Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bukan Sekadar Daun, 7 Khasiat Air Rebusan Daun Durian Belanda Yang Menakjubkan!

Pokok durian belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan dan telah pun ditanam di negara-negara di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Buah durian belanda sangat terkenal dengan pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Rasanya juga sedap dan menyegarkan. Kebanyakan orang akan tanam pokok ini di halaman rumah mereka sebagai hiasan.

Pernahkah Mommy tahu bahawa daun durian belanda juga mempunyai banyak khasiat yang berguna untuk kesihatan?

Mari Min kongsikan tentang manfaat daun durian belanda kepada masalah kesihatan tubuh badan dengan lebih lanjut dan cara menyediakan air rebusan daun durian belanda.

7 Khasiat Air Rebusan Daun Durian Belanda

Highlighted


Daun durian belanda mengandungi pelbagai sebatian/bahan bioaktif yang berpotensi membawa manfaat kesihatan.

Antara bahan tersebut termasuk alkaloid, flavonoid, dan acetogenin, yang masing-masing mempunyai kebaikan yang berbeza.

#1. Mencegah Dan Mengubati Kanser

Mommy tahu tak, daun durian belanda dapat membantu dalam melawan sel kanser.

  • Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
  • Kemudian, rebus dengan 3 gelas air bersih.
  • Biarkan sehingga mendidih dan surut menjadi satu gelas air sahaja.
  • Minum air rebusan tersebut sebanyak 2 kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihadapi semakin sembuh.

#2. Merawat Sakit Pinggang

Air rebusan daun durian belanda dapat membantu untuk merawat sakit pinggang. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh!

  • Ambil 20 helai daun durian belanda.
  • Kemudian rebus dengan 5 gelas air.
  • Tunggu sehingga mendidih, sehingga dapat sebanyak 3 gelas sahaja.
  • Minum ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

#3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh.

  • Ambil 5 helai daun durian belada.
  • Rebus dengan sukatan 4 gelas air.
  • Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.
  • Minumlah sehari sekali.

#4. Mengatasi Diabetis (Kencing Manis)

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah Mommy betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

  • Ambil 20 helai daun durian belanda.
  • Rebus dengan sukatan 4 gelas air.
  • Pastikan air rebusan masak sehingga menjadi satu gelas.
  • Minumlah sehingga kadar gula dalam darah stabil.

#5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.

Sekiranya Mommy sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan semula tekanan darah.

#6. Mengatasi Sembelit/ Buasir

Untuk mengatasi masalah buasir, Mommy perlu cuba amalkan petua ini.

  • Ambil 10 helai daun durian belanda tua.
  • Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas.
  • Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

#7. Mengubati Sakit Urat/Saraf

Khasiat daun durian belanda juga dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Jika Mommy selalu rasa sakit urat hingga menjejaskan aktiviti seharian bolehlah cuba amalkan air rebusan daun durian belanda ini.

  • Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat.
  • Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.
  • Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Selamat mencuba, semoga khasiat daun durian belanda memberi kesan yang baik kepada Mommy dan keluarga!

Jangan lupa amalkan petua ini Mommy.


Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan ibu bapa di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.