Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Khasiat Habbatussauda Yang Penuh Dengan Kebaikan, No.11 Khas Untuk Mommy!

khasiat habbatussauda

Kredit gambar: shopee.co.id

Habbatussauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa merupakan tumbuhan berbunga ini mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, oregano, lada hitam dan bawang. Pelbagai khasiat habbatussauda yang boleh anda peroleh jika sering mengamalkannya.

Ia sebenarnya berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya sebelum mula tersebar ke banyak negara di Eropah, Selatan Afrika, dan utara Myanmar.

Minyak biji habbatussauda telah diekstrak dan dimakan untuk tujuan kesihatan dan perubatan tradisional, serta digunakan sebagai rempah dalam masakan di negara seperti India, Asia Barat, dan Poland.

Habbatussauda telah lama digunakan sebagai rawatan alternatif dalam dunia kesihatan, dan manfaatnya masih dikaji hingga kini. Ia dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang bermanfaat untuk kesihatan.

Habbatussauda mengandungi beberapa kandungan seperti kalium, fosforus, kalsium, dan lain-lain membantu dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang serta bertindak sebagai komponen anti-hipertensi dan mengawal pergerakan otot.

Serat larut adalah salah satu jenis serat yang bermanfaat untuk kesihatan dan banyak terdapat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijian, dan habbatussauda.

Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20 – 30g sehari, dan pengambilan habbatussauda dalam diet sehari-hari mampu melengkapkan keperluan serat ini.

Untuk ketahui lebih banyak khasiat habbatussauda ini, ikuti perkongsian di bawah!

Senarai Khasiat Habbatussauda

Highlighted

Kredit gambar: naturesblend.co.za

Habbatussauda merupakan bahan yang kaya dengan beberapa komponen penting bagi kesihatan badan. Oleh itu, ia memberi kesan positif pada keseluruhan tubuh badan. Antaranya adalah:

#1. Khasiat Habbatussauda dalam Aktiviti Antioksida

Habbatussauda mengandungi bahan-bahan antioksida seperti flavonoid, folifenol, dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol di mana kesemua bahan ini mempunyai antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas serta melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

Kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak minyak daripada habbatussauda mampu mengurangkan tekanan oksidatif pada haiwan.

#2. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Habbatussauda juga menunjukkan kesan antihipoglisemik yang dapat mengawal gula darah. Kajian menunjukkan pemberian minyak habbatussauda kepada pesakit diabetes selama 20 hari sebanyak 1.5 dan 3ml/hari mampu menurunkan bacaan paras gula darah.

#3. Menurunkan Paras Kolesterol

Kredit gambar: www.healthifyme.com

Ia juga dapat mengawal dan menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh badan disebabkan terdapat komponen serat yang terkandung di dalamnyah mampu memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

#4. Mengawal Tekanan Darah

Habbatussauda sumber makanan anti-hipertensi yang baik kerana ia mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium.

#5. Bertindak sebagai Anti-Radang

Antara khasiat minyak habbatussauda yang seterusnya adalah ia mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda ini memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.

#6. Khasiat Habbatussauda dalam Aktiviti Antimikrobial

Ia juga berupaya untuk merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, Escherichia coli dan Serratia marcescens yang dikategorikan sebagai bakteria yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

#7. Khasiat Habbatussauda untuk Penghidap Asma

Kredit gambar: www.sharecare.com

Habbatussauda mungkin dapat membantu bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin, dan sesak nafas.

Namun, jangan sesekali gantikan ubat sedia ada dengan sebarang herba atau makanan tambahan kerana habbatussauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil mengamalkannya.

#8. Anti-fungal antara Kebaikan Habbatussauuda

Ia juga mampu merencatkan pertumbuhan fungi, iaitu mikroorganisma yang hidup dalam air atau melalui kelembapan dan udara serta sesuai dijadikan bahan pengawet semula jadi makanan agar ia tidak cepat rosak dan basi.

#9. Penjagaan Kesihatan Perut dan Penghadaman

Ia juga sangat berkesan untuk merawat masalah penghadaman yang anda alami.

#10. Khasiat Habbatussauda Sebagai Anti-kanser

Kandungan kompaun bioaktif dan vitamin yang terkandung di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan sel serta menghalang pembentukan sel yang tidak normal seperti kanser berlaku.

#11. Khasiat Habatussauda yang Mampu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan habbatussauda dalam diet juga mampu meningkatkan penghasilan susu ibu.

#12. Dapat Membantu Menurunkan Berat Badan

Selain itu ia juga dikatakan dapat menurunkan berat badan. Pengambilan sebanyak 2000 mg minyak habbatussauda selama 8 minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan melalui keputusan kajian yang dijalankan ke atas 45 orang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.

#13. Khasiat Habatussauda dalam Menangani Masalah Ketidaksuburan Lelaki

Kredit gambar: www.littleangelivf.com

Sperm abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Habbatussauda mengandungi antioksida yang tinggi dan dapat membantu mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki.

#14. Rawatan Ulser dan Penjagaan Kesihatan Perut

Kajian ke atas haiwan menunjukkan ia mampu merawat ulser perut sebanyak 83%, hampir sama dengan ubat biasa. Namun, kajian yang meluas perlu dilakukan termasuklah ujian klinikal terhadap manusia.

#15. Kulit Cantik dengan Habbatussauda

Mengamalkan air rendaman habbatussauda setiap hari dapat memperbaiki kesihatan kulit dan mengurangkan jerawat. Habbatussauda juga bersifat antibakteria dan dapat mempercepatkan penyembuhan kulit.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan kesihatan yang lain di SINI!