Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kes HFMD Meningkat Mendadak: 12 Taska Dan Tadika Di Melaka Diarah Tutup Serta Merta, Selangor Masih Terkawal

Kredit gambar: Kiddy123

Pada 17 Mei lepas, Malay Mail melaporkan Malaysia telah merekodkan sebanyak 31,661 kes penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD), 15 kali ganda lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Tan Sri DG Hisham mengatakan majoriti kes berlaku di taska/tadika/rumah asuhan iaitu sebanyak 575 kes telah direkodkan. Ia diikuti oleh rumah persendirian dengan 305 kes, dan juga pusat jagaan kanak-kanak dengan 27 kes.

Disebabkan oleh kenaikan kes ini yang semakin mendadak, beberapa kerajaan negeri telah mengarahkan rumah asuhan ditutup serta merta untuk mengelakkan penyebaran wabak HFMD ini.

Highlighted


Menurut FreeMalaysiaToday, terdapat sebanyak 12 rumah penjagaan kanak-kanak telah ditutup di Melaka selepas 1,378 kes HFMD direkodkan setakat 14 Mei lalu.

Dilaporkan, peningkatan kes HFMD berlaku selepas sambutan Aidilfitri, sejurus pembukaan semula tadika, taska dan rumah asuhan kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata,

“Terdapat peningkatan sebanyak 1,322 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas, 95.5% kes melibat kanak-kanak di bawah umur enam tahun,”

Terdapat enam kes yang memerlukan kemasukan ke hospital berbanding minggu sebelumnya.

Turut dilaporkan, terdapat tiga kluster HFMD, dengan daerah Jasin mencatat bilangan tertinggi iaitu 11, empat di Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.

Menurut beliau lagi,

“Tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak melaporkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 12 kluster aktif,”

Kredit gambar: Mypt3

Sementara itu, kes HFMD di Selangor turut naik dengan mendadak, tetapi belum diputuskan untuk menutup mana-mana taska, tadika dan pusat asuhan. Ini disebabkan jumlah kes HFMD di negeri Selangor masih terkawal.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata Selangor mempunyai jumlah kes HFMD tertinggi iaitu 8,864 kes, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pesan untuk Mommy dan sekeluarga untuk sentiasa berwaspada dengan kes HFMD yang semakin meningkat setiap hari. Jika anak-anak ada gejala HFMD, segera berjumpa dengan doktor berdekatan. Dapatkan rawatan yang sepatutnya dan jika pusat jagaan atau asuhan tidak ditutup, asingkan anak-anak secepat mungkin dan tidak perlu hantar anak ke pusat jagaan.

Sama-sama kita jaga kebersihan, dan putuskan rantaian penyakit ini ya. Stay safe, Mommy!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!