Buaian adalah kelengkapan penting untuk bayi dan memudahkan ibu bapa dalam menjalani aktiviti seharian.
Buaian dapat membantu si kecil tidur dengan cepat. Disarankan untuk tidak biasakan si kecil tidur di bawah ketiak Mommy, kerana boleh mengganggu aktiviti harian dan juga emosi.
Terdapat pelbagai jenis buaian di pasaran termasuk buaian konvensional, buaian elektrik, dan buaian mudah alih.
Berikut adalah beberapa tips dalam memilih buaian yang sesuai untuk bayi Mommy.
Tips Memilih Buaian Bayi Yang Sesuai dan Selamat Buat Si Comel
Highlighted
1. Bajet
Sebagai ibu bapa yang suka merancang dan mengawal perbelanjaan, ini sangat penting. Pertimbangkan bajet Mommy sebelum membeli buaian bayi yang diingini.
Jangan beli hanya kerana trend atau untuk bersaing dengan ibu bapa lain. Sebaliknya, pilih buaian bayi untuk keselesaan tidur mereka.
Paling penting, Mommy perlu ingat bahawa mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus.
2. Jenis Buaian
Dengan perkembangan teknologi masa kini, buaian bayi turut mengikuti trend. Kini terdapat buaian bayi yang dapat membuai sendiri tanpa perlu campur tangan Mommy.
Bagi yang lebih tradisional dan tidak gemar menggunakan teknologi, masih terdapat pilihan buaian bayi jenis tradisional yang digantung dan dihayun sendiri.
Jika ingin sedikit kelainan, Mommy boleh memilih buaian bayi yang dilengkapi dengan pemain muzik.
Pilihla jenis buaian yang terbaik untuk si comel Mommy.
3. Saiz
Saiz buaian penting untuk mempertimbangkan keluasan rumah dan ruang yang sesuai untuk meletakkan buaian. Jika ruang terhad, buaian yang terlalu besar mungkin akan memakan ruang, jadi Mommy perlu membuat pilihan yang bijak .
Selain itu, jika rumah Mommy mempunyai siling yang terlampau tinggi, buaian gantung tidak sesuai dijadikan pilihan buaian untuk si bayi.
Paling penting saiz buaian tersebut sesuai untuk berat badan dan umur anak Mommy!
4. Material
Penting untuk memilih buaian yang dibuat daripada bahan yang kukuh dan tahan lama. Mommy mungkin ingin menggunakan buaian untuk tempoh yang lama, dan dengan kualiti yang baik, anda boleh menyimpannya untuk kegunaan pada masa depan tanpa perlu membeli yang baru.
Meskipun harga buaian yang murah mungkin menarik perhatian, tetapi pastikan periksa dahulu bahan yang digunakan adalah kukuh dan tahan lama.
Buaian plastik sangat tidak digalakkan ianya mungkin mengandungi bahan yang merbahaya untuk si bayi.
5. Keselamatan
Ini merupakan tip yang sangat penting, kerana keselamatan buaian bayi adalah faktor utama dalam menjamin keselamatan bayi Mommy.
Oleh itu, pastikan untuk memeriksa ciri keselamatan buaian bayi, seperti adanya ‘harness’ untuk mencegah bayi dari jatuh.
Jika masih ragu-ragu, pilihlah buaian yang lebih rendah atau yang mempunyai tempat daratan lembut di bawahnya untuk mengurangkan risiko cedera jika bayi terjatuh dari buaian.
Walaupun proses pemilihan mungkin mengambil masa, tetapi berusaha untuk memilih buaian bayi yang terbaik adalah berbaloi demi memastikan bayi tidur dengan nyenyak dan aman.
6. Mudah dibawa ke mana-mana
Jika Mommy sering bergerak ke pelbagai tempat, seperti melawat rumah keluarga di kampung, memilih buaian yang mudah alih adalah pilihan yang bijak.
Pilih buaian yang mudah dilipat, bersaiz kompak, dan dapat dimasukkan ke dalam ruang kereta.
Mommy tak perlu la membeli sehingga dua atau tiga buaian bayi yang berbeza. Gunakan buaian mudah alih yang mudah dipasang dan tidak rumit.
Semoga perkongsian ini membantu Mommy untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai artikel yang menarik tentang keperluan bayi di SINI.