Setiap orang yang bergelar ibu dan bapa pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak mereka.
Bukan sahaja perkembangan fizikal, malah perkembangan dari segi kemahiran dan potensi diri juga turut menjadi keutamaan dalam memastikan anak-anak membesar dengan sebaiknya.
Tahukah Mommy, bahawa kesedaran diri juga termasuk dalam salah satu kemahiran yang perlu ada pada seorang kanak-kanak yang sedang membesar.
Perkongsian kali ini akan berkongsi tentang kesedaran diri dalam kalangan kanak-kanak. Ikuti kupasan di bawah!
Apa Itu Kesedaran Diri?
Kesedaran diri ialah satu kemahiran untuk memahami perasaan dan pemikiran sendiri. Selain itu, kesedaran diri juga termasuklah kemahiran untuk memahami pemikiran orang lain terhadap diri dan sikapnya.
Kemahiran ini akan membantu anak Mommy mengoptimumkan potensi yang ada pada dirinya. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran kesedaran diri ini akan dapat mengawal fikiran dan perasaan mereka dengan lebih baik.
Ini bermaksud mereka tidak akan mudah terbawa dengan emosi dan perasaan mereka sendiri.
Cara Untuk Meningkatkan Kesedaran Diri Anak
#1. Beri Contoh yang Baik
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan kesedaran diri anak Mommy adalah melalui teladan yang baik.
Maksudnya, Mommy perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak Mommy bagaimana Mommy menguruskan situasi harian dengan tenang dan positif.
Kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian. Jadi, cara bagaimana Mommy berhadapan dengan kejadian yang tidak menyenangkan serta mengawal kemarahan akan memberi gambaran awal kepada anak-anak bagaimana untuk mereka bereaksi sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama.
#2. Terima dan Akui Emosi Anak
Fahami perasaan serta emosi anak Mommy adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran diri kanak-kanak.
Jangan sesekali membuat mereka malu di hadapan orang lain dengan mempermainkan perasaan mereka. Emosi yang ditunjukkan akan membantu mereka mengawal diri dan meluahkan perasaan mereka dengan lebih baik.
Di samping itu, ianya juga akan membantu mereka untuk menguruskan dan memahami emosinya sendiri.
#3. Empati kepada Anak
Apabila Mommy menunjukkan sikap empati kepada anak Mommy, mereka akan merasa lebih selamat dan akan membantu mereka membina keyakinan diri sendiri.
Sikap empati ini akan mengajar anak Mommy bahawa emosi dan perasaan mereka adalah penting. Tidak perlu malu untuk meluahkan apa yang mereka rasa.
Ingatkan mereka bahawa tidak mengapa jika sesekali tidak sempurna.
#4. Beri Kebebasan untuk Anak Berkomunikasi
Jangan sesekali sekat atau hadkan komunikasi anak-anak. Maksudnya, galakkan mereka untuk bercerita atau meluahkan perasaan mereka kepada Mommy.
Selain itu, beri kebebasan kepada mereka untuk menyatakan pendapat mereka tanpa perlu risau tentang apa yang Mommy fikirkan.
Raikan pendapat mereka dengan menyatakan kegembiraan Mommy apabila mereka ingin berbincang tentangnya dengan Mommy.
#5. Beri Perhatian dan Jadi Pendengar yang Baik
Cara yang seterusnya untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan anak Mommy ialah beri perhatian dan jadi pendengar yang setia semasa mereka mereka meluahkan perasaan atau berkongsi pendapat.
Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu cara untuk memahami anak Mommy serta tingkah laku mereka dengan lebih baik.
Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi. Sekaligus akan meningkatkan harga diri mereka.
#6. Pupuk Kesedaran dalam Diri dengan Lakukan Aktiviti Muhasabah Diri
Selain itu, Mommy juga boleh cuba lakukan aktiviti muhasabah diri pada setiap hari. Pilih satu waktu sebelum tidur untuk bersama-sama lakukan aktiviti ini.
Semasa aktiviti ini, galakkan anak Mommy untuk menggambarkan tentang harinya pada hari tersebut dan juga minatnya.
Aktiviti ini dapat membantu mereka untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang boleh mereka perbaiki di kemudian harinya.
#7. Kemahiran Meramal dan Menjangka
Cara yang terakhir yang boleh dilakukan adalah melalui kemahiran meramal dan menjangka. Sebelum anak Mommy melakukan sesuatu, contohnya menyertai pertandingan atau menduduki peperiksaan tanya mereka apakah jangkaan dan ramalan mereka.
Adakah mereka dapat lakukannya dengan baik atau apakah jangkaan mereka semasa melakukan perkara tersebut. Ini akan membantu mereka menilai potensi diri mereka sendiri.
Selain itu, kemahiran ini juga boleh membantu mereka mengembangkan kesedaran diri mereka dalam semua aspek kehidupan.
Kesimpulannya, anak yang mempunyai kemahiran ini akan mempunyai kesihatan mental yang lebih baik. Bukan itu sahaja, anak Mommy juga akan memperoleh kebaikan yang lebih menyeluruh dan memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal mereka.
Oleh itu, jangan lupa ya Mommy untuk cuba cara di atas supaya anak Mommy memperoleh kesedaran diri.
Selamat mencuba!
Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik.
Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.
Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan keibubapaan menarik yang lain di SINI!