Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ajaibnya! Ini Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Suami Isteri

khasiat buah delima

Kredit gambar : indofresh.co.id

Buah delima merupakan makanan sunnah yang mengandungi pelbagai khasiat penting kepada sistem tubuh badan kita. Malah, khasiat buah delima ini juga bukan sahaja untuk kesihatan tubuh tetapi ia turut memberi manfaat kepada kecantikan diri.

Oleh itu, melalui perkongsian kali ini kita akan membincangkan mengenai khasiat buah delima dan kebaikannya kepada kesihatan tubuh.

Mengenai Buah Delima

Pokok buah delima telah dikategorikan dalam kumpulan tumbuhan renek dan berasal dari kawasan Asia Barat Daya.

Ia tumbuh secara semulajadi yang kemudiannya ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis buah delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.

Buah delima atau nama saintifiknya ‘Punica Granatum’ merupakan buah yang mengandungi nilai nutrisi yang begitu tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang diselaputi isi berbentuk prisma dimana tekstur isinya lembut dan berair.

Buah yang kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin ini, memainkan peranan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu.

Kehebatan khasiat buah ini telah meraih perhatian bukan sahaja dalam bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak kajian yang telah diterbitkan berkenaan kebaikan biji, isi mahupun kulit buah delima.

  • Delima lebih terkenal dengan kandungan yang kaya dengan antioksidanya. Selain daripada vitamin C, komponen anti radang, antimikrob dan anti mutagenic, di dalam buahnya juga mengandungi polifenol seperti asid gallic, asid ferulic dan catechin.
  • Isi atau jus buah delima pula sangat kaya dengan fruktosa, glukosa dan sukrosa, asid malik, asid sitrik, dan asid fumarik, tannin, fenolic dan antioksida, sementara kulit buah delima lebih tinggi dengan kandungan flavanoid, anthocyanin dan asid askorbik.
  • Bahagian batang dan akar pokok delima pula mengandungi bahan alkaloid yang digunakan dalam perubatan tradisional dan juga membantu dalam rawatan cacing di dalam usus kita.

Senarai Khasiat Buah Delima

#1. Rawatan dan pencegahan kanser

Highlighted


Terdapat banyak kajian dilakukan bagi membuktikan kemampuan buah delima dalam merawat kanser seperti, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru.

Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain-lain mekanisme sel kanser.

#2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida selain meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL) bagi pesakit hiperlipidemia.

Kawalan kolesterol darah yang normal boleh mengurangkan risiko kita daripada mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, diabetes dan strok.

#3. Osteoarthritis

Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mendatangkan ketidakselesaan dan menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Sifat anti radang yang terkandung dalam buah delima dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit.

#4. Rheumatoid arthritis

Kredit gambar: creakyjoints.org

Bahan anti radang yang terkandung dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang yang sering berlaku kepada pesakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan.

#5. Antimikrob atau antifungal

Kredit gambar: timesofindia.indiatimes.com

Sifat antimikrob atau antifungal dalam buah delima dapat membantu dalam perawatan yang disebabkan oleh bakteria mikrob dan fungal contohnya, jangkitan candida dan bakteria E. coli yang biasanya menyebabkan kejadian cirit birit.

#6. Kesihatan mulut

Kesihatan mulut amat penting kepada setiap individu bagi meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Bau mulut disebabkan oleh bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria yang terkandung di dalam buah delima dapat membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.

#7. Penyembuhan luka

Kredit gambar: hot.liputan6.com

Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama komponen kimia buah delima dapat membantu mempercepatkan proses pembaikan sel di bahagian yang luka.

#8. Masalah kesuburan

Buah delima dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.

Malah, terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat setelah mengmalkan pemakanan buah delima manakala bagi kesuburan wanita pula, buah ini membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh mereka.

#9. Alzheimer

Kredit gambar: www.healthline.com

Buah delima yang tinggi kandungan polifenol dikatakan boleh membantu dalam memelihara sel-sel neuron otak.

Kajian yang telah dilakukan ke atas haiwan turut membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima.

Walau bagaimanapun, lebih kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mekanisme bahan yang terdapat dalam buah delima ini benar-benar bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer.

#10. Sumber tenaga

Kandungan fruktosa di dalam buahnya menyumbang kepada kepantasan sumber tenaga seseorang individu.

100gm bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7gm karbohidrat dan 13gm gula sementara protein dan lemak lebih kurang 1-2gm.

Oleh sebab itu, seandainyanya kita minum jus delima, ia boleh membekalkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.

#11. Melegakan sakit sendi

Kredit gambar: www.klikdokter.com

Buah ini mempunyai sifat anti radang yang mampu menyembuhkan sakit sendi.

#12. Menurunkan tekanan darah

Kredit gambar: food.detik.com

Jus buah delima yang mempunyai antioksidan polifenol boleh melawan aterosklerosis serta melegakan radang pembuluh darah di mana ianya berupaya menurunkan tekanan darah tinggi.

#13. Meningkatkan imun badan

Ia juga turut mempunyai kandungan Vitamin C yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan dan melindungi diri dari jangkitan penyakit.

#14. Menurunkan berat badan

Kredit gambar: berkeluarga.id

Selain itu, kandungan serat yang tinggi di dalamnya juga sangat sesuai buat anda yang dalam proses penurunan berat badan. Ia akan membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama.

#15. Melembapkan kulit

Malah, buah delima juga mampu memberi kelembapan kepada kulit dan mengurangkan penuaan.

Buah delima sangat kaya dengan kebaikan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan manusia. Isinya yang manis akan meningkatkan lagi potensi buah ini supaya senang diterima sebagai makanan dan minuman berkhasiat bagi meningkatkan lagi status kesihatan kita.

Semoga perkongsian artikel yang mengupas mengenai kebaikan buah delima ini dapat membantu anda mengenali khasiat buah delima ini dengan lebih baik.