Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak yang Ibu Bapa Selalu Buat

Kecoh bila ada sepasang suami isteri di Sungai Petani ini telah namakan anak-anak mereka dengan nama buah. Seorang nama Muhammad Dhury Yan, yang berumur 6 tahun, seorang lagi nama Nur Rambutt’an, 1 tahun.

Viral di media sosial dua-beradik yang mempunyai nama yang cukup unik dan lain dari yang lain. Mereka yang mempunyai nama yang seakan-akan buah-buahan tempatan mendapat perhatian netizen.

Highlighted

credit: PikBee

Wow. Nama buah pun boleh jadi nama anak eh sekarang ni? 

credit: Ohbulan

Netizen pula ada yang mengecam ibu bapa budak-budak ni sebab ala kesiannya la nama pelik. Cuba la bayang nanti budak-budak ni besar, tak ke ada budak-budak lain ejek? Ada pernah fikir ke?

Memanglah ibu bapanya okay je sebab bukan mereka yang ada nama pelik. Anak-anak ni yang kena hidup dengan nama tu sampai akhir hayat kot? Hari-hari kena kutuk dekat sekolah nanti tak ke “depressed” budak tu? Alahai.

Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,

kata Abi Amin Mahayadin, 40, bapa kepada Dhury Yan dan Rambutt’an.

Tahulah nak ikut pendapat tok-tok, tapi boleh ke tak kalau berfikir lebih sikit? Tak mintak lebih pun, fikir masa depan budak-budak ni je.

credit: Bahasa Arab

Anak-anak tu ada hak untuk dapatkan nama yang elok, yang bermakna.

Menurut Islam, kekeliruan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan dan kecuaian (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir.

Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai.

Islam juga melarang ibubapa untuk memberi nama anak dengan nama-nama yang langsung tiada makna! 

Dhury Yan dan Rambutt’an ni agak-agak ada makna ke tak? Saya bukanlah nak mengecam hak ibubapa ni untuk bagi nama anak-anak mereka tapi saya rasa ibubapa ni sangat la pentingkan diri sendiri. Sebab nak ikut sangat orang lama tu, anak-anak yang kena tanggung malu. Saya berani jamin yang bila budak-budak ni dah besar nanti dah masuk sekolah, mereka memang akan kena ejek. Alah, nama normal pun kena kutuk apatah lagi nama pelik macam mana.

Pesanan buat ibu bapa. 

Lepas ni, kalau nak bagi nama anak yang fancy pun silalah berfikir dulu. Elok ke nama anak aku ni? Takpe ke bagi nama anak aku macam ni? Tak kena ejek ke dekat sekolah nanti?

JANGAN JADI SELFISH BOLEH KE TAK?

Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!