Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips untuk Keselamatan Permainan Anak

kanak-kanak bermain

Jaga bayi anda daripada tercekik dan ancaman lain dengan ikuti langkah penting setiap kali anda membeli mainan baharu.

Daripada Lynn Yoffee,

Pilih mainan yang akan menceriakan bayi anda, tetapi penting untuk keselamatan juga.

American Academy of Family Physicians dan American Academy of Pediatrics mencadangkan anda pertimbangkan keselamatan mainan tersebut terlebih dahulu, faktor yang melibatkan kanak-kanak dengan isu semasa dalam berita tentang mainan yang beracun.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Highlighted

gambar daripada kidsmall.bg

10 tips mainan yang selamat

  • Elakkan mainan yang tajam
  • Asingkan mainan untuk kanak-kanak daripada bayi
  • Kanak-kanak lebih suka merosakkan mainan, jadi pilih mainan yang lebih kukuh dan tidak mempunyai bahagian yang senang tertanggal.
  • Beli mainan yang bersesuaian mengikut umur. Baca pada label, dan jika ia tidak menyarankan untuk kanak-kanak bawah umur tertentu, jangan belikan untuk bayi anda.
  • Cari mainan yang boleh dibasuh atau mempunyai perkataan tidak beracun pada label, kebiasaannya mainan bayi memasukkan mainan ke dalam mulutnya.
  • Kurangkan risiko tercekik dengan tidak membeli mainan yang mempunyai bahagian yang kecil daripada 1.75 inch untuk bayi dan kanak-kanak. Arahan utama: sebarang objek yang boleh muat dalam gelung tisu tandas yang kosong ialah barang yang mudah tercekik dan perlu jauhkan daripada dicapai. Mainan yang mempunyai manik-manik perlu dielakkan juga, kerana bayi boleh tercekik atau sesak nafas jika mana-mana manik tersebut tertanggal dari mainan tersebut dan akhirnya termasuk ke dalam mulut bayi.
  • Jauhkan daripada mainan yang mempunyai tali, atau riben yang longgar kerana ia boleh terbelit pada leher bayi.
  • Elakkan pistol mainan atau mainan lain yang boleh menembak objek. Walaupun pistol yang biasa mampu menembak objek plastik boleh mencederakan mata dan mudah tercekik.
  • Beli mainan elektrik yang disahkan oleh UL, dan jangan benarkan anak anada menggunakan mainan yang menggunakan elektrik kerana ia mudah terkena renjatan dan terbakar,
  • Hati-hati dengan bekas mainan. Ia boleh tersepit jari kecil mereka dan kanak-kanak mudah memanjat masuk lalu terkurung dan sesak nafas.

Isu keselamatan permainan yang lain: elakkan mainan yang mempunyai riben, tali, wayar atau apa-apa yang tergantung yang boleh menjerat bayi anda. Arahan utama, jauhkan semua mainan dari katil bayi anda sebelum bayi anda tidur.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Peraturan yang terbaik untuk keselamatan permainan

Pakar kanak-kanak dari American Academy mengingatkan ibu bapa yang membeli mainan untuk kanak-kanak supaya membaca label terlebih dahulu. Juga pastikan anda dan anak anda tahu cara menggunakan mainan tersebut sebelum bermain. Gunakan akal logic juga dengan memilih mainan yang kukuh dan tahan lasak, elakkan cepat rosak.

Anda juga kemungkinan suka melihat anak anda mengikut jejak langkah Einstein, elakkan barang yang ada bahan kimia dan lain-lain seperti:

  • Tidak bersesuaian dengan peringkat umur
  • Mudah terbakar
  • Terdapat bahan kimia

Ini adalah antara mainan yang bertoksin untuk kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahami apa itu bahaya.

 

Artikel ini dipetik daripada www.everydayhealth.com