Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Khasiat Bunga Cengkih Untuk Kesihatan, Jom Amalkan! Rugi Jika Ramai Tidak Tahu

Bunga cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum, adalah pucuk bunga kering iaitu rempah-ratus yang selalu digunakan dalam masakan.

Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.

Mommy tahu tak, bunga cengkih juga mempunyai khasiat untuk kesihatan. Lepasni, dengan menggunakan bahan yang ada dirumah juga mampu membantu bagi merawat sesetengah masalah kesihatan tanpa mengeluarkan modal yang mahal.

Mari Min kongsikan khasiat bunga cengkih agar memberi manfaat kepada Mommy.

15 Khasiat Bunga Cengkih

#1. Membantu mencegah penyakit kanser 

Kajian mendapati bunga cengkih dapat membantu melawan penyakit kanser. Eugenol dan oleanolic acid yang ditemui di dalam cengkih mempunyai ciri-ciri antikanser.

#2. Mencegah keracunan makanan

Cengkih didapati mempunyai ciri-ciri antimikroorganisma, dimana ianya mampu menghentikan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria.

Kajian tabung uji menunjukkan minyak cengkih mampu membunuh bakteria yang seperti E.Coli. iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan.

Highlighted


#3. Masalah mulut berbau

Aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut.

Ia digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam penghasilan ubat gigi, cengkih boleh dimasukkan dalam minuman atau makanan setiap hari, untuk mengatasi masalah nafas berbau.

#4. Boleh membantu mengawal gula dalam darah

Pengambilan cengkih juga mampu menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal.

Kajian mendapati cengkih dan komponen nigericin yang terdapat di dalam cengkih mampu meningkatkan penggambilan gula dari darah kepada sel.

#5. Meningkatkan kekuatan tulang

Semakin meningkat usia, seseorang juga lebih berisiko untuk mengalami masalah tulang rapuh atau osteoporosis. Salah satu puncanya ialah kekurangan khasiat dalam makanan yang boleh mengekalkan kesihatan tulang.

Bunga cengkih padat dengan mineral yang baik bagi menguatkan tulang iaitu manganese dan eugenol.

#6. Mengurangkan risiko ulser perut

Penyakit ulser perut atau ‘peptic ulcer’ terjadi apabila lapisan yang melindungi dinding perut terhakis.

Sebuah kajian mendapati pengambilan bunga cengkih dapat meningkatkan penghasilan mukus gastrik yang bertindak sebagai pelindung dinding perut.

Ia juga dilihat mampu memberikan kesan yang sama dengan ubat anti-ulser dalam mencegah ulser perut.

#7. Bagus untuk sistem pencernaan 

Minyak cengkih amat bagus dalam memastikan kelancaran pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan – untuk memastikan proses penghadaman tidak tersekat.

Ia juga sangat berkesan dalam membantu menghilangkan ketidakselesaan perut seperti cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin, sembelit dan sebagainya.

#8. Kaya dengan antioksidan

Khasiat antioksida adalah penting bagi melindungi badan daripada radikal bebas dan penyakit.

Mommy tahu, satu kajian juga telah mendapati eugenol yang terkandung dalam bunga cengkih juga berfungsi sebagai antioksida lima kali lebih berkesan daripada vitamin E.

#9. Baik untuk kesihatan mata 

Bunga cengkih juga kaya dengan beta karoten iaitu sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

#10. Melegakan kembung perut

Asid yang terkumpul secara berlebihan akan mengakibatkan masalah kembung perut. Antara punca kembung perut adalah sering makan lewat atau secara tidak teratur dan pemakanan kurang sihat yang terlalu banyak.

Untuk melegakan kembung perut, cuba kunyah 2 biji bunga cengkih dan minum segelas air sebelum tidur pada setiap hari.

#11. Mengurangkan masalah batuk 

Air rendaman bunga cengkih sangat bagus diminum ketika mengalami batuk yang teruk dan masalah kesihatan akibat dijangkiti Covid-19.

Sangat memberikan kesan yang baik, iaitu sakit tekak cepat reda dan senang nak bernafas.

#12. Melegakan kekejangan dan kesakitan ketika haid

Kekejangan perut disebabkan kesakitan ketika haid adalah satu mimpi ngeri bagi kaum hawa. Ketidakselesaan itu menjadikan mereka cepat marah dan sering moody.

Minyak cengkih merupakan diantara minyak pati yang dapat melegakan kekejangan dan kesakitan ketika haid.

Masih ramai wanita yang tidak tahu kandungan eugenol dalam bunga cengkih mampu melegakan simptom dan pendarahan ketika haid.

#13. Melegakan sakit kepala

Cengkih dipercayai berkesan untuk mengurangkan sakit kepala. Pengambilan teh berperisa cengkih juga dapat menghilangkan masalah tersebut dengan mudah sambil menyegarkan badan.

#14. Membantu melegakan penyakit pernafasan

Perubatan tradisional menggunakan cengkih sebagai bantuan pernafasan. Cengih sering digunakan di dalam the di Asia untuk membantu dan merawat batuk.

Selain itu, terdapat juga aroma terapi yang menggunakan cengkih yang dipanaskan sebagai satu cara merawat masalah pernafasan seperti batuk, asma, bronchitis dan resdung.

Mengunyah cengkih dapat mengubati sakit tekak dan keradangan pada saluran pernafasan. Dengan campuran bersama madu, ianya mampu meredakan kesesakan nafas.

#15. Meningkatkan imuniti badan

Pucuk bunga cengkih yang kering dapat membantu dalam meningkatkan sistem imun dan meningkatkan kiraan sel darah putih.

Peningkatan sel darah putih boleh mengurangkan hipersensitif badan kepada agen asing yang menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi semula jadi badan.

Jangan lupa, manfaatkan khasiat bunga cengkih untuk kesihatan seisi keluarga yang lebih baik.


Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan ibu bapa yang menarik di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.