Ibu, Bayi & Kanak Kanak

13 Khasiat Cuka Epal Yang Ramai Tak Tahu – Salah Satunya Boleh Juga Digunakan Untuk Wajah!

khasiat cuka epal

Kredit gambar: www.nona.my

Khasiat cuka epal ternyata begitu banyak untuk dikupas dan terbukti sangat bermanfaat dari segi kecantikan dan kesihatan. Ia dihasilkan daripada proses penapaian iaitu dengan cara menghancurkan buah epal.

Cuka epal mengandungi kandungan mineral seperti vitamin A, C, E, B1 dan B2, potasium, kloride, sodium, kalsium, magnesium dan fosforus yang sangat tinggi dalam membantu kesihatan tubuh.

Untuk mengetahui mengenai cuka epal khasiat dan kebaikannya pada tubuh, di bawah ini kami telah kongsikan beberapa manfaat yang boleh diperoleh apabila anda mengamalkan pengambilan cuka epal secara teratur dan betul. Jom lihat!

Khasiat Cuka Epal Pada Tubuh Manusia

Highlighted

Kredit gambar: www.benashaari.com

Berikut merupakan khasiat minum cuka epal pada kesihatan dan kecantikan iaitu:

#1. Cuka Epal Merupakan Antioksidan

Mengandungi sebatian bioaktif yang membantu melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel DNA.

#2. Cuka Epal Khasiatnya Dapat Membuang Ketuat

Kredit gambar: www.holladaydermatology.com

Cuka epal kaya dengan asid asetik yang boleh digunakan untuk merawat ketuat. Caranya dengan menyapu cuka epal pada ketuat, kemudian tutup ketuat tersebut dan biarkan semalaman sebelum membukanya pada waktu pagi.

Ulang proses tersebut setiap malam selam seminggu atau sehingga ia mati dan tertanggal.

#3. Khasiat Cuka Epal Dalam Menurunkan Berat Badan

Asid asetik yang terkandung didalam cuka epal akan mengganggu kemampuan tubuh dalam mencerna kanji.

Ia menyebabkan jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori lebih sikit seterusnya memberi perubahan kecil keatas berat badan seseorang.

#4. Menurunkan Tekanan Darah

Kredit gambar: www.honestdocs.id

Cuka epal menolong menyeimbangkan kadar Ph dalam tubuh, seterusnya membantu merendahkan tekanan darah seseorang yang mengamalkannya

Cuka epal juga berupaya memecah simpanan lemak dan kahak dalam tubuh membolehkan darah berjalan dengan lancar seterusnya membantu arteri dari menghadapi tekanan yang lebih.

#5. Mengurangkan Kolesterol Jahat

Kandungan pektin, iaitu serat yang yang terdapat dalam epal dipercayai mampu menurunkan tahap koleterol dalam tubuh.

#6. Mencegah Penyakit Jantung

Kredit gambar: www.samhoustonheart.net

Cuka epal mengandungi asid klorogenik yang membantu melindungi seseorang daripada serangan jantung.

#7. Penyembuh Candida atau Jangkitan Kulat

Enzim-enzim di dalam cuka epal merupakan anti-kulat yang berupaya mencegah kehadiran candida yang sering timbul di permukaan kulit disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat.

#8. Khasiat Cuka Epal Dalam Merawat Pedih Ulu Hati

Kredit gambar: healthnewshub.org

Cuka epal mempunyai persamaan dengan asid semulajadi dalam perut. Ia bersifat antimikrob yang berupaya megawal masalah usus yang mengakibatkan refluks asid.

#9. Mencantikkan Rambut

Cuka epal bertindak sebagai anti-kulat yang boleh menghalang bakteria yang menyebabkan masalah kelemumur daripada membiak diatas kulit kepala seseorang.

Walaubagaimanapun ia boleh menjadikan rambut anda cepat kering.oleh itu, anda disyorkan untuk menyapu pelembab pada rambut setelah menggunakannya.

Selain itu juga, penggunaan cuka epal dapat mengilatkan rambut seterusnya menjadikan ia cantik dan bersinar.

#10. Mengawal Gula Dalam Darah

Kredit gambar: www.health.com

Anti-glisemik yang terkandung dalam cuka epal dikatakn berupaya membantu menghalang separuh daripada kanji makanan dicerna.

Hal ini dapat membantu merendahkan kadar gula dalam darah seterusnya menghidarkan seseorang daripada penyakit diabetis.

#11. Membantu Masalah Pencernaan

Cuka epal juga baik untuk masalah pencernaan. Kandungan pektin dalam cuka epal sangat baik dalam meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus kita untuk melancarkan proses pencernaan dan menghalang masalah radang penghadaman.

Selain itu, ia juga berkesan dalam membunuh bakteria E Coli dan Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan cirit-birit yang teruk.

#12. Khasiat Cuka Epal Dalam Membina Ketahanan Tubuh Atlet

Kredit gambar: betterme.world

Cuka epal mempunyai peranan yang sama seperti minuman khas atlet sukan yang dikormersilkan.

Oleh itu cuka epal boleh dijadikan alternatif bagi membantu mengekalkan daya ketahanan badan ketika bersukan.

#13. Toner

Boleh dijadikan sebagai toner dengan cara mencampurkan beberapa titik cuka epal ke dalam air, kemudian titiskan pada kapas dan oles ia pada kulit muka secara lembut.

Kenalpasti samaada kulit anda sensitif atau tidak, jika ya kurangkan kepekatan dan jarakkan penggunaan.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda. Harus diingat bahawa semua tips yang dikongsi memberi kesan yang tidak sama ke atas setiap individu.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips, petua dan info berkaitan kesihatan dan kecantikan di SINI!