Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Chia Seed Penting Untuk Kecantikan dan Kesihatan Tubuh

khasiat chia seed

Kredit gambar: www.bebeautiful.in

Ramai sebenarnya yang belum tahu apa itu chia seed dan khasiat chia seed untuk kesihatan tubuh manusia. Biji chia atau chia seed ini biasanya akan dicampur ke dalam beberapa hidangan atau boleh sahaja dimakan mentah dengan cara merendamnya dahulu sebelum dimakan.

Melalui beberapa penyelidikan, didapati chia seed mempunyai pelbagai khasiat kepada tubuh. Bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi kanak-kanak juga boleh mengambil chia seed dalam diet harian mereka.

Terdapat banyak khasiat chia seed untuk kesihatan dan bagi mengetahui dengan lebih lanjut apakah khasiat chia seed atau kebaikan chia seed ini, ikuti perkongsian ini!

Apa Itu Chia Seed dan Khasiat Chia Seed 

Highlighted

Kredit gambar: www.timesnownews.com

Ciri-ciri yang terdapat pada chia seed ini adalah seperti bentuknya yang bulat kecil, mempunyai warna hitam, coklat ataupun putih dan ia dituai daripada tumbuhan berbunga yang tergolong dalam kumpulan keluarga pudina dikenali sebagai Salvia hispanica yang berasal dari Mexico dan Guatemala.

Antara cadangan dos untuk pengambilan biji chia ini adalah sebanyak 20 gram atau lebih kurang 1.5 sudu besar dua kali sehari.

Anda juga digalakkan untuk mengambil air minuman yang banyak selepas memakannya bagi tujuan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan pada sistem pencernaan.

Chia seed juga sangat kaya dengan kandungan nutriennya iaitu dua sudu besar atau lebih kurang 28 gram biji chia mengandungi lebih kurang atau kira-kira 140 kalori, 11 gram serat, 7 gram lemak tak tepu, 4 gram protein, 18% RDA untuk kalsium termasuk zink dan juga tembaga.

Selain itu, bagi anda yang belum tahu, chia seed juga merupakan sumber tumbuhan paling kaya dengan asid lemak omega-3, protein lengkap, dan mengandungi kesemua sembilan asid amino penting di mana ia tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia.

Kelebihan Chia Seed

Kredit gambar: blog.decathlon.in

Berikut merupakan khasiat chia seed ataupun kegunaan chia seed iaitu:

#1. Merawat Masalah Kulit

Kredit gambar: www.honorbodyscrubs.com

Antara kegunaan chia seed adalah ia mampu merawat banyak masalah berkaitan kulit. Contohnya perubahan warna kulit yang tidak sekata, bintik hitam, garis-garis halus, kedutan dan banyak lagi.

#2. Anti Penuaan

Kredit gambar: www.stylecraze.com

Selain itu, kelebihan chia seed juga adalah ia boleh mencegah penuaan di mana ia dapat menghalang kulit dari radiasi atau sinar UV.

#3. Mengawal Kadar Gula Darah

Kredit gambar: www.insider.com

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa biji chia juga mampu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin di mana keadaan ini dapat membantu tubuh mengawal dan menstabilkan kadar gula darah setelah makan.

#4. Kelebihan Chia Seed Yang Mampu Menggalakkan Pertumbuhan Rambut

Kredit gambar: www.goodmorningamerica.com

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah rambut, amalkan memakan chia seed ini kerana ia mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi di mana ia berupaya meningkatkan aliran darah di bahagian kulit kepala yang berupaya menggalak dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

#5. Berupaya Mencegah Masalah Sembelit

Kebaikan chia seed seterusnya adalah ia mampu mencegah dan menyembuhkan masalah sembelit. Hal ini turut dipersetujui oleh beberapa kajian di mana hasil dapatan kajian tersebut membuktikan bahawa chia seed mengandungi serat tinggi baik untuk sistem pencernaan.

#6. Kesihatan Tulang dan Gigi

Ia juga berupaya memperbaiki kesihatan tulang dan gigi agar kekal sihat dan kuat.

#7. Mengurangkan Berat Badan

Kredit gambar: www.stylecraze.com

Bagi anda yang sedang mengurangkan berat badan, sangat elok jika anda amalkan chia seed ini kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar dan membuat anda rasa kenyang dengan cepat.

Antara cara makan chia seed untuk kurus adalah dengan mencampurkannya ke dalam yogurt dan diminum pada waktu pagi.

#8. Kaya dengan Sumber Protein

Antara kebaikan chia seed yang lain adalah ia sangat kaya dengan sumber protein dan juga omega 3 untuk kesihatan tubuh yang lebih baik.

#9. Khasiat Chia Seed Dalam Membantu Tidur Menjadi Lebih Nyenyak

Kredit gambar: www.premiersportsmedicine.com.au

Kandungan omega yang terdapat dalam chia seed juga dapat mengurangkan stress pada tubuh dan membantu tidur menjadi lebih tenang dan nyenyak.

#10. Kebaikan Chia Seed untuk Kesihatan Kardiovaskular

Kredit gambar: eatwithclarity.com

Seterusnya kebaikan chia seed adalah ia mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi.

Asid lemak ini berupaya dalam memberi kesan baik kepada kesihatan kardiovaskular seperti menurunkan kolesterol, mengawal irama jantung dan tekanan darah, mencegah pembekuan darah serta mengurangkan keradangan.

Oleh itu, berdasarkan info mengenai khasiat chia seed ini, mulakan hari anda dengan sentiasa mengamalkan chia seed yang penuh kebaikan ini berdasarkan dos yang betul  untuk kesihatan dan kecantikan.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info menarik berkaitan kesihatan dan kecantikan di SINI!