes, hidung berair. Vaksin MMR
MumpsHighly berjangkit bengkak pada kelenjar di belakang rahang. kes-kes yang teruk boleh menyebabkan kemandulan. Antara 12 hingga 15 bulan dan sekali lagi pada usia 7 tahun
Rubella
(German Measles) Rubella boleh diluluskan oleh wanita hamil kepada bayi mereka, menyebabkan kecacatan kelahiran.
Haemophilus influenzae B (Hib) Radang selaput di sekitar otak dan saraf tunjang (meningitis), radang paru-paru, bronkitis, bakteremia, jangkitan telinga, dan epiglottis. Vaksin Hib Diberikan pada usia 2, 3 dan 5 bulan; diberikan dengan DTP

 

Jadual Vaksin

Vaksin Melindungi daripada.. Punca terjadi Bilangan suntikan Waktu mengendalikan
Varicella Demam campak Virus varicella Dua dos, sekurang-kurangnya selepas sebulan Selepas umur satu tahun
Pneumococcal vaccine penyakit pneumokokal invasif Streptococcus pneumonia Antara usia 1-4, yang akan ditentukan oleh doktor anda Dua bulan hingga sembilan tahun
Meningcoccal A, C, Y, W-135 Meningitis Neisseria meningitidis Sekali setiap tiga hingga lima tahun Yang berumur lebih daripada dua tahun. Sangat digalakkan untuk Haji & Umrah
Cholera Cholera Vibrio cholerae Dua hingga tiga dos oral Dari umur 2 tahun
Typhoid Demam Typhoid Salmonella typhy Setiap 3 tahun Di atas dua tahun
Hepatitis A Hepatitis A Hepatitis A virus Dua, memandangkan jarak 6 bulan Di atas dua tahun
Influenza Influenza Influenza virus Setahun sekali Di atas 6 bulan
Rotavirus Gastroenteritis due to rotavirus Rotavirus Dua hingga tiga dos yang ditentukan oleh doktor anda Dari 6 minggu
Japanese encephalitis Japanese encephalitis Flavivirus dibawa oleh nyamuk culex Dua hingga tiga dos yang ditentukan oleh doktor anda Atas 18 bulan, tiga dos

Kepentingan Vaksin Pilihan 

Selain vaksin wajib ini Mommy Daddy! Terdapat juga vaksin pilihan yang turut disarankan oleh doktor bagi melindungi anak-anak Mommy Daddy daripada penyakit tambahan seperti rotavirus, influenza, dan meningitis.

Walaupun vaksin ini tidak disediakan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ia tetap memainkan peranan penting dalam mencegah komplikasi serius.

Sebagai contoh, vaksin rotavirus mencegah jangkitan gastrousus yang boleh menyebabkan dehidrasi teruk pada bayi, manakala vaksin pneumokokal mampu melindungi anak-anak Mommy Daddy daripada penyakit pneumokokal yang boleh menyebabkan meningitis dan radang paru-paru.

Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati dan ia sesuatu yang amat malang jika dicegah tidak dihalang oleh sesuatu yang mudah seperti vaksinasi. Berbincang dengan doktor anda hari ini!

Rotavirus dan Kepentingan Vaksinnya

Mommy Daddy pernah dengar tentang Rotavirus? Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah merebak melalui pencemaran, terutamanya apabila kebersihan tidak dijaga.

Virus ini boleh merebak melalui makanan dan air yang tercemar, serta melalui sentuhan langsung dengan permukaan yang tercemar oleh virus ini.

Kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami dehidrasi dengan cepat kerana kehilangan air dan elektrolit akibat muntah dan cirit-birit yang berpanjangan.

Kalau Mommy dan Daddy nak tahu, jangkitan rotavirus merupakan masalah serius yang menjangkiti bayi dan kanak-kanak kecil, terutamanya mereka yang berumur di bawah lima tahun.

Salah satu contoh terbesar ancaman rotavirus berlaku pada tahun 2012 di Utara Perak, di mana wabak besar menyebabkan lebih 3,000 individu terjejas dan dua kematian dilaporkan.

Kes-kes seperti ini menunjukkan betapa seriusnya kesan jangkitan rotavirus terhadap kesihatan bayi dan kanak-kanak kecil.

Virus ini memberi kesan besar kepada saluran gastrousus, menyebabkan anak-anak Mommy Daddy mengalami gejala seperti sakit perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.

Apabila tidak dirawat, jangkitan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang berbahaya, terutamanya pada bayi yang lebih muda.

Malah, jangkitan yang teruk boleh membawa kepada kemasukan ke hospital untuk rawatan melalui cecair intravena, dan dalam kes yang melampau, ia boleh mengancam nyawa. Bahaya kan?

Vaksin rotavirus adalah satu-satunya cara yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus ini.

Di pusat perubatan, vaksin ini diberikan secara oral dalam bentuk sirap kepada bayi, dan ia penting untuk diberikan sebelum bayi mencapai usia 8 bulan.

Dos pertama vaksin biasanya diberikan seawal usia 6 minggu, diikuti dengan dos seterusnya setiap 1 hingga 2 bulan.

Pemberian vaksin ini telah terbukti mengurangkan bilangan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital dengan ketara.

Menurut kajian, jumlah kemasukan ke hospital akibat rotavirus di Amerika Syarikat telah berkurang sebanyak dua pertiga sejak vaksin ini diperkenalkan.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan vaksin ini kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia sebagai langkah penting dalam mengurangkan kesan penyakit ini.

Di Malaysia, imunisasi ini belum diwajibkan, namun ia boleh didapati di hospital dan klinik swasta.

Mengapa Anda Perlu Pertimbangkan Imunisasi Rotavirus untuk Anak Anda

Dengan rotavirus yang mudah merebak di kalangan kanak-kanak kecil, imunisasi adalah langkah paling berkesan untuk mencegah jangkitan yang boleh menyebabkan kematian akibat dehidrasi teruk.

Walaupun tidak diwajibkan, vaksin ini dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan yang dialami oleh bayi dan keluarga mereka.

Di Malaysia, Mommy dan Daddy disarankan untuk berbincang dengan doktor tentang vaksin rotavirus, terutamanya bagi bayi yang baru lahir.

Pemberian vaksin ini tidak hanya melindungi bayi Mommy Daddy tetapi juga membantu mengurangkan penyebaran jangkitan di kalangan komuniti kanak-kanak kecil.

Imunisasi – Kepentingan Vaksin Sebagai Pelindung Kesihatan untuk Masa Depan

Mencegah penyakit melalui vaksinasi adalah langkah yang lebih baik daripada merawat penyakit apabila ia sudah berlaku.

Mommy Daddy digalakkan untuk berbincang dengan doktor mengenai jadual imunisasi anak-anak anda, termasuk vaksin wajib dan pilihan, untuk memastikan mereka mendapat perlindungan maksimum.

Kementerian Kesihatan juga memberi amaran bahawa mengabaikan vaksin pilihan boleh membawa risiko kesihatan yang besar kepada kanak-kanak dan keluarga.

Oleh itu, adalah penting untuk Mommy Daddy mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan vaksin yang disarankan oleh doktor yang bukan sahaja dapat melindungi anak-anak Mommy Daddy daripada penyakit berjangkit, tetapi turut membantu mengurangkan beban kesihatan kepada keluarga dan masyarakat.

Dengan mengikuti jadual vaksinasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan mempertimbangkan vaksin pilihan, Mommy Daddy dapat memastikan anak-anak mendapat perlindungan yang optimum.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!